First entry untuk tahun 2010,semoga tahun nih Allah panjangkan lagi usia kita untuk lebih beribadat kepada-Nya,sihatkan tubuh badan dan murahkan rezeki kita semua.Amin...
Kali nih nak cerita sedikit masa balik kelantan hari tuh, meriah jugakla kali nih sebab semua adik-beradik dapat berkumpul,kak umi baru je habis pantang.Family in law (FIL) juga datang bercuti ke kelantan,boleh dikatakan hampir setiap tahun FIL datang kelantan,bukan sebab menantu dia nih made in kelantan yer.. :-D Mungkin sebab dulu FIL pernah tinggal di sini dan kawan-kawan pun ramai kat sini dan mak pun suka shopping kat sini,jadi aktiviti nih macam aktiviti tahunan la…sapa-sapa yang tak pernah datang kelantan apa lagih…echehh macam promote pulak…hehehe.. :-D
Seminggu lebih di kelantan,banyakla jugak aktiviti-aktiviti yang kami adik-beradik buat.Antaranya dan sudah semestinya outing to shopping kat Kota Bharu. Dinner kat Hotel Renaissance (makan free hehee), body massage (kat rumah je,aktiviti biasa dibuat bila balik machang),face facial (jerawat dah banyak…hohoho). Pergi  kenduri orang masuk rumah baru.
Seminggu lebih di kampung,hari khamis minggu lepas ma,abah dan adik (shuhada) hantar mariam dan anak-anak balik ke penang semula sebab cik hubby outstation kat KL.
Hari jumaat kami outing kat seberang pulau,3 biji shopping center kami jejak,seronokla sebab semuanya ma belanja,bukan takat shopping je,duit poket pun kami dapat (aktiviti wajib ma bila anak cucu balik,walaupun anaknya dah kawin).Pagi sabtu ma,abah dan adik balik ke machang.Maka bermulala rutin harianku seperti biasa.
Tahun nih lain sedikit sebab my little hero (Syafiy) dah masuk kindergarten,nanti mariam cerita syafiy masuk sekolah next entry.
Okla di kesempatan nih mariam nak ucapakan tahniah buat Achik (adik hubby yang ke 5) sebab berjaya dengan cemerlang dalam PMR,Achik dapat 9A.Semoga achik dapat kekalkan kecemerlangannya.Okla kita jumpa next entry pulak ye..InsyaAllah…
Okla,layanla gambar-gambar kat bawah,2 menu je sempat disnap masa kat rumah ma,walaupun banyak menu-menu yang menarik...
Solok nih ma buat,makan dengan nasi kerabu.
Roti jala mariam buat tuk makan sarapan,kuzi ayam tuh ma buat.Satu kombinasi yang sangat sedap... :-D
Nenek dan Syafiy kat Bukit Jambul Penang.
My heroes 3 S...Adik ngada-ngada tak nak duduk diam...fuhhhh..penat mama,papa n cik su berambak (kejar-mengejar) tangkap adik  :oh_god:
Mama,abang,adik...outing kat Kota Bharu dengan cik nab,cik aminah dan cik su... :-D
Dinner kat Hotel Renaissence.Dinner free,kalau tak jangan harap ler kami nak perhabis duit kat sini,sebab banyak lagi tempat makan yang best...hehe...Malam tuh menu dia Japanese food... :->
Aksi 2 beradik kat rumah nenek...Adik tengah basuh dapur dengan cik aminah dan abang tengah tunjuk jam ben 10 baru dia... :-D
Minggu nih update awal skit sebab InsyaAllah kami akan balik kampung sempena cuti panjang nih.Kat bawah ada kuih nagasari yang dibuat semalam.Mula-mula ingat nak buat pulut dakap sebab mak bagi pisang raja,tapi pulut pulak habis stok.Kuah nagasari tu tak pernah makan,apa lagi nak buat,kiranya nih kali pertama makan dan kali pertama jugak buat.Memang sedap,dan cara buatnya macam kuih tepung bungkus,cuma inti je lain sebab nagasari ni kita letak pisang.Resepi mariam ambik kat rumah kak madiha,nanti kalau rajin mariam tempek resepi nih..Sebab sekarang nih tengah tak berapa rajin.. ;-) Kek tuh pulak ateh beli untuk makan-makan masa last weekend,dah lama dia nak makan kek,jadi bila kami balik ipoh minggu lepas dia ambik peluang nih la pergi beli...Dia kata kek sempena nak sambut Syafiy masuk tadika next year...hehehhee :-D  :-D ...Kek chocolate indulgence from SR... :P  :P
Dan doa pendinding tuh mariam letak sebagai amalan kita bersama...InsyaAllah..
Kalau nak tengok Syafiy baca ayat nih boleh tengok kat facebook  :-D
Okla sampai sini dulu buat kali ni,selamat bercuti... :->
Sapa yang nak tengok Syafiy baca ayat nih boleh la tengok dekat facebook mariam
Sumber: http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua.Semoga Allah S.W.T murahkan rezeki dan panjangkan umur kita semua untuk lebih beribadat kepada-Nya.
Kali nih tak ada apa yang nak diceritakan sangat,sebab tuan rumah not in good mood  :frown:
Ok kita tengokla apa yang dibuat untuk minggu nih..
Kek Coklat nih diambil dari myresepi,tapi telah diubah suai sedikit.Jangan terkejut ye puan-puan sebab tukang yang buat kek nih makan lebih separuh adunan... :P  :P  :-D
Bahan-bahan ( loyang 9" )
-2 cwn gula (kisar)
-2 cwn tepung (ayak)
-3 biji telur grade A
-1 cwn koko powder
-1 cwn susu cair (mariam guna low fat milk)
-1 cwn minyak(sy gune butter cair)
-1 cwn air panas didih
-1 tsp soda bikarbonat
-1 tsp baking powder
-1 tsp esen vanila
**utk ganache**
-1 cwn non dairy whipping cream
-250g cooking chocolate
-1/8 cwn golden syrup (mariam guna madu)
Cara-cara
1.Tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2.Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3.Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4.Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan.Gaul dgn cara kaup balik
last sekali masukkan air panas.Kacau sebati
5.Bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree.
**utk ganache**
1.Dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
bila dah mendidih,padamkan api,dan masukkan cooking choc.Kacau sebati kemudian
tambahkan madu.
2.Apabila sudah sejuk,sapukan pada kek.
Resepi nih ambik kat rumah kak madiha,terima kasih ye kak..Memang sedap,cik suami pun makan banyak.Mariam buat cuma separuh adunan dan guna daun pandan.  :-D
Resepi (cnp dari fp Kak Madiha)
Bahan Lapisan Bawah
400gm beras pulut (basuh bersih & rendam dlm sejam atau sementara prepare bahan2 lain rendam pulut dulu)
17oz santan cair (dari sebiji kelapa ~ yg pekat simpan utk lapisan atas yg cair untuk lapisan bwh)
1 s/k garam
Bahan Lapisan Atas
25 oz santan pekat
220gm gula pasir
5 biji telor gred A
½ s/k esen vanilla
¼ s/k esen pandan (kalau dah blend daun pandan tak perlu boh esen pandan lagi)
¼ s/k garam
5 s/b rata tepong gandum (sukat guna sudu penyukat)
5 s/b rata tepong jagung
Pewarna hijau secukupnya (boleh juga blendkan daun pandan bersama kelapa & dapatkan jus santan bercampur pandan sebanyak 25 oz... kalau nak buat camni.. kelapa kena ambil 2/3 khas utk lapisan atas & tinggalkan 1/3 utk lapisan pulut)
5 helai daun pandan untuk mengukus. (kalau takde pun takpe)
Cara Membuatnya
1. Terlebih dulu jerang air & daun pandan dalam periuk kukus.
2. Toskan beras pulut yg direndam. Masukkan ke dalam loyang. Campur santan & garam lalu kacau rata sehingga garam larut. Semasa meletak di atas pengukus, pastikan beras pulut & santan serata. (jangan ada bahagian yg tebal & nipis. Rata2kan guna sudu. (kalau tak nanti ada bahagian pulut yg tebal ada yg nipis  )
3. Kukuslah selama 30 minit. Bila masak tekan2 pulut dengan sudu agar mampat. Ketepikan dulu.
4. Dalam bekas yang lain, sediakan bahagian lapisan atas.
5. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas menggunakan whisker dan kacau hingga sebati. Tapiskan ke dalam kuali.
6. Masak sebentar di atas api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker sehingga agak pekat (agak2 mcm susu pekat manis tu).
7. Tuangkan ke atas lapisan pulut dan kukus lagi anggaran 10 - 15 minit.
8. Sejukkan sebelum dipotong.
Donat nih buat semalam,resepi donat dan roti kentang tuh satu adunan yang sama.Pernah buat roti kentang nih,tapi kali nih tak letak topping atas tuh... ;-)
Hari ni dah hari jumaat dah,kejap je rasa sebab baru hari isnin hari tuh cakap,lambatnye nak tunggu weekend. Buat suri macam mariam nih,weekend je la boleh keluar rumah,hari-hari lain mana nak boleh keluar derakkkk..(jalan2).Nasib baikla cik suami memahami,jadi weekend memang kami tak de kat rumah la ye,tapi tak ader la dari pagi sampai malam kami outing,kalu pagi sampai malam tuh kadang-kadang je la,biasanya lepas asar atau lepas zohor kami keluar dan malam baru balik rumah.
Okla,kita tengokala apa yang dimasak untuk minggu ni.Ni semua menu untuk makan malam kecuali roti tu menu sampingan.
Masak chicken chop nih sebab terliur tengok angah masak hari tuh,so nak kena tunggu weekend ler baru boleh pergi beli bahan-bahan.Akhirnya lepas jugak hajat.. :-D  ;-)
Resepi:
Perap
-Peha ayam (buang tulang)
-Sos tiram
-Madu
Sos
-Sos lada hitam
-Kicap
-Bawang besar (dadu)
-Sos tomato
-Sos cili
-Sos tiram
-Cendawan butang
-Garam
-Gula
Cara-cara:
-Ayam diperap,sebelum goreng celup ayam dalam telur kemudian celup dalam oat...(betul ke ayat nih.. 8-) ).Kemudian goreng dengan api yang kecil.
-Untuk sos,tumis bawang dan kemudian masukkan sos lada hitam,kicap,sos tomato,sos tiram,sos cili,cendawan butang,garam,gula.Masak hingga kuah pekat.
-Boleh la hidang dengan menu sampingan yang lain...
Pizza nih buat untuk makan malam,separuh doh buat roti kacang,dan separuh lagi buat pizza ayam dan mini pizza.
siti mariam (1/9/2010 4:03:46 PM): masak apa hari nih?
siti fitriah (1/9/2010 4:04:05 PM): buat donat n tomyam ja
siti fitriah (1/9/2010 4:04:12 PM): kaklong?hehe
siti mariam (1/9/2010 4:04:23 PM): oooo...bestler..
siti mariam (1/9/2010 4:05:04 PM): klong tgk nasi lemak alg td tingin rulak nak makan...tp kena tanye abg dulu la nak mkn nasi ke tak..kalu tak masak makaroni je la..
siti mariam (1/9/2010 4:05:17 PM): pulak*
siti fitriah (1/9/2010 4:05:50 PM): ooo,sedap gak mlm2 mkn nasi lemak kan
siti mariam (1/9/2010 4:06:01 PM): tambah berat..
siti mariam (1/9/2010 4:06:03 PM): hehe
Ni masa mariam chatting ngan angah petang semalam...kalu chat tak tanya pasal masak apa memang tak sah...pas tuh mulala ambo nok tiru menu angah...Tak pela kan..kalau tak idea nih tak berkembang,alih-alih masak yang sama je.. :-D  :-D Tapi buat nasi lemak nih sebab teringin lepas tengok nasi lemak alang kat facebook...jangan marah ye alang,kak long tiru.. :-D
Roti nih buat hari selasa dan khamis,kes nak habiskan inti kacang yang dah berkurun bertapa kat dalam peti ais tuh.Lagi satu nak asah skill buat roti...Entahla cikgu komen aper nanti... $-) :-D
Hari selasa tuh buat roti separuh dan buat pizza separuh... :-D
Minggu nih 2 kali update,maklumla tuan rumah rajin skit  ;-) Last n3 kiter citer bab raya,kali nih kiter citer hari raya ke-2 pulak.Raya ke-2 masih lagi dekat Machang,Cik Tie (makcik ku itu.. :-D )
buat kelas roti,kelas nih atas permintaan "ambo" la,terima kasih ye cik tie sebab sudi angkut semua bahan-bahan dari kemaman buat balik kampung.Nasib baik tak angkut sekali kenwood mixer wat balik  :-D Sebenarnya bukannye tak pernah buat roti,mariam pernah buat,tapi hasilnya tak semablesss yang cik tie buat nih,roti yang cik tie buat nih sebijik macam roti yang gebu kat kedai  :P  :P At least balik kampung ada jugakla aktiviti yang menyeronokkan buat emak-emak... :-D  :-D Seronokla dapat belajar macam nih,anak murid pun ramai yang menyibuk,yang paling tua my mum dan yg paling kecik Dina (anak kak umi) yang si kecik ni la paling setia menunggu sampai masak,lepas nih bolehla Dina buat roti untuk mama pulak  :-D ....Kalau raya puasa hari tuh dapat belajar deco cup cake free,raya korban tahun ni dapat belajar free buat roti sosage,roti lipan (ni cik tie bagi nama) dan roti kacang.Disebabkan Dina tak puas makan roti kacang,jadi terpakasala nenek tie (panggila untuk cik tie) buat keesokkan harinya.Rajin sungguh nenek tie melayan cucu-cucu sedaranye :-D  :-D
Entry pasal citer roti nih pon ada di http://yatiezaini.blogspot.com/ jom kita terjah ramai-ramai
Okla,jom kita layan gambar yang ada kat bawah......  :-> Resepi kat bawah tuh,CnP terus dari Blog Cik Tie
Abaikan nombor yang ada di bawah gambar tu  ;-)
SIAP UNTUK DI NGAPPP  :P
SELEPAS DIPERAP,BOLEH LETAK SOS DAN MAYONIS (kalau tak ada botol yang mulut muncung boleh letakkan sos dan mayonis di dalam plastik dan potong sedikit di hujungnya)
SETELAH DIBAKAR,SEDIA UNTUK DIMAKAN
dan untuk wani yg call k.ti semalam dari INTAN KL .. k.ti boh resipi roti nih adaptasi dari resipi Bun Bilis @ Tulip77 Myresipi.com
-500gm tepung high protein
-90gm gula halus
-4sb susu tepung
-1/2 st garam
-1 sudu besar bread improver
-1 sudu besar bread softener
-1 paket yis (11grms) mauripan
-2 biji telur
-3 sb butter
-150-200ml air / air secukupnya .. adjust sendiri yer .. masukkan air sedikit2 masa mnguli doh ..
-1sudu besar gluten/ wheat gluten ...
-inti - sambal ikan bilis / sosej / or apa2 aje
Cara-cara
1. Masukkan semua bhn kecuali air kedlm mangkuk mixer dan gaul
2. Masukkan air sedikit2 sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jgn masukkan terus semua air ) . Uli sehingga 20 minit .. lebih skit pun x per
3. Bila doh dah licin keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yg dikehendaki.. Loyang pembakar disapukan dengan hanya sedikit butter n tepung gandum
note : untuk bun 25gm /ea ..utk mini sosej 25 grm gak .. n utk sosej ala2 lipan tuh 50grms .. (perghh apa punya bahasa la nih) .. untuk step nih x yah penaik kan doh .. terus ngan upacara potong memotong n timbang menimbang ..
4.Dah siap masukan inti baru ler panaik kan doh sehingga sekali ganda .. 1jam / lebih ..
note : bagi proses menaik kan doh ni ..k.yati masukkan tray yg dah diisi ngan doh tuh dlm beg plastik yg besar dan ikat kat hujung nya ..
5. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit .. api atas bawah ..
note .. kalu tgk bahagian atas dh agak perang boleh padam kan api atas dan bakar dgn api bawah shj .. ini bagi mengelakan roti bahagian bawah tidak masak sepenuhnya.. (bakar dlm oven kt rak paling bawah )
6. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan nya ..
7. Untuk kesegaran roti berpanjangan ..sila simpankan roti anda didlm bekas yg tertutup ..hehe
Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha...
Rasanya kali nih nak bercerita panjang sikit mengenai raya korban tahun nih yang bestttt... :-D
Mariam balik kelantan pada hari khamis,Alhamdulillah pukul 10.30 pagi  kami dah sampai.Tiba-tiba Kak umi cakap yang malam tuh ma nak buat solat hajat,tahlil,dan majlis bercukur baby Ifwat.Kiranya majlis nih bukannya long term planning.Apa lagi,seronokla kan ada majlis macam nih :horay:
Malam tuh menu-menu dimasak sendiri oleh ma dan dibantu oleh anak-anak daranya dan seorang mak dara (ambo la tuh) kak umi tukang tengok je.. :-D Turut membantu adik ma ( cik tie dan cik ya) dan juga sepupu-sepupu.Tahun nih cik tie dan cik ya balik raya,biasanya adik beradik ma jarang balik masa raya haji,tahun nih cik tie dan cik ya buat korban kat kelantan.Menu utama untuk malam tuh nasi hujan panas dan gulai ayam kampung dan beberapa menu lain... :P Majlis malam tuh tak sempat nak ambik gambar sebab kamera ada dalam bilik dan masa nak pergi ambik kamera tuh orang dah penuh kat ruang tamu. :-D Malam tuh tak ada ramai sangat ma panggil,tak sampai 50 orang pon jemputan sebab esokkan(hari raya) ma buat korban dan akikah seekor lembu pulak dan buat makan-makan kat rumah lagi... :-D
Raya korban tahun nih kiranya yang palingggg happening la selepas 10 tahun ma tak buat korban dekat rumah sendiri.Sejak mariam lahir hingga umur 16 tahun majlis korban lembu setiap tahun dibuat di rumah mariam di kota baharu,selepas ma pindah ke Machang 10 tahun lepas,majlis korban dibuat di rumah mak saudara secara bergilir-gilir.Tahun nih kiranya first time buat majlis korban di machang (rumah ma,abah).Ma cakap dan berhajat selepas nih ma akan buat korban seekor lembu setiap tahun di rumah sendiri.Tahun nih ma bagi satu bahagian korban dekat Syafiy,kiranya tahun nih Syafiy buat korban nenek bagi (terima kasih banyak-banyak ma  :-> )
Pukul 10,(kalau tak silap) majlis dah start dan tetamu datang dari pagi sampai la ke malam.
Memang menjadi tradisi keluarga kami daging korban akan diambil sedikit untuk dibakar cicah sos kicap/air asam dan yang selebihnya akan disedekahkan untuk orang-orang susah.Pada sebelah malamnya kami buat sup tulang (sup gear box)  :P :P
Raya tahun ni memang best......  :weee:  :weee:
RAYA KORBAN 2009 MACHANG KELANTAN...
AKTIVITI MELAPAH
BOYFRIENDKU SAYANGGGGG DAN BOYFRIEND KAK UMI KU SAYANGGGG  IN ACTION... :-D  :-D  :-D  :-D
MY LITTER HERO SEDANG MENIKMATI AYAM TANDOORI YANG SEDAPPPP... :P  :P
Kali ni mariam update n3 dekat ipoh lagi sebab semalam hubby pergi KL,jadi disebabkan Kak Umi(kakak) dah balik berpantang dekat Kelantan,so terpaksalah kami duduk kat ipoh...Biasanya kalau kami ke KL,kami akan tidur di rumah Kak Umi.
16/11/2009(Isnin) Alhamdulillah mariam dapat seorang lagi anak saudara,namanya Ahmad Najiy Ifwat Bin Ahmad Mursyid,kiranya baby Najiy ni anak ke-3 Kak Umi dan hero pertamanya.Lepas nih baby Najiy boleh join abang Syafiy dan abang Sidqiy main bola la ye... :-D Ma (my mum) kata Najiy panjang ikut Cik Yea (panggilan untuk mariam) sebab cik yea selalu pergi rumah Najiy... LOL
To my sis,selamat berpantang...pantang jangan tak pantang....hehehe..(mariam n k.umi memang jaga bab pantang memantang nih.. :-D  :-D betul tak kak umi... :-> )
Pulut panggang nih buat atas permintaan putera sulungku itu...mama dia buat tak banyak sangat,adala dalam 20++.Bakar 6 biji untuk minum petang,lepas tu bakar 6 biji bagi dekat jiran sebelah,yang lebih tu frozen.Ni pun kami berdua je makan,sebab hubby tak makan pulut panggang.
Ikan talapia kukus,first time kukus guna ikan talapia,biasanya buat ikan siakap ke,bawal ke... :-> Sedap rupanya buat talapia kukus nih,ni pun buat atas permintaan cik hubby.Buat ikan kukus yang sempoi je.Ikan dilumur garam,halia,bawang putih,serai semuanya dihiris,asam boi,perahan lemon/limau kasturi.Lepas tu boleh letak sayur ikut citarasa sendiri.
Akhirnya masak jugak pisang yang kutunggu-tunggu  :-D Hari ahad (malam) balik dari ipoh esokkannya bila bukak langsir tengok2 pisang tuh masak(kuning) dah,cik burung pun dah mula menjamu selera.Apa lagi,dengan semangat berkobar-kobar ambik pisau potong daging,dan kerusi terus pergi kerjakan pisang tuh...Buat sesorang tuh,nak tunggu cik hubby buat mesti kena tunggu weekend,sebab tak kanla nak suruh dia tebang pepagi buta dan dia balik kijer pun dah pukul 8 lebih....nak tunggu alamatnye raya keling la burung2 tuh... :-D Maklumlah first time angkat dan tebang setandan pisang,agak berat jugakla...tapi tak dela seberat 1 beg simen...  :lol_teethfull: Bila bilang,ada 8 sikat pisang,so pergila bagi kat jiran2 tetangga dan makcik bandaran yang tengah dok korek longkang dan sapu sampah kat depan rumah time tuh.. :-D
Selmon sos lemon nih first time buat,cik hubby kata sedap,dia makan pon banyak  :-D Ikan tuh cuma perap ngan bawang putih dan garam,lepas tuh bakar dengan buttercup.Sos pulak tumis bawang putih,perahan lemon,sedikit kordial/jus oren (untuk sos nampak warna orange), garam,gula,tepung jagung+air.
Ni dinner semalam... :-D Untuk buat telur yang tak comot (walaupun benda nih semua orang dah tahu  :-D ) Kuali disapu bengan minyak guna tisu,pastikan minyak tak bertakung (mariam guna kuali goreng ikan je) pastikan kuali betul-betul panas barula masukan 2 biji telur yang telah dipecahkan kemudian lenggang telur tu biar rata.Barula masukkan nasi goreng dan bungkus.Masukkan pinggan dalam kuali dan telangkupkan..taraaaaaa...siap.. :-D
Pulut dakap nih buat semalam,berbekalkan pisang raja yang mak bagi (pulut dakap nih ngan pisang raja je sedap ) maka terhasila 56 biji kuih pulut dakap ku... :-D Biasanya sebiji pisang mariam belah 2,kali nih sebiji pisang dibelah 2 dan dipotong 2.Lama jugakla dok balut pulut nih dari pukul 2- 4.30 petang,kalu tak stop nyusukan si kecik nih boleh siap awal lagih.. :-D
Semoga sihat-sihat sokmo,sekarang nih mariam n anak-anak masih lagi di Ipoh,cuma cik abang je balik penang sebab kijer... :-D Kalau sebelum nih citer pasal roselle dan kedondong,kali ni kite citer pasal menu-menu sempoi yang dimasak kat Ipoh pulak.Kali ni mariam dan anak-anak balik ke Ipoh sebab BIL masuk hospital untuk opration tulang belakangnya.Kami balik Ipoh hari rabu dan terus ke hospital.Achik(panggilan untuknya) masuk hospital hari selasa,opration hari rabu dan keluar hospital hari Isnin,lebih kurang 1 minggu jugakla  mak "berkampung" kat hospital temankan achik.Menu-menu kat bawah tuh bekal untuk mak buka puasa kat hospital.Jom kiter zazzzz... :-D  :-D
-Achik-
Nak tulis apa ye... :idea: Sebenarnya tak ada masak apa-apa sangat untuk minggu lepas sebab kami semua pergi KL hari sabtu malam baru balik Penang semula.Menu-menu kat bawah pon sekadar pencuci mulut yang mariam buat semalam dan hari ni je  :-D Sebab dah rajin nak update dan malas nak masak,jadi buatla jus yang sempoi mempoi tuh... ;-) Entry sebelum nih kiter citer pasal jus roselle,kali nih pulak citer pasal jus kedondong  ;-)  Kebetulan hari ahad hubby ada meeting,balik tuh dia bawak balik buah kedongong yang kawan dia bagi.Mula-mula ingat nak buat jeruk,tp pikir-pikir balik kalau buat jeruk lambat boleh makan  :P Jadi makan buat colek jela ngan buat jus.Sebenarnya mariam tak tahu kedondong nih boleh buat jus,hubby yang bagitau...
siti mariam (12/2/2009 11:39:08 AM): jus keondong tuh blend buah+gula je kan..ayg x pernah minum..tak tahu nak buat cam mana...
siti mariam (12/2/2009 11:39:17 AM): kedondong*
abang (12/2/2009 1:23:24 PM):yap..ayg letak gula je kalau tak masam..
(Ni mariam YM ngan hubby  ;-) )
Esok kami akan balik ke Ipoh sebab my BIL ada opration,jadi lepas nih menyepi sekejapla sebab mariam dan anak-anak akan duduk sana teman adik yang kecik tuh.Lepas nih syafiy n sidqiy kena tanggung rindu rinduan la dengan papa dia (padahal mama dia yang lebih2   :sick:  :-S  )
Mesti papa syafiy n sidqiy sunyi sebab sekarang pukul 8 malam dah sampai rumah,sebab sekarang nih kerja tak banyak sangat kat office..
Okla rasanya sampai sini je dulu untuk kali nih,mariam nak pergi tengok citer Nur Kasih yang termiss minggu lepas episod 22,sebab hari jumaat malam tuh kami on the way balik dari KL ke Ipoh...InsyaAllah kita jumpa lagi...Wassalam.. :-D
Resepi
-Buah kedongong
-Air
-Gula
-Ais (option)
Cara-cara:
-Kisar semua bahan-bahan hingga hancur.
Resepi
-Kurma
-Susu segar/susu pekat
-Ais
-Gula(option)
Cara-cara:
-Kisar semua bahan-bahan hingga hancur.