Want your
own Fotopage?








 
siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Aug-2010 02:35 Email | Share | Bookmark
PUDING JAGUNG,TEPUNG BUNGKUS,TEPUNG TORAK,PAPRIK

 
 
 
 
Assalamualaikum....

Sekarang ni dah masuk bukan Ogos dah,selain digelar bulan kemerdekkan Malaysia bulan ni jugak disambut sebagai bulan penyusuan ibu,bulan susu formula tak dok pulok...hehehehe...Apa-apa pun yang paling penting minggu depan dah mula bulan Ramadhan,bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam...Harap-harap tahun nih berkesempatanlah mengunjungi Bazar Iftar,dah 5 tahun tak berkesempatan merasai suasana tuh,tahun pertama balik mariam dalam pantang,tahun kedua H1N1 jadi tak berani nak pergi bersesak-sesak tempat orang ramai,masa pergi beli baju raya untuk anak-anak pun pergi waktu pagi masa orang tengah tak ramai... Issshhhh2 bulan puasa orang nak buat amal ibadat,bukan nak menyibuk ke lain kan...
Start tahun ni kita jangan panggil bazar Ramadhan ye kita panggil Bazar Iftar, seperti kata Tok Guru Nik Aziz kita " Ada pihak brtanya lanjut ttg cdngan saya agar Bazar Ramadhan ditukar kpd Bazar Iftar.Sy tegaskn sekali lagi bhw Ramadhan bukn bulan utk menjamu selera,menamakan bazar yg penuh dgn makanan & laukpauk dgn nama Ramadhan sgt tidak kena dgn kemuliaan Ramadhan.Justeru, ia tdk patut dinamakan Bazar Ramadhan bahkan lebih sesuai dgn Bazar Iftar krn Ramahdna bulan beribadat bukn bulan makan semata-mata " Mariam ambik kat facebook,mesti ramai yang dah tahu kan...




Puding jagung kastad nih sedap,mariam boleh bagi A+ dekat resepi ni,atas permintaan suami nak makan...Terima kasih ye Zaki n Aishah (officemate suami) sebab bagi jagung dari CH ni,selain dari puding jagung ni jagung yang lain mariam buat bubur jagung dan jagung rebus...

RESEPI (MY RESEPI : F&N)

-1 cawan tepung kastad
-1 cawan jagung manis (mariam guna jagung batang,rebus sampai masak dulu)
-3/4 cawan gula (mariam kurangkan gula sedikit)
-3 cawan air
-1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1.Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2.Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3.Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.



Tepung bungkus ni mariam buat sekali tengan tepung torak dekat bawah tuh,disebabkan suami tak gemar tepung bungkus,jadi mariam godek2 la tepung torak ni.Inti kelapa tuh mariam letak sedikit butter macam yang kak rus bagitahu..memang sedap...

RESEPI (CHEF LIZA)

Bahan

-1 cawan tepung beras
-2 cawan santan + sikit garam
-Daun pisang

Bahan-bahan inti:

-1/2 biji kelapa muda parut
-1 ketul gula melaka
-1 s/b gula
-1 s/b tepung gandum
-4 s/b air
-1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.



Tepung torak nih ala-ala tepung bungkus,tapi dia manis dan tak ada inti...First time makan masa mak bawak ke Penang tahun lepas...

RESEPI (MAK)

-1 cawan tepung beras
-2 1/2 cawan santan bergantung pada jenis tepung beras
-Gula melaka
-Secubit garam
-1 sudu kecil air kapur
-Daun pandan (option)
-Daun pisang (dibersihkan n dilayurkan)

Cara-cara

1.Satukan semua bahan-bahan dalam periuk dan kacau hingga berkilat dan likat
2.Ambil 2 sudu besar letakkan atas daun pisang dan balut,kemudian ikan kedua-dua belah.
3.Kukus selama 15-20 minit.




Paprik dimakan dengan nasi goreng,resepi nih sedap dan memang kena dengan selera kami...

RESEPI (MY RESEPI : MAKYONG)

-½ ekor ayam - dipotong kecil2 (mariam tambah udang)
-4 ulas bwg merah - ditumbuk
-2 ulas bwg putih - ditumbuk
-1 labu bwg besar - dimayang
-2 btg serai - dititik
-2 biji buah tomato - dipotong 4
-5 biji cili padi - ditumbuk
-bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
-sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
-bahan2 perasa

Cara-cara

1.Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jangan terlalu garing).
2.Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4.Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

http://mariamsayutiy.blogspot.com/


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net