siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-Jul-2010 01:04 Email | Share | Bookmark
Main Masak-Masak Hari Ahad...

 
 
 
 
 
Assalamualikum...

Rajin la pulak sebab minggu nih 2 entry masuk,semalam bila terbukak statistics (mariam jarang sangat-sangat tengok benda nih ) rasa macam seronok pun ada sebab terkejut tengok kawan-kawan yang datang jenguk fp mariam nih dah nak mencecah 1500 orang sehari (jumlah yang paling banyak dalam sehari) walaupun tak adala sehebat fp-fp yang lain,tapi mariam sangat-sangat hargai kunjungan kawan-kawan semua... terima kasih
Okla berbalik pada tajuk cerita,menu-menu yang ada kat bawah mariam masak masa hari ahad.Rasa macam seronok la pulak bila dapat siapkan semua hidangan sebab masa tuh diri ini tengah batuk dan selsema dan macam nak demam... Mariam dah janji dengan suami nak buat laksa untuk kenduri (bak kata orang utara) dekat rumah makcik.Mula-mula dengar kenduri tuh macam besar je,sebab orang kelantan panggil 'jamu' kalau kita bagi orang makan secara kecil-kecilan nih... Kenduri tuh nampak macam gempak la pulak..hehehe..Okla jom kita tengok apa yang ada...


Sebelum kita layan gambar kat bawah,mariam nak ucapkan terima kasih dekat makcik (Cik Tie) tokey kek dari Kemaman sebab sudi promote pulut dakap ku dekat rumahnya http://yatiezaini.blogspot.com/

Masa balik kampung untuk majlis pertunangan adik,mariam sediakan 100++ biji pulut dakap dan 2 kilo beras pulut untuk kuih lopes..




Mariam buat untuk makan petang rumah makcik dekat Sungai 2.Buat 2 bungkus laksa je.Makcik kata banyaknya ikan sebab kuah agak pekat...Memang mariam kalau buat laksa letak ikan banyak... Kalau tak baik beli je kan..hehehe


Resepi:

-Ikan kembung/sardin/dll
-Asam keping
-Garam

(Rebus ikan bersama asam keping dan garam)

Bahan kisar:

-Cili kering
-Bawang besar
-Belacan
-Cili padi

(Kisar semua bahan-bahan)

Bahan-bahan

-Bunga kantan
-Daun kesum
-Telur
-Limau kasturi
-Bawang besar
-Cili padi/besar
-Timun
-Daun Salom
-Salad

Cara-cara:

-Isi ikan yang direbus dikisar halus.
-Tulang ikan dikisar dan ditapis.
-Masak bahan kisar seketika,kemudian masukkan air rebusan ikan,ikan yang dikisar serta air tulang yang telah ditapis (tapis 2 kali,mula-mula guna penapis santan kemudian guna penapis teh)
-Masukkan asam keping (guna asam yang rebus ikan tadi),bunga kantan dan daun kesum.
-Bolehla masukkan garam.



Selepas siap kuah laksa (mariam start buat kuah pagi) bila tanya suami,dia cakap nak makan nasi tengahari tu,ingatkan nak makan laksa je...Jadi apa lagi mariam masakla nasi minyak sebab dah lama nak makan dalca nih...

Resepi: (Chef Hanieliza)

DALCA

Bahan-Bahan:
-600 gm daging
-3 biji ubi kentang
-5 batang kacang panjang
-1 biji carrot
-1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
-6 biji buah belimbing buluh (mariam tak letak)
-4 biji cili hijau (mariam tak letak)
-2 biji mangga muda (mariam tak letak)
-2 biji tomato
-1 labu bawang besar
-2 biji terung bulat putih atau biru
-4 cawan santan
-1 bungkus rempah kari daging..
-dibancuhkan dgn air asam jawa
-4 ulas bawang merah ]
-2 ulas bawang putih ] hiriskan
-3 cm halia ]
-1 sudu besar minyak sapi (mariam tak letak)
-3 sudu besar minya
-Garam secukup rasa
-Mariam tambah daun kari.

Cara:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.
2. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup.
Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan



Sebelum tuh perap ayam nih dulu..

Resepi:

-Ayam
-2/3 sudu besar rempah kari ayam /daging
-1 biji bawang besar (dikisar)
-2-3 ulas bawang putih (dikisar)
-1/2 inci halia (dikisar)
-2/3 tangkai daun kari
-Garam
-Gula

Cara-cara

-Gaul dan perapkan semua bahan-bahan selama 1 jam atau lebih.
-Goreng hingga masak...
-Siap...



Nasi Minyak simple je,bila tengok nasi nih macam nasi biasa je..sebab mariam dah buang sekala pekakas dia kat dalam tuh ...Nak letak kismis,kismis pulak kehabisan...



Bila dah siap semua juadah sambil-sambil dok tunggu nak makan tengahhari,mariam godek-godekla kek nih,resepi rumah kak madiha kite lagihh..
Buat untuk sepupu-sepupu,diaorang dah lama nak makan kek coklat dari Kak Mariam katanya...


Resepi (Kak Madiha)

BAHAN A:
-170gm butter
-300gm gula castor
-3 biji telur

BAHAN B :
-2 tsp serbuk nescafe segera
-1 tbs air suam
-1 tsp esen vanilla
-1 tsp choc emulco

BAHAN C :
-225gm tepung gandum
-65gm serbuk koko
-1/2 tsp garam halus
-1 tsp soda bicarbonate
-1 1/2 tsp baking powder

-180ml air sejuk dari petiais

CARA-CARA:
1. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi, putar Bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar.
3. Campur sebati semua bahan B dan titiskan ke adunan butter tadi. Putar seketika dan hentikan putaran.
4. Ayak Bahan C. Masukkan berselang-seli dengan air sejuk bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung. Gunakan spatula untuk mengkaup balik adunan. Jangan putar.
5. Alas dan gris loyang bulat 9". Bakar pada suhu 175 darj cel selama 40min atau sehingga kek masak.

TOPPING
-1 tin susu pekat
-90gm serbuk koko
-100ml minyak jagung atau butter cair
-1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net