siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Apr-2010 00:21 Email | Share | Bookmark
Nasi Carrot dan Kek Marble Susu

 
 
 
Assalamualaikum...

Kali ni menu nasi carrot dan kek marble susu.Nasi ni buat untuk dinner semalam,fuhhhhh lama sangat-sangat tak masak nasi untuk makan malam Lepas tengok nasi carrot dekat rumah Kak Zaiy Dubai,Mariam dah pasang niat nak cuba buat nasi ni (pasang niat,hehehe )
Dah lama teringin nak buat nasi ni,ingatkan nak masak untuk weekend lepas,tapi terpaksa pulak balik Ipoh,jadi disebabkan tukang masak nak makan sesangat, dan dah tak boleh nak tunggu weekend ni,so buatla untuk makan malam tadi.Alhamdulillah tukang masak tambah 2 kali... Okla kita tengokla pulak gambar dekat bawah...




Nasi carrot dimakan bersama ayam bakar bermadu,sup ayam+kentang,air sambal(sambal cuka),red n green coral (salad)


NASI CARROT
Sumber Fp K.Liza, tq K.liza.(Mariam cnp dari Kak Zaiy Dubai)

Resepi:

bahan
-6 cawan beras bathmati....basuh dan toskan (mariam guna beras made in siam)
-2 cawan carrot [potong dadu kecil]
-1/2 cawan susu cair (mariam letak low fresh milk sebab tak ada susu cair )
-8 cawan air
-1 kiub ayam knorr
-1 s/k gula
-garam

Bahan Tumis

-2 s/b rempah kurma
-5 ulas bawang merah.]
-3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
-2 cm halia ]
-3 s/b minyak sapi
-2 cm kulit kayu manis
-2 kuntum bungka lawang
-5 biji bunga cengkih
-2 biji buah pelaga
-1 tangkai daun ketumbar.....mayang (mariam tak letak sebab tak ada dalam stok )
-daun pandan........simpulkan


Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.



[b]Dah lama teringin nak buat kek marble yang bercoklat macam ni,bila tengok dekat rumah kak mizwa lagila berkobar-kobar nak buat,tapi kenala tunggu weekend untuk beli bahan-bahan.Kek nih sedap,lembut dan gebu.Alhamdulillah first trial jadi,tapi tak secantik lapisan yang kak mizwa@kOi buat.Lain kali mariam rasa kena kurangkan lapisan tu.


KEK MARBLE SUSU
Sumber ; Fp MamaFami; resepi asal Chef Norzailina Nordin .
(Resipi yang disalin terus dari website Chef Norzailina.) - Mariam cnp dari kak mizwa@kOi

Bahan-bahan :

-250g mentega
-230g gula kastor
-2 sudu kecil ovalet
-4 biji telur
-270g tepung superfine
-1 sudu kecil serbuk penaik
-60g susu pekat manis
-2 sudu besar serbuk koko
-2 sudu besar susu segar atau susu cair
-1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco
-Almond Nib - untuk tabur atas kek (mariam tak letak)

Kaedah penyediaan :

1. Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik.
3. Masukkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu, gaul sebati.
5. Bahagikan 2.
a) Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian.
b) Satu bahagian lg biarkan original
6. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. (kOi guna loyang bulat saiz 8"...letakkan satu senduk adunan koko kat tengah loyang pehtu letak lak adunan original kat atas adunan koko ulang sampai abis adunan)
7. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. (mariam guna loyang 8")
8. Bakar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak




Tips yang copy dari rumah kak mizwa:

* Nak dapat tepi kek licin cenggini...sapu loyang dengan shortening (bukan margerin atau butter yerr) kemudian taburkan tepung.


NASI CARROT
Sumber Fp K.Liza, tq K.liza...

[b]bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

**Saya tambah gajus dan kismis

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net