siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Apr-2010 02:09 Email | Share | Bookmark
Mee Hoon Kung Fu,Chicken Chop,Kek Gula Hangus

 
 
 
Assalamualaikum

Nak tulis apa ye kali nih,macam tak ada idea pulak. Balik dari kelantan hari tuh rasa macam tak best je sebab cik suami kena turun KL lagi,this week hari Ahad dia ke sana (walaupun semalam dah balik),next week pun dia kena ke sana lagi...Tak suka..Tak suka..Tak suka Boleh dikatakan setiap minggu dia kena turun KL,walaupun tak adala lama sangat dalam 3-4 hari je,paling lama pun seminggu tapi rasa macam lama je bagi si isteri dia nih... Nak buat macam mana kan,dah kerja dia sekarang macam tu.Kenala banyak-banyak sabar,orang lain suami tinggal lama-lama tak kisah pun,ambo nih baru kena tinggal kejap-kejap pun nak bising satu dunia... My sis kena tinggal setahun lebih oleh cik suaminya sebab sambung belajar dekat Ausie ok je,si adik dia nih pulak yang ngada-ngada lebih
Okla kita tengok apa yang ada kat bawah,Jom..Jom..Jom..




Chicken Chop nih buat semalam,konon-konon sambut cik suami balikla..hehehe...
Kali ni mariam grill,cik suami cakap sedap.Kalau ikut citarasa Mariam, grill lagi sedap dari yang digoreng.
Tapi mariam rasa kali nih gambar hidangan tak berapa menarik sebab tak ada sayur warna hijau.Kalau ada sayuran hijau tuh namapakla seri makanan sikit...


Resepi:

Perap
-Peha ayam (buang tulang)
-Sos tiram
-Madu
-Sedikit kicap
-Bawang merah dan putih (kali ni mariam tak letak)

Sos
-Sos lada hitam
-Kicap (sedikit)
-Bawang besar (dadu)
-Sos tomato
-Sos cili
-Sos tiram
-Cendawan butang (kali ni tak letak)
-Garam
-Gula

Cara-cara:

-Perap ayam dengan bahan-bahan perap (1-2 jam).Kemudian panggang ayam guna kaedah grill.(Mariam masak atas kuali leper je )
-Untuk sos,tumis bawang dan kemudian masukkan sos lada hitam,kicap,sos tomato,sos tiram,sos cili,cendawan butang,garam,gula.Masak hingga kuah pekat.
-Boleh la hidang dengan menu sampingan yang lain...




First time buat mee hoon kung fu ni.Pertama kali makan masa beli dekat kedai.Mula-mula buat cuma main campak-campak je ikut rasa yang pernah makan dulu.Bila tengok resepi,bahan-bahan dia pun lebih kurang apa yang mariam buat je.

Resepi:

-Mee hoon (dicelur hingga lembut dengan air panas)
-Telur 2 biji

Kuah:

-Bawang merah
-Bawang putih
-Tepung jagung 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
-Sos tiram (2-3 sudu besar)
-Lada hitam 1 sudu kecil (serbuk)
-Cili padi (2-3 biji diketuk)
-Ayam/sotong/udang/daging
-Bebola ikan/jejari ketam
-Sayur-sayuran
-Air
-Garam dan gula

Cara-cara:

-Pukul telur dan masukkan mee hoon kemudian goreng (macam goreng telur dadar)
-Untuk kuah,tumis bawang putih dan merah yang telah ditumbuk,kemudian masukkan lauk.
-Masukkan air dan bancuhan tepung jagung serta bebola ikan.Masukkan sos tiram,lada hitam,cili padi,garam,gula.Akhir sekali masukkan sayur dan udang.Siap....Bolehla curah di atas mee hoon tadi



Guna resepi yang biasa mariam buat...

Resepi (My Resepi)

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
4 biji telur
2 sudu besar mentega
2 sudu kecil soda bikarbonat

-Masak gula hingga perang (jangan sampai coklat pekat, nanti pahit)/ 3/4 gula hancur...
-Masukkan air panas (hati-hati kerana gula akan meruap, kalau boleh guna periuk yg besar sedikit)
-Kacau sehingga gula cair, kemudian masukkan mentega. Kemudian ketepikan biarkan dia sejuk
-Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat
-Kemudian masukkan tepung dan soda bikarbonat
-Masukkan air gula yang sudah sejuk tadi
-Perap 3-4 jam sebelum dibakar
-Bakar pada suhu 160'c-180'c selama 1 jam

*Mariam kurangkan 1 sudu besar susu, sebab kalu 1 cawan penuh manis sikit..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net