siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Mar-2010 00:38 Email | Share | Bookmark
Balik Kampung

 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Selepas seminggu balik Kelantan rasa macam malas je nak balik semula ke Penang.Cik suami cakap banyak cantikkkk Macam orang bekerjaya pulak,lepas cuti lama-lama mesti rasa liat nak masuk semula kerja (chewahhhh,macam ada pengalaman pulak ) Balik kampung sempena cuti sekolah seminggu hari tu abah mariam yang datang ambik,memandangkan suami kena ke KL,jadi memang sesuai sangatla kami balik kampung,Syafiy diberi pelepasan dari mama dia untuk 2 hari cuti tambahan sebab hari Khamis kami dah berangkat pulang.Kali ni balik memang sedikit teruja la sebab first time drive balik kampung dan first time juga bawa kereka abah.Walaupun ni bukan kali pertama abah pelawa bawa Seperti biasa bila balik kampung memang 'belarok' sakanla Bila dekat kampung macam biasala bila suami call adik tak berapa nak cakap,bila cakap dengan papa dia adik cuma akan cakap"Assalamualaikum....papa buat apa,Ok..Babaiiii " Papa dia cakap adik ni eksyen bila balik kampung.Kalau duduk dekat rumah mesti cakap lama-lama dan tanya bila papa nak balik,tapi bila dekat kampung tak tanya pun bila papa nak balik...
Lepas seminggu di sana,hari khamis ma dan abah hantar semula kami ke Penang.2 beradik ni macam biasala tak nak balik,adik masa atuk dan nenek dia nak balik semula punyala nangis nak ikut.Abang pulak asyik nak call nak cakap dengan nenek dan atuk je walaupun masa tu atuk dan nenek baru on the way nak balik.Okla sampai sini sahaja celoteh untuk kali ini
Jom layan apa yang ada dekat bawah.....





Buat semalam untuk makan malam,rasmi periuk steamboat yang ma bagi.Hubby cakap patutla beria-ria nak buat steamboat,rupa-rupanya ada periuk baru.



Popia ni dah lama buat,cuma baru update.Buat untuk frozen,ada banyak bekas lagi dalam peti ais tuh..



Mini popia,berintikan serunding ikan yang ma bagi.Mariam buat takdela semini yang jual dekat kedai sebab tukang buat ni letak inti serunding tuh banyak-banyak



Gambar kami di Pantai Cahaya Bulan.Adik sibuk gali pasir,orang buat persembahan ular dekat depan pun dia buat tak tahu je.Main pasir lagi syok kan dikkk...



3 jejaka idaman mama Baju merah masa turun dari kondo nenek untuk ke PCB.Baju oren masa tunggu atuk dekat bank,masa ni hari kami nak balik ke kampung.Baju putih masa bersiap-siap untuk outing cari rumah dan pergi makan malam.Papa,Syafiy dan Sidqiy tengah ralit tengok cerita Cinta Tikar Sejadah.Kami suka sangat tengok cerita ni





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net