siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Mar-2010 00:52 Email | Share | Bookmark
28 TAHUN

 
 
 
 
Assalamualaikum

Tanggal 3 Mac hari kelahiran encik suami yang ke-28,macam biasa kami cuma outing(dinner) dekat luar.Mariam buat kejutan macam tahun lepas jugak,hantar ke pejabat suami.Kali ni order satu set cupcake,dan satu set coklat dari KDC (Kak Linda) http://kaoricake.com.my/blog/ .Terima kasih ye Kak Linda,sebab merialisasikan kejutan tu(semua puji akan kesedapannya ).Receptionist dekat situ tak percaya yang benda tu semua cik isteri yang bagi,amboi-amboi sedap je cakap secret admired pulak.....Kalau tahu dekat MIL tak pasal-pasal dapat ceramah free...
Dia cakap biasanya isteri akan sambut sama-sama dekat rumah,tapi kenapa (your wife hantar ke office pulak ye..I tak percaya lah...) Dia tak tahu kot ramai isteri yang pernah buat macam ni.. Okla,kita tengok apa ada dekat bawah,menu-menu tiada kaitan dengan cerita dekat atas
Selamat hujung minggu




Kad yang Syafiy tulis,mama yang cut and paste...Syafiy bagi dekat papa dia masa on the way ke sekolah,dan Syafiy suruh papanya simpan dekat office (ni mama dia yang suruh cakap.. )



Stik ikan tenggiri ni mariam ambik resepi dekat rumah Kak Zaiy (Dubai) minta halal ye kak .Buat untuk makan malam

Sumber : Senangnya Memasak...Ikan (Chef Hanieliza) (Mariam ambik dari blog Kak Zaiy)

BAHAN A:
2 bahagian ikan tenggiri (400gm)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar sos lada hitam -saya xletak
saya tambah 2sb minyak zaitun-mariam tak letak

BAHAN B (SAYUR-SAYURAN IKUT SELERA):
Brokoli
lobak merah
tomato

Sos lada hitam


CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan dan toskan hingga kering.
2. Perapkan ikan dengan semua bahan selama 30 minit.
3. Bakar dengan pemanggang atau masukkan dalam oven hingga garing dan masak.
4. Hidangkan bersama sayur-sayuran dan sos lada hitam.



Donat ni cuba resepi yang popular dekat myresepi (Donat..lagi),mariam malas nak tempek resepi dia,kalau nak cuba bolehla jenguk dekat sana ye.. Syafiy makan banyak donat ni,mama dia lagila banyak...hehehe..



Kerabu tomato ni ala-ala air asam je,suka-suki je mariam letak nama kerabu Tak tahu nak makan sayur apa,buat 2 biji tomato untuk mariam makan tengah hari seorang diri


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net