siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Feb-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
"Baling apa mama"

 
 
 
Assalamualaikum...

Minggu ni minggu yang sedikit sunyi sebab encik suami kena kerja luar,dapurku juga akan sunyila sedikit Sebenarnya tak tahu nak cerita apa kali ni,okla mariam cerita pasal cuti raya cina hari tu.Hari sabtu,family dari ipoh datang bermalam di rumah,esokkannya (ahad) mak,abah dan adik-adik balik kampung ke Merbuk,kami sekeluarga pula pergi kenduri dekat Grik.Kenduri sepupu,masa sampai Grik,ma dan makcik-makcik lain semua dah ada sebab diaorang bertolak hari sabtu lagi.Memang bestla sebab lepas kenduri kami semua konvoi balik kampung dekat Baling,dekat 20 tahun mariam tak balik ke sana.Sebelum sampai Baling,kami singgah ke rumah saudara yang lain dulu...

Mariam: "Kita nak balik kampung dekat Baling"
Syafiy:"Baling apa mama"
Suami:"Baling ball"
Syafiy:"Eeeeee...papa nih"
Mariam n Suami :"Hahahaaaa"
Mariam:''Tempat tu nama dia Baling...tak baling apa-apa pun... Baling tu kampung nenek:-> "

Tula dialog kami anak beranak masa first time Syafiy dengar nak balik kampung dekat Baling
Baling ni kampung sebelah ma,seronok balik sini sebab suasana dekat sini macam kampung yang asli,ada banyak pokok buah,ada sungai.Turun je dari kereta,kami semua konvoi jalan kaki ke sungai pulak.Satu perkara yang mariam tak boleh lupa bila balik kampung kali ni,semua saudara-mara yang duduk dekat sana,tengok je mariam mesti tanya,"ni yang lemas dalam sungai dulu kan..."
Dulu masa kecik,mariam pernah lemas dekat sungai tu,Alhamdulillah umur masih panjang...Makcik,pakcik pun mulala dok menyakat... hehehe...
Sampai je dekat sungai,sepupu-sepupu turun main air (main kaki je) Syafiy n Sidqiy pun memang seronok sangat-sangat hari tu,main dengan pakcik makcik dia,tengok kera yang tok saudara dia bela,tengok sungai,dan macam-macam lagi... Dalam pukul 6 lebih kami semua pun bertolak balik ke destinasi masing-masing...Encik suami cakap,kita ni beraya mengalahkan cina pulak...hehehe...Tu jela cerita cuti raya cina,panjang-panjang nanti jemu pulak baca... Okla kita tengok apa yang ada kat bawah...




Nama je coconut jelly,tapi mariam pakai agar-agar.Tak suka pakai jelly sebab jelly ni sedikit liat..Mariam buat coconut jelly ni lembut macam dadih..Syafiy suka sangat...
Kelapa muda yang diangkut dari Baling hari tu,makcik dan pakcik yang lain dok kait buah ciku bawak balik,tapi mariam bawak balik 6 biji kelapa muda... (bukan mariam yang kait kelapa ni,makcik n pakcik mariam yang kaitkan...mariam balik kopek je..hehe) Separuh buat benda ni,separuh lagi minum.Mariam kirim coconut jelly ni dekat mak (ipoh) sikit,kebetulan petangnya tu suami on the way ke KL.


Resepi:

-2 liter air kelapa
-Agar-agar bertali (10 g) (masak hingga larut)
-Gula 1 cawan (ikut citarasa masing-masing dan bergantung pada rasa air kelapa)
-Isi kelapa
-Daun pandan (option)
Cara-cara:

-Masak agar-agar dengan sedikit air kelapa hingga larut.Kemudian masukkan semua air kelapa,daun pandan dan gula.Masak hingga mendidih.
-Dalam bekas,isikan isi kelapa.(Mariam tapis dulu air kelapa yang telah dimasak dengan agar2 tadi,sebelum dimasukkan ke dalam bekas,takut ada serdak-serdak agar-agar yang tak larut sepenuhnya)
-Sejukkan.



Pulut dakap ni permintaan dari cik nab (my sis),adik mariam suruh kirim dekat ma nanti bila pergi Grik,tapi sebelum tu tak jumpa pisang raja lagi.Balik je dari Grik,kami singgah makan dekat kedai,kebetulan sebelah kedai tu jual buah.Bila pergi tanya,pisang raja ni ada pulak,alang-alang dah ada,mariam belila 2 sikat.Semalam dah siap buat,tak taula pulak bila boleh bagi.Mariam simpan dulu,kalau lama sangat,alamatnya kena cari pisang lain la..hehehe



Kek batik ni mariam buat untuk bawak pergi rumah mak cik.Isnin hari tu kami pergi buat BBQ dekat rumah makcik di Sungai 2,Mariam bawak ayam yang dah diperap,Ikan,sosage,mee hoon goreng,kek batik,buah.Saje je kami buat makan-makan kat sana,tak ada keje..hehehe


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net