siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Feb-2010 10:00 Email | Share | Bookmark
KUIH...KUIH...

 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..

"Kuih!!!!...Kuih!!!...Beli kuih kak, 3 seringgit.... "
Kali ni semua menu kuih muih,bestkan kalau dapat jual kuih macam ni,dapat bukak kedai sendiri dan jual kuih yang dibuat sendiri...Kuih-kuih tradisi,yang biasanya anak-anak muda sudah lupa akan kewujudannya...Itula salah satu impian mariam.Lepas tu mesti ada yang cakap-cakap,apala cik yam ni,belaja tinggi-tinggi tapi jual kuih pulak...Eemmm....Salah keee????
Okla kita tengokla kuih apa yang ada,kalau tak memenuhi selera,bolehla jenguk gerai sebelah ye kak...



Kali ni guna resepi lain pulak,sapa-sapa yang nak cuba,cubala resepi ni,InsyaAllah jadi,sebab sukatannya ngam-ngam... Tak lembik,dan tak keras...

Resepi (MyResepi:NanaSham)

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
-500gm beras pulut
-400ml santan cair
-1 st garam
-2 sm minyak (mariam tak letak,sebab guna santan kelapa)

Bahan lapisan atas:-
-120gm tepung gandum
-3 sm tepung jagung
-140gm gula
-3 biji telur
-450ml santan pekat
-1/2 st garam
-300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!



Tangkup kaya,sebelum ni tak tahu pun nama dia macam ni,tahu makan je...Mariam selalu makan masa zaman kecik-kecik dulu...Macam cream puff melayu..

Resepi: (Myresepi: Maksu Om )

Bahan-bahan ( lebih kurang 20 biji )

KAYA
-2 biji telur
-2 Cawan santan
-3/4 cawan gula pasir + 1 cawan air
-Sedikit garam
-2 camca makan tepung kastad
-Pewarna hijau (mariam tak letak)
-2 helai daun pandan(disimpul)

KULITNYA
-2 cawan tepung gandum
-2 1/2 cawan air
-Sedikit garam
-Pewarna kuning
-Sedikit minyak
-Acuan karipap (mariam tak ada,tangkup macam tu je)

Cara-cara
- Masak gula dgn 1 cawan air hingga larut.
-Masukkan telur,tepung kastad,garam dan santan dalam blender.Blend supaya sebati.
-Tuang bahan yang diblen dalam air gula.Kacau.
-Masukkan daun pandan.Kacau sampai pekat.
-Angkat dan ke tepikan
-Buat kulitnya.Masukkan tepung gandum,air dan garam dalam blender dan blend.Tapis.
-Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak
-Ceduk sesenduk kecil tepung yang ditapis tadi dan buat dadar atas kuali. Guna api sederhana.
-Apabila dah kering bahagian atasnya,tak perlu dialih terus angkat.
-Letakkan atas acuan karipap dan letakkan sesudu kaya ditengah-tengahnya. Tutup acuan dan buang rejanya.
Keluarkan dari acuan .Letak atas pinggan.
Siap untuk dimakan. Rejanya boleh cicah dengan kaya. Ataupun jika tak mahu ada reja, buat dadar besar sikit dan gulung macam ketayap je...satu kelainan.Selamat mencuba.



Resepi 2 in 1,keria dan cek mek molek.Kali ni mariam buat guna ubi jepun (warna ungu),tapi hubby cakap sedap lagi kalau guna ubi keledek.Ubi jepun ni,mariam suka rebus,dan cicah dengan kelapa.Sedap sangat sebab ubinya sangat manis

Resepi:

-Ubi keledek (kali ni mariam guna ubi jepun manis )
-Tepung gandum (secukupnya,doh tak melekat di tangan)
-Secubit garam
-Gula (mariam guna 1 sudu makan je,sebab kuih ni mariam goreng tak sampai 10 biji)
-Sedikit air (untuk disira)

Cara-cara:
-Rebus ubi dan lenyek.Biarkan hingga sejuk
-Uli ubi bersama tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
-Bentukkan,kemudian goreng.
-Masak gula dan sedikit air hingga likat,kemudian masukkan kuih yang sudah digoreng,kacau sehingga gula kering.Bolehla diangkat.
(untuk cek mek molek,doh yang sama mariam ambik dan letakkan gula di tengah-tengahnya...senang kerja )





Resepi ni dah lama masuk dalam menu wishlist,resepi dari Kak Rus.Terima kasih ye kak rus.
Sidqiy cakap "eerrmmm..sedap mama" Kak Rus guna kacang hijau tanpa kulit,tapi mariam guna kacang hijau yang berkulit.Kalu nak tahu macam mana kacang hijau tak berkulit bolehla tengok dekat rumah kak Rus


Resepi:Kak Rusnah (Fp)

-1 cawan tepung beras cap gajah berbadan ikan(Siam mari) (mariam pun guna siam mari... )
-1/2 cawan gula putih
-1/2 sudu teh garam
-1/2 cawan kacang hijau tanpa kulit yg telah direbus(rebus dulu baru sukat) (mariam guna yang ada kulit)
-3 cawan santan
-1 helai daun pandan

Cara-cara
1.Semua bahan kecuali kacang hijau tanpa kulit diadun sebati dan dikacau atas api bersama simpulan daun pandan.
2.Kacau lebih kurang 10 minit...bila dekat-dekat pekat...tutup api dan masukkan kacang hijau rebus tadidan terus dikacau.Buang simpulan daun pandan dan tuang ke dalam acuan yang dilengser minyak (kak rus guna minyak sapi)
3.Bakar dalam ketuhar yang 10 minit lebih awal dipanaskan....kalau dlm masa 40 minit atasnya masih putih bakar lagi sampai kekuningan...mmmm baru cantik dan sedap.


Kuih kacang,kalau ikut nama orang panggil nama lain kan..nama apa entah..
Biasanya buat pakai sedikit tepung bila masa nak menguli tu.Tetapi kali ni mariam try buat teknik yang tak pakai tepung,memang menjadi dan sedap.Dapat tahu teknik ni bila mariam baca komen dekat myresepi...


Resepi:

-Kacang hijau
-Gula
-Secubit garam

Tepung goreng:

-Tepung beras
-Kelapa
-Air kapur
-Sedikit serbuk kunyit
-Air

Cara-cara:

-Rebus kacang hingga empuk,air jangan letak terlalu banyak.Mariam guna kaedah wait and see,tambah air bila kacang tak empuk lagi,sebab kalau kita terus letak banyak air,kacang akan terlalu lembik dan makan masa untuk kering.
-Masukkan gula dan secubit garam,kacau hingga adunan betul-betul kering,guna api yang kecil.
-Sejukkan,dan bolehla dibentuk.
-Masukkan semua bahan-bahan untuk tepung goreng,adunan tidak terlampau pekat,dan tidak terlampau cair.Kemudian celup kacang,dan bolehla digoreng.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net