siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Jan-2010 00:13 Email | Share | Bookmark
2010

 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

First entry untuk tahun 2010,semoga tahun nih Allah panjangkan lagi usia kita untuk lebih beribadat kepada-Nya,sihatkan tubuh badan dan murahkan rezeki kita semua.Amin...
Kali nih nak cerita sedikit masa balik kelantan hari tuh, meriah jugakla kali nih sebab semua adik-beradik dapat berkumpul,kak umi baru je habis pantang.Family in law (FIL) juga datang bercuti ke kelantan,boleh dikatakan hampir setiap tahun FIL datang kelantan,bukan sebab menantu dia nih made in kelantan yer.. Mungkin sebab dulu FIL pernah tinggal di sini dan kawan-kawan pun ramai kat sini dan mak pun suka shopping kat sini,jadi aktiviti nih macam aktiviti tahunan la…sapa-sapa yang tak pernah datang kelantan apa lagih…echehh macam promote pulak…hehehe..
Seminggu lebih di kelantan,banyakla jugak aktiviti-aktiviti yang kami adik-beradik buat.Antaranya dan sudah semestinya outing to shopping kat Kota Bharu. Dinner kat Hotel Renaissance (makan free hehee), body massage (kat rumah je,aktiviti biasa dibuat bila balik machang),face facial (jerawat dah banyak…hohoho). Pergi kenduri orang masuk rumah baru.
Seminggu lebih di kampung,hari khamis minggu lepas ma,abah dan adik (shuhada) hantar mariam dan anak-anak balik ke penang semula sebab cik hubby outstation kat KL.
Hari jumaat kami outing kat seberang pulau,3 biji shopping center kami jejak,seronokla sebab semuanya ma belanja,bukan takat shopping je,duit poket pun kami dapat (aktiviti wajib ma bila anak cucu balik,walaupun anaknya dah kawin).Pagi sabtu ma,abah dan adik balik ke machang.Maka bermulala rutin harianku seperti biasa.
Tahun nih lain sedikit sebab my little hero (Syafiy) dah masuk kindergarten,nanti mariam cerita syafiy masuk sekolah next entry.
Okla di kesempatan nih mariam nak ucapakan tahniah buat Achik (adik hubby yang ke 5) sebab berjaya dengan cemerlang dalam PMR,Achik dapat 9A.Semoga achik dapat kekalkan kecemerlangannya.Okla kita jumpa next entry pulak ye..InsyaAllah…
Okla,layanla gambar-gambar kat bawah,2 menu je sempat disnap masa kat rumah ma,walaupun banyak menu-menu yang menarik...




Solok nih ma buat,makan dengan nasi kerabu.



Roti jala mariam buat tuk makan sarapan,kuzi ayam tuh ma buat.Satu kombinasi yang sangat sedap...



Nenek dan Syafiy kat Bukit Jambul Penang.



My heroes 3 S...Adik ngada-ngada tak nak duduk diam...fuhhhh..penat mama,papa n cik su berambak (kejar-mengejar) tangkap adik



Mama,abang,adik...outing kat Kota Bharu dengan cik nab,cik aminah dan cik su...



Dinner kat Hotel Renaissence.Dinner free,kalau tak jangan harap ler kami nak perhabis duit kat sini,sebab banyak lagi tempat makan yang best...hehe...Malam tuh menu dia Japanese food...



Aksi 2 beradik kat rumah nenek...Adik tengah basuh dapur dengan cik aminah dan abang tengah tunjuk jam ben 10 baru dia...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net