siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Dec-2009 00:26 Email | Share | Bookmark
SALAM MAAL HIJRAH

 
 
 
 
Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua.Semoga Allah S.W.T murahkan rezeki dan panjangkan umur kita semua untuk lebih beribadat kepada-Nya.
Kali nih tak ada apa yang nak diceritakan sangat,sebab tuan rumah not in good mood
Ok kita tengokla apa yang dibuat untuk minggu nih..





Kek Coklat nih diambil dari myresepi,tapi telah diubah suai sedikit.Jangan terkejut ye puan-puan sebab tukang yang buat kek nih makan lebih separuh adunan...

Bahan-bahan ( loyang 9" )

-2 cwn gula (kisar)
-2 cwn tepung (ayak)
-3 biji telur grade A
-1 cwn koko powder
-1 cwn susu cair (mariam guna low fat milk)
-1 cwn minyak(sy gune butter cair)
-1 cwn air panas didih
-1 tsp soda bikarbonat
-1 tsp baking powder
-1 tsp esen vanila

**utk ganache**

-1 cwn non dairy whipping cream
-250g cooking chocolate
-1/8 cwn golden syrup (mariam guna madu)

Cara-cara

1.Tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2.Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3.Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4.Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan.Gaul dgn cara kaup balik
last sekali masukkan air panas.Kacau sebati
5.Bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree.

**utk ganache**

1.Dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
bila dah mendidih,padamkan api,dan masukkan cooking choc.Kacau sebati kemudian
tambahkan madu.
2.Apabila sudah sejuk,sapukan pada kek.



Resepi nih ambik kat rumah kak madiha,terima kasih ye kak..Memang sedap,cik suami pun makan banyak.Mariam buat cuma separuh adunan dan guna daun pandan.

Resepi (cnp dari fp Kak Madiha)

Bahan Lapisan Bawah
400gm beras pulut (basuh bersih & rendam dlm sejam atau sementara prepare bahan2 lain rendam pulut dulu)
17oz santan cair (dari sebiji kelapa ~ yg pekat simpan utk lapisan atas yg cair untuk lapisan bwh)
1 s/k garam

Bahan Lapisan Atas
25 oz santan pekat
220gm gula pasir
5 biji telor gred A
½ s/k esen vanilla
¼ s/k esen pandan (kalau dah blend daun pandan tak perlu boh esen pandan lagi)
¼ s/k garam
5 s/b rata tepong gandum (sukat guna sudu penyukat)
5 s/b rata tepong jagung
Pewarna hijau secukupnya (boleh juga blendkan daun pandan bersama kelapa & dapatkan jus santan bercampur pandan sebanyak 25 oz... kalau nak buat camni.. kelapa kena ambil 2/3 khas utk lapisan atas & tinggalkan 1/3 utk lapisan pulut)

5 helai daun pandan untuk mengukus. (kalau takde pun takpe)

Cara Membuatnya

1. Terlebih dulu jerang air & daun pandan dalam periuk kukus.
2. Toskan beras pulut yg direndam. Masukkan ke dalam loyang. Campur santan & garam lalu kacau rata sehingga garam larut. Semasa meletak di atas pengukus, pastikan beras pulut & santan serata. (jangan ada bahagian yg tebal & nipis. Rata2kan guna sudu. (kalau tak nanti ada bahagian pulut yg tebal ada yg nipis )
3. Kukuslah selama 30 minit. Bila masak tekan2 pulut dengan sudu agar mampat. Ketepikan dulu.
4. Dalam bekas yang lain, sediakan bahagian lapisan atas.
5. Campurkan kesemua bahan2 lapisan atas menggunakan whisker dan kacau hingga sebati. Tapiskan ke dalam kuali.
6. Masak sebentar di atas api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker sehingga agak pekat (agak2 mcm susu pekat manis tu).
7. Tuangkan ke atas lapisan pulut dan kukus lagi anggaran 10 - 15 minit.
8. Sejukkan sebelum dipotong.




Donat nih buat semalam,resepi donat dan roti kentang tuh satu adunan yang sama.Pernah buat roti kentang nih,tapi kali nih tak letak topping atas tuh...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net