siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Dec-2009 02:02 Email | Share | Bookmark
DINNER

 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Hari ni dah hari jumaat dah,kejap je rasa sebab baru hari isnin hari tuh cakap,lambatnye nak tunggu weekend. Buat suri macam mariam nih,weekend je la boleh keluar rumah,hari-hari lain mana nak boleh keluar derakkkk..(jalan2).Nasib baikla cik suami memahami,jadi weekend memang kami tak de kat rumah la ye,tapi tak ader la dari pagi sampai malam kami outing,kalu pagi sampai malam tuh kadang-kadang je la,biasanya lepas asar atau lepas zohor kami keluar dan malam baru balik rumah.
Okla,kita tengokala apa yang dimasak untuk minggu ni.Ni semua menu untuk makan malam kecuali roti tu menu sampingan.




Masak chicken chop nih sebab terliur tengok angah masak hari tuh,so nak kena tunggu weekend ler baru boleh pergi beli bahan-bahan.Akhirnya lepas jugak hajat..

Resepi:

Perap
-Peha ayam (buang tulang)
-Sos tiram
-Madu

Sos
-Sos lada hitam
-Kicap
-Bawang besar (dadu)
-Sos tomato
-Sos cili
-Sos tiram
-Cendawan butang
-Garam
-Gula

Cara-cara:

-Ayam diperap,sebelum goreng celup ayam dalam telur kemudian celup dalam oat...(betul ke ayat nih.. ).Kemudian goreng dengan api yang kecil.
-Untuk sos,tumis bawang dan kemudian masukkan sos lada hitam,kicap,sos tomato,sos tiram,sos cili,cendawan butang,garam,gula.Masak hingga kuah pekat.
-Boleh la hidang dengan menu sampingan yang lain...



Pizza nih buat untuk makan malam,separuh doh buat roti kacang,dan separuh lagi buat pizza ayam dan mini pizza.

siti mariam (1/9/2010 4:03:46 PM): masak apa hari nih?
siti fitriah (1/9/2010 4:04:05 PM): buat donat n tomyam ja
siti fitriah (1/9/2010 4:04:12 PM): kaklong?hehe
siti mariam (1/9/2010 4:04:23 PM): oooo...bestler..
siti mariam (1/9/2010 4:05:04 PM): klong tgk nasi lemak alg td tingin rulak nak makan...tp kena tanye abg dulu la nak mkn nasi ke tak..kalu tak masak makaroni je la..
siti mariam (1/9/2010 4:05:17 PM): pulak*
siti fitriah (1/9/2010 4:05:50 PM): ooo,sedap gak mlm2 mkn nasi lemak kan
siti mariam (1/9/2010 4:06:01 PM): tambah berat..
siti mariam (1/9/2010 4:06:03 PM): hehe


Ni masa mariam chatting ngan angah petang semalam...kalu chat tak tanya pasal masak apa memang tak sah...pas tuh mulala ambo nok tiru menu angah...Tak pela kan..kalau tak idea nih tak berkembang,alih-alih masak yang sama je.. Tapi buat nasi lemak nih sebab teringin lepas tengok nasi lemak alang kat facebook...jangan marah ye alang,kak long tiru..





Roti nih buat hari selasa dan khamis,kes nak habiskan inti kacang yang dah berkurun bertapa kat dalam peti ais tuh.Lagi satu nak asah skill buat roti...Entahla cikgu komen aper nanti...
Hari selasa tuh buat roti separuh dan buat pizza separuh...




Angah...nila gluten yang Cik Tie bagi dekat kak long...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net