siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Oct-2009 02:51 Email | Share | Bookmark
Jom Tengok...

 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Ni antara kek,kuih dan air yang dimasak untuk minggu ini...
Air roselle tu hasil tanamanku... Pokok roselle yang mariam tanam dah mengeluarkan hasil,tapi tak banyak sangat,bolehla nak minum anak beranak kat rumah nih.Pokok roselle nih cepat je keluarkan hasil tak sampai 4 bulan tanam dah boleh makan hasil... 5 batang pokok pisang yang dah dekat 2 tahun tanam baru satu je yang berbuah,tu pun dah nak masuk 4 bulan berbuah tapi tak boleh tebang lagi sebab buah masih tak besar-besar...Hayaaa biler mau besarla... yang lain tuh masih kemetot lagih Rasanya sebab faktor tanah kat rumah nih yang keras dan berbatu,tuh yang pokok yang ditanam payah nak naik...Ehhh..banyak pulak citer pasal pokok...Kuih apam eno tu mariam tengok kat umah akak madiha,teringin pulak nak cuba memandangkan eno yang dibeli dah berkurun bertapa dalam laci...Apam nih memang lembut dan gebuss...Lompat tikam tu pulak buat sebab teringin sangat nak makan.Kalau kat kedai,pulut dia bagi sikit je,yang kuih hijau tu pulak yang banyak.Mariam lebih suka pulut banyak,so bila buat sendiri nih si pulut lebih dari si hijau la.. Swiss roll tu pulak dah pernah buat sebelum nih,ni kiranya 2nd time la...memandangkan tak de jem,ada buttercream je dalam peti,so godek-godek la cream tuh...Sidqiy dok makan cream tu je keknya tak jamah langsung...Nasib baik Syafiy suka sangat.... Kalu harapakan hubby tuk makan memang susah la,takat jamah sekeping dua bolehla,nak makan sungguh-sungguh kirim salam je lah..
Okla takat nih je dulu..Kita jumpa next n3 pulak...Wassalam...






Resepi Apam Eno (My Resepi)

Bahan-bahan ( 40-45 biji )

-300g tepung beras
-8-10 sudu besar gula pasir
-1 sudu besar yeast
-280-300ml air
-3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
-pewarna merah, hijau

Cara-cara

-Tepung dibancuh dgn air sedikit-sedikit.
-Kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
-Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
-Masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
sementera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam sekejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

Tips untuk dapatkan apam yang merekah (ni mariam dapat setelah baca komen-komen kat my resepi)

1. Pastikan air betul-betul mendidih.
2.Masak dengan api yang besar macam kita kukus pau.
3.Panaskan bekas sebelum adunan dimasukkan.
4.Kukus selama 5-7 minit.Bergantung saiz bekas.
5.Isikan adunan punuh kalau tak kuih tidak akan merekah
6.Eno dimasukkan sewaktu air mendidih.Kiranya kita masukkan eno dalam adunan masa air dah mendidih,kacau rata dan terus masukkan dalam acuan untuk kukus.Jangan tunggu lama-lama sebab kueh akan jadi berbintik-bintik.Kalau kita buat 3 warna kita kukusla satu-satu warna dahulu.Eno pun masukkan sewaktu kita dah nak mengukus. Apam nih memang gebussss...




Resepi (Ma)

-Beras pulut (rendam dengan pewarna merah selama 2-3 jam)
-Gula melaka (jadikan air gula melaka)
-2 1/2 cawan santan
-1 cawan tepung beras
-3 cawan air pandan
-Sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara:

1.Kukus pulut hingga masak
2.Santan dimasak,masukkan 1 sudu besar tepung beras dan secubit garam.Masak hingga pekat
3.Air pandan dan tepung beras dimasak hingga likat dan masukkan ke dalam acuan.(Kalu warna talam nih tak berapa hijau bolehla tambah pewarna sedikit).Kemudian sejukkan.
4.Satukan pulut,air gula melaka,santan,dan kuih talam.Sedia untuk dimakan



Resepi

-Roselle
-Gula
-Air

Cara-cara

-Bersihkan roselle,buang biji di tengahnya
-Masukkan air separas dengan roselle.Rebus hingga mendidih.
-Ulangi langkah di atas hingga warna air rebusan menjadi pudar.
-Jangan masukkan air terlampau banyak sebab kita akan rebus 3-4 kali sehingga warna air akan pudar.Kiranya dah tak merah.
-Masukkan gula ikut citarasa masing-masing.



Ni gambar 2 beradik Syafiy dah 4 tahun dan Sidqiy dah 2 tahun....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net