Want your
own Fotopage?





























 
siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Apr-2009 02:49 Email | Share | Bookmark
MEE HOON....ROTI...PISANG...

 
 
 
 


Resepi (Sofinar-MyResepi)
Bahan-bahan ( 10 orang makan )

-1 bungkus bihun - direndam dulu
-300g daging - dipotong kecil2
-3-4 keping fish cake
-Sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
-3 sudu makan cuka
-6 ulas bawang putih
-1 sudu makan lada hitam / lada putih
-2 biji tomato - potong nipis jika suka
-garam dan gula secukupnya
-cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

Cara-cara

1.Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2.Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3.Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
4.Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
5.Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6.Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api.
7.Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)



Resepi (Kak Fida-MyResepi)

Bahan-bahan ( 6 keping )

-2 keping roti putih
-2 sb tepung jagung
-3 sb gula halus
-100 ml susu cair
-2 biji telur(guna 1 putih telur saja)-mariam letak 2 biji
-1-2 titik esen vanilla
-Sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
-sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
-mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

-Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
-Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
-Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
-Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
-Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
-Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.



Resepi (Ma)

-Pisang 3/4 masak
-Gula (sukatan ikut citarasa)
-Daun pandan
-Bunga cengkih (3-4 bunga)
-Air
-Sedikit pewarna kuning (option)

Cara-cara

-Masak pisang dengan air dan sedikit pewarna kuning.Masak hingga air mendidih.
-Buang air,kalau nak ada air gula/air gula yang cair,tinggalkan sedikit air tadi.
-Masukkan gula,bunga cengkih dan daun pandan.Pastikan api kecil.
-Setelah gula hancur bolehla tutup api.

Assalamualaikum....

Berentry kembali di hari Jumaat yang mulia ini... Terima kasih dekat kak Ieda sebab tanya biler nak bubuh enrty baru Nila antara masak-masak untuk minggu nih,yang lain-lain tuh menu2 yang biasa masuk entry dah Kali nih try buat meehoon singapore pulak,asyik dok masak meehoon goreng biasa je,sekali sekala try yang lain pulak.Kiranya first time makan dan buat,not bad (sedappp ) Senang je nak buat,lagi senang dari meehoon yang biasa Mariam masak
Baby bread pudding tuh kalau tukar nama melayu jadi puding roti bayi...macam lawak je kan kalu dimelayukan Puding roti nih senang nak buat,bahan-bahan pon simple je.Ambik kat Myresepi,tengok ramai yang dok buat termasuklah makcik kuuuu ituewww...
Sira pisang lama dah tak makan,kelmarin call adik (Zainab) tanya resepi,kalau call tanya adik sorang lagih tuh (Aminah) mesti dia cakap "Ala...yang tuh pun tak tahu ker...??" bukan tak tahula..nak pastikan je tula jawapan yang kakak dia ni akan balas balik... amboi-amboi berlagak ye..mentang-mentang dia sekarang nih jadi tukang masak ma kat rumah
Sebelum tu nak ucap terima kasih jugak buat kak Aisyah (Jepun) yang sudi bagi award sakura,
(ingat artis je boleh dapat award ker... ) Terima kasih banyak2 ye kak...



AWARD DARI KAK AISYAH- http://shshada.blogspot.com/

terliur pulak tgok bihun s'pore tu, penah buat sekali tp akak ikut resepi kak rinn. yg ni kena letak cuka ye, ada rasa masam tak mariam? nmpak sdap tu, bhn pun simple je. baby bread pudding tu comel sbb tu namapun baby. Fri 17-Apr-2009 05:38
Posted by:zaiy  - [Link]
bihun singapore dah sampai utara....
baby bread puding tu nampak sedap, saiz pun comey jer....
Fri 17-Apr-2009 06:00
Posted by:Haniss  - [Link]
SEMLM MKN BIHUN TP GORENG BIASA JER.. Fri 17-Apr-2009 08:11
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
salam mariam ...

huhuhu terliurq kat semua ...

pisang sira .. favourate ... mee hun favourate .... puding rotiiiiiiiiiiiii pun favourateee

huhuhu biler lah nak buat puding rotii tuh ...
Sat 18-Apr-2009 14:45
Posted by:ieda ~ ibu nina, riena & zahrien  - [Link]
Rajin betul Siti Mariam ni.., bertuah suami dapat wife gini, kenyang selalu.. Sat 18-Apr-2009 15:33
Posted by:k nida  - [Link]
dah lama x buat bihun camni..bukan aper..kiter org tua suka makan sbb pedas lada hitam..budak2 yg x tahan..so kena buat yg biasa je..
mmm..puding tu mesti sedap..
Sun 19-Apr-2009 12:46
Posted by:umieaisyah  - [Link]
salam,
jom shooping pakaian kanak2 di http://mykids.com.my
Sun 19-Apr-2009 15:13
Posted by:kocie  - [Link]
dh lama tk pekene bihun s'pore tu...
alahai nmpak sedap sungguh....lagik2 kalo ade daging byk...perghhhh..
Mon 20-Apr-2009 04:06
Posted by:k.nurul  - [Link]
mymum memang suka buat beehon spore ni...sedapp kan..
sira pisang > fav. org kelate...
Mon 20-Apr-2009 05:21
Posted by:bungamekar
NYUM... LAMA X BUAT BIHUN SINGAPORE... ASBEN X SUKA SANGT.. NAK BUAT MAKAN SORANG... HMM.. TAH BILA LA NAK BUAT Mon 20-Apr-2009 10:03
Posted by:watie  - [Link]
Salam Mariam. Tq sebab masuk FP akak. Akak nak tanya sikit, Siti Nawwal tu adik ipar Mariam ker..? Ari tu dia email kat dalam FP akak tanya pasal photographer.. akak dah balas thru FP tapi sampai sekarang dia tak respond. Takut dia x dapat ke respond tu..? Boleh sms akak contact no dia...tq Tue 21-Apr-2009 03:38
Posted by:K nida allmomentphoto@yahoo.com  - [Link]
memang paberet akak sira pisang ni Tue 21-Apr-2009 05:45
Posted by:kak shyieda  - [Link]
SALAM MARIAM

TKASIH ATAS PUJIAN ITU .... HEHEH USAHA TANGGA KEJAYAAN .. X DAYA DAH SAKIT TUMIT .. SKRG DAH RINGGAN SIKIT

PAKAIAN LAMA2 SEMUA LEH PAKAI DAH ... ALHAMDULILLAH .. DISAMPING MENJAGA MAKAN DAN MINUM .. KESIHATAN TUH PENTING

Tue 21-Apr-2009 06:06
Posted by:ieda ~ ibu nina, riena & zahrien  - [Link]
sedap2nya mariam...........akak suka bihun s'pore tu...tp kalo akak msk, men blasah jerk...hehhehe...
rajin wat puding comey2 tu...
Tue 21-Apr-2009 08:39
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
salam mariam..
wahhh sedapnyerr meehun goreng!
my fav tuuuu kalau mkn berpinggan2 buleh abes
ermm thanks yeee akak dah start rendam dalam air biasa telur asin tu hopefully weekend ni dah kuranglaaa garam dia heheee thanks again! muahhh
Wed 22-Apr-2009 14:01
Posted by:shima27  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.