siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Apr-2009 03:57 Email | Share | Bookmark
APAM...KELAPA..ADIK..

 
 
 


Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )(Myresepi)

-250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
-2 biji telur
-1 sudu kecil esen vanilla
-200 ml susu segar
-300 gm tepung gandum
-1 sudu kecil ovallate
-Pewarna (ikut suka)
-Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
- Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
-Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
-Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
-Masukkan ovallate dan pukul lagi.
-Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
-Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
-Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
-Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
-Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).



Resepi

-3/4 gelas air kelapa bersama isinya
-3-4 sudu besar susu segar/susu cair
-Gula
-Ais
-Ais Krim Vanilla

Cara-cara

-Kisar sedikit air kelapa dengan isinya sehingga hancur.Kemudian barulah masukkan baki air kelapa yang lain.(ini supaya isi tu betul2 hancur)
-Masukkan susu dan gula,kisar seketika.
-Hidang bersama sedikit ais dan ais krim vanilla.



Assalamualaikum...

Apam mekar dan air dibuat minggu lepas,apam tuh gebu dan lembut je walaupun dan sejuk.
Weekend ada tetamu mengejut jugak,officemate husben 5 orang nak datang rumah.Lepas masak untuk lunch, hubby cakap kawan-kawan dia nak datang rumah dalam pukul 4.Garu kepala jugakla sebab stok makanan tak berapa nak ada sebab tak shopping lagi...Jadi bersilat pergi ambik daun pisang dan daun pandan,maka jadilah lopes.Lepas tu dok pikir,tak kan kuih je... Lepas tu bancuhla tepung nak buat roti jala.Tapi roti jala ku jadi mee hoon goreng je... Sebab dok fikir nak menjala makan masa,si kecik nih pulak dok merengek nak menyusu,anak-anak mariam penyusu yang fanatik Maka jadilah minum petang mee hoon ngan lopes je, Nasib baik la tetamu sampai lambat sikit,sempatla kuih tuh sejuk dulu...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net