siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Mar-2009 03:16 Email | Share | Bookmark
KEK BUAH,MEE SIZZLING DAN AGAR-AGAR

 
 
 


Resepi (Myresepi:Sofinar)

Bahan-bahan ( ramai boleh makan )

1 3/4 cawan gula pasir
2 cawan air sejuk
2 cawan magerin /mentega
400g buah-buahan campuran
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

1.Gula, air, mentega dan buah-buahan di masak bersama dengan api perlahan hingga mendidih dan buah agak ringan (ada sebahagian buah timbul). tutup api dan biarkan sejuk
2.Tepung gandum, tepung naik sendiri dan baking powder di ayak bersama
3.Pukul telur hingga kembang, masukkan adunan buah-buahan tadi kacau rata kaedah kaup balik.
4.Masuk tepung, dan esen vanila, gaul kaedah kaup balik hingga rata. jgn gaul terlalu lama nanti buah turun balik cukup sekadar sebati
5.Bakar dalam aduan yang telah digris dgn mentega dan ditabur sedikit tepung, selama 1 jam 180 darjah celcius



Resepi (Majalah Saji Jun 2008)

Bahan-bahan

-200 gm mee kuning
-450 gm ayam dipotong serdahana
-Air 1 liter
-1 cm halia (hiris)
-1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)- mariam guna serbuk
-3 sudu besar kicap pekat
-2 sudu besar sos tiram
-Sedikit minyak bijan
-2 ulas bawang putih (ditumbuk)
-2 ulas bawang merah (ditumbuk)
-1 sudu besar stok ayam (mariam x letak)
-3 sudu besar kicap manis
-Garam dan perasa (perasa x letak)
-3 keping cendawan tiram (shitake)
-3 tangkai cili kering (goreng)
-3 sudu besar tepung ubi (bancuh dengan sedikit air)
-1 biji telur
-Sawi

Cara-cara

-Masukkan halia,lada hitam,kicap pekat,sos tiram,cendawan tiram,cili kering,stok ayam,minyak bijan,bawang putih,bawang merah,garam dan perasa ke dalam air rebusan ayam.(Mariam tumis dulu bawang2 dan halia,kemudian masukkan air dan ayam,diikuti bahan2 lain)
-Setelah semuanya masak masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau hingga sebati.Setelah mendidih ketepikan
-Panaskan pan sizzling,masukkan mee,tuang kuah pekat dan pecahkan telur.Boleh tambah sayur.
(mariam tak ada pan sizzling,jadi guna pan biasa: ambik 3-4 senduk kuah masukkan ke dalam pan,masukkan sawi dan pecahkan telur.Kemudian barula curahkan di atas mee perlahan2 supaya kuning telur tak pecah.)



-1/3 (8 gm) Agar-agar bertali yang 24 gm
-1 cawan gula (bergantung pada kemanisan masing2)
-2 liter air
-Sedikit perisa ros
-Ais krim vanilla

Cara-cara

-Masak agar-agar hingga larut.Masukkan gula dan perisa ros.
-Masa masukkan ke dalam bekas tapis dahulu supaya serdak agar-agar dapat diasingkan
-Setelah sejuk boleh makan dengan ais krim atau susu cair..

Assalamualaikum...

Kali nih pasal kek, mee dan pencuci mulut.... Kek buah dan mee tu buat semalam,kek buat petang dan mee tuh untuk dinner.Kek buah tu fabret hubby,dan jugak abahku tersayang .Resepi mariam ambik dari MyResepi.Keknye lembut dan tak keras,memang sedap,husben makan 3 keping semalam,biasanya kalau dah makan berat dia akan makan sikit je kuih-kuih yang ada .Mariam tak berapa minat,tapi hubby minat sangat,jadi kek tu mariam makan skit je yang lain tuh potong-potong dan bagi dia bawak ke office hari nih untuk dia makan alas perut ...Tapi dia lupa nak ambik pulak dah ...Esok kena peringat balik ler...
Agar-agar tu macam ice cream jelly kat kfc.. agar-agar tuh mariam buat lembut cam dadih,sedap dimakan ngan ais krim vanilla atau susu cair...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net