siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Jan-2009 02:42 Email | Share | Bookmark
MURTABAK XPRESS...

 
 
 
 








Resepi

-Roti Paratha

Inti

-Daging/Ayam (potong kecil-kecil/cincang)
-1@2 biji Ubi Kentang (potong dadu)
-3@4 sudu makan Rempah kari
-2 ulas bawang putih (tumbuk)
-1 biji bawang besar (potong dadu)
-Telur (sebiji telur untuk sebiji roti paratha)
-Garam
-Gula
-Air

Cara-cara
-Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
-Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
-Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.

(P/S-mariam lebihkan garam dan gula sebab murtabak ni mariam makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan )

1.Nipiskan roti paratha (mariam guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
2.Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
3.Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
4.Letakkan inti di atas roti kemudian lipat.
5.Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan
6.Bolehla menjamu selera

Murtabak express sesuai untuk orang yang tak pandai nak buat roti canai macam mariam nih ...buat roti canai time panas bolehla makan...sejuk skit dah keras macam simen
Syafiy dan Sidqiy suka sangat makan murtabak , jadi mariam carila alternative lain macam mana nak buat murtabak. Guna roti paratha ni dia lembut walaupun dah sejuk.Lepas tu cara nak buat pon sonang je... Step by step ni mariam buat sebab request dari my sis (kak umi)
Bukan dia request sangat pon...mariam yang mengofferkan diri nak buat
Sesuai untuk suri rumah yang malas macam mariam nih ...atau bahasa yang lebih lembut lagi yang tak berapa nak rajin, ...atau pon untuk isteri2 yang bekerjaya...


Quote:
Zaiy-Mariam tak pernah lagi buat ngan kulit popia...kalu guna kulit popia lagila xpress,sbb tak yah nak tenyeh2 roti tuh... nanti bolehla try buat dengan kulit popia pulak,mesti kulit dia rangup2 kan
Kak zaiy,tu kira bukan m tahap melampau,kak zaiy kira rajin lagila...malas nak makan tu yg malas tahap melampau tuh..

Zai- betul tuh kak zai..mariam pon kalau tgk dia belakon mesti teringat kat murtabak...

Umieaisyah- kiranya mariam ader geng la... betul..betul..betul..kalau buat sendiri kiter boleh letak lauk bebanyak,kalau beli boleh makan bawang je lah .Betul tuh kak,roti paratha ni senang nak dapat

Nurul- senang je kak nurul nak buat...mariam nih x pandai nak buat roti canai..
Betul tu kak,biler datang angin tak rajin tuh masak air pon malas

Dapurimpian- Betul tu kak zai..biler tgk org buat barula tingat nak buat...cilok idea dalam masak2 tak pe perut kenyang ...kalu cilok dalam exam haru dibuatnye kalau kena tangkap...
umi kuantan tu bukan kakak mariam...kakak dok kat bangi

Jasmeen- kulit popia lagila cepat boleh masuk perut tak yang nak tenyeh2 gelek2.. Betul tu,kalu buat sendiri boleh letak lauk bebanyak

Hana- tak dela sekeratip kak hana... time dok menung2 tu idea pon datang..
sama2 kak hana...

Jeff- betul,nak tau sedap ke tak kena rasa dulula...

Ati- Waalaikumsalam kak tie...mana ader terror masak pon adik nur...biasa2 je..
nnt adik nur suruhla umi cuba2 resepi baru...mesti umi masak besttt..
(pissttt...adik kirim salam dekat umi ok... )

Shima- kiranya kita geng la...mariam fail 2 kali je..sbb ambik test 2 kali je...
sedap2 makan dengan sos cuka tuh...nnt nak kena menuntut buat sos tuh pulak nih...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net