 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
siti's FotoPage
 By: siti mariam
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 5-Jan-2009 03:59 |
Email | Share | Bookmark |
|
FIRST ENTRY FOR 2009
|
|
Resepi (MyResepi)
-1/2 ekor ayam
-Garam
-Kunyit
-1 sudu rempah kari ayam
-3 ulas bawang putih
-1 inch halia
-1 bijiBawang besar
-Cili kering
-Madu
-Gula merah (mariam letak gula melaka)
-Sos/tomato puree
-Air (ikut kepekatan yg nak )
Cara-Cara
-Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan 1 jam bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk/ kisar, serta garam, kunyit dan rempah kari.
-Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
-Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
-Masukkan tomato puree, madu, gula melaka & air. Kacau.
-Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
-Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.
Resepi (MyResepi) (Yatiezaini-my aunt )
Bahan-bahan ( 2 - 3 org )
-15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
-2 biji telor - dipukul
Bahan kisar
-2 - 3 cili merah dibuang biji
-2 ulas bawang merah
-1 ulas bawang putih
-* sedikit garam & perasa
-minyak utk menumis
Cara-cara
-Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
-Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
-Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
-Siap utk dihidang.. senangkan
Resepi
- 1 tin susu cair
- 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
-Secubit garam
-3/4- 1 cawan gula (kemanisan ikut citarasa)
-1 sudu besar kastad
-1 tin buah-buahan campur
Kastad
-1cawan kastad
-5 cawan air
Cara-cara
-Kacau semua bahan2 untuk kuah, kemudian baru dimasak atas api yang perlahan.Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
-Bila kuah sejuk baru masukkan buah.
-Kastad dicampur dengan air hingga tidak berketul,kemudian kacau di atas api hingga likat dan berkilat (kastad ni lembut...mariam x suka yang keras...kalau nak keras kurangkan air )
-Masukkan ke dalam acuan dan sejuk kan...
-(Mariam suka beli mix fruit yang masih keras-tengok tarikh proses dia sebelum beli )
First n3 untuk 1430/2009....Semoga apa yang kita semua hajati dalam tahun baru ni dimakbulkan..Amin...Tahun ni Mariam tengah menanti beberapa peristiwan istimewa yang penting,InsyaAllah Menu-menu kat atas tu antara menu yang disnappp beberapa hari kebelakangan nih... ."Cik Tie...bendi tu bestttt... Double S (SS- Simple & Sedapppp )
satu lagi (SS-Sayutiy Suka )
| Code: |
Zai- Kak zai jemput makan mmg pon kak zai...mariam first baby dulu siap buat kalender asing,dok pangkah hari2...
Zaiy- menu tu dimasak hari yang berbeza kak zaiy kalau mariam buat puding kastad tu mariam makan sorang je kastad tu..husben dan anak2 makan kuah ngan buah je..
Amal- timer kaseh kak amal..InsyaAllah mariam akan cuba
Madiha- jemput makan kak madiha..tapi menu ni semua masak hari lain2..heheheh
Ct- kak ct...jom la makan sekali...
Nurul- macam tahu2 je kak nurul mariam letak n3 bendi..jadi tak terliur sangatla sbb dah makan dah
Jasmeen- mmg sodap ayam tuh..makan ngan nasi minyak ko..masi beriani ko..mmg sodap..
kak meen nasib baik puding tu terletak..kalau tergantung susah nak makan
Watie- ehehhehe...peminat puding tegar ye kak watie...raja puding la nih..
Haniss- jom makan sekali kak haniss.. puding tu mariam sorang je ngappp..hero2 lain makan buah ngan kuah je...
Cik tie- 4 S betul3.. Syafiy tak gi sek lg thn ni...hasrat nak hantor tak kesampaian..tak ader transport...lagi pon mama dia nih x harap nak suh org hantar..hehehe
harap2 nnt gi sek dia ok...
Shima- dah balik dah chef shima kiter ...biase2 je menu mariam nih...pas ni bolehla gi terjah umah shima pulak...lamo tak terbang ke sano...
Kak umi- pas ni bolehla try boh telur pulok eemmm...cik tie tak dok blog rasonyo, dia cuma letak resepi dia kat myresepi,tgk under nama yatiezaini...jumpa di sana...sana..sana.. nak request makanan apa?? |
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|