siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Oct-2008 03:02 Email | Share | Bookmark
MABLE CAKE

1
2
3
4
BOLEH NGAPPP






Resepi
(myresepi:tulip77)-(cara2:mariam)
( loyang 10" x 3" tinggi )

250g tepung naik sendiri
200g gula kastor (mariam letak 180g)
300g telur - timbang tanpa kulit ( saya guna 5biji size B )
1camb ovellate
1camt baking powder
2camb susu pekat
50ml susu segar
175g butter - cairkan
1/2camb coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari, atau citarasa sendiri

Cara-cara:

1.Pukul telur dengan gula hingga kembang,kemudian masukkan ovellate.
2.Masukkan telur,baking powder,susu pekat,tepung dan susu cair (adunan menjadi pekat).Apabila sudah sebati masukkan butter cair tadi,kemudian kacau hingga sebati.
3.Bahagikan kepada 2 bahagian(satu berwarna,satu adunan asal),salah satu bahagian biarkan LEBIH, (untuk menutupi seluruh bahagian seperti gambar no 2...) mariam lebihkan 3 senduk besar...
4.Sapukan loyang dengan butter dan tabur sedikit tepung.
5.Kemudian masukkan adunan selang seli
6.Adunan yang banyak dimasukkan,ratakan perlahan2 sehingga menutupi seluruh loyang.
7.Masukkan sedikit adunan ke dalam paipping,lukis corak diatasnya.Kemudian guna lidi untuk melorekkan corak itu.
8.Bakar pada suhu 160'c selama 45 minit.
(bila sejuk baru keluarkan dr loyang)

Kek mable ni first time buat, sebelum nih ingatkan susah sangat nak buat kek nih, lepas first trial menjadi pulak ..terima kasih kepada tuan empunya resepi...colour merah tu masa percubaan pertama,dah menjadi dan sodap ,so bagila sikit kat jiran sebelah, yang lebih tu bagi husben bawak ke office.
Kengkawan dia cakap "bakpo bowok sikik jah" tu bila ditransleet ke bahasa kelate...
Colour ijau tu buat masa ader jamuan raya kat taman perumahan nih...


Quote:
Zai- merah mak ngah...colour dia memancar2...

Jasmeen- sekilas ikan di air ku tahu jantan betina... tok guru kek tgk, dh tau guna resepi mana betolll kak meen, nih resepi zebra mable cake...cedap kek ni,gebu2 gituh...

Alang- boleh2, nk pos guna kapal ke kapal terbang... mantap ke...tak de la mantap,baru je dok belaja2 buat kek ni alang...baru je dok merangkak-rangkak... menantu kesayangan ke???
mak sayang menantu2 dia adil dan saksama...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net