siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Thursday, 28-May-2009 02:42 Email | Share | | Bookmark
PIZZA,SHEPHERD PIE AND TOILET TRAINING

 
 




RESEPI (C&P dari Kak Zai)


Mashed Potato
8 biji kentang – rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur – dipukul sedikit
200 ml susu segar (mariam letak low fat milk)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara
1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
2 biji karot – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
2 sudu besar sos tomato (mklang letak curry powder) - ikut maklang gak , letak rempah kari.
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum (mariam tak letak)
Garam
Minyak
Mix Vegetable – jika suka
1 biji kuning telur – utk sapuan (mariam letak cheese)
Gula (mariam tambah skit)

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
3. Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
4. Masukkan garam, kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
6. Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd's Pie
1. Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
3. Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
4. Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200'C selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.


Assalamualaikum

Bersua kembali Kali nih update pasal Pizza dan Shepherd pie.Pie nih first time buat lepas my sis (Alang) yang bagi resepi, time tuh kat AU. Dah lama tak buat,bila tengok kentang banyak lagi kat dapur teringat la pulak nak makan.Disebabkan dah lupa resepi dia,jadi mariam pon selongkar la resepi kat dapur orang lain...tiba-tiba terpikat dengan resepi dekat dapur Kak Zai.....


Quote:
Assalamualaikum mariam ni akak nak tanya kit tapi lain dr topic masak laa..nak mintak petua ajar anak supaya pandai gi toilet bila nak buang apa2 yg patutlah.anak akak ni dah 2 tahun lebih tapi masih guna pampers lagi kadang2 pening gak bila tiba time beli blh byr sewa rumah tu(beli stok sebulan) bukan nak berkira tapi nak berjimat -Kak Ida


Ni message yang kak Ida bagi...Mariam bukan pro sangat dalam bab-bab nih.Tapi bolehla kalau nak kongsi sikit-sikit...Kalau nak diikutkan Syafiy (anak sulung) mariam ajar ke toilet pun masa umur dia 2 tahun lebih,disebabkan rumah kami dulu 100% karpet (kecuali dapur ngan toilet ) jadi mariam malas nak ajar dia.Bila balik sini baru start ajar dia ke toilet,lg satu si abang nih berat mulut sikit asyik berterabur je bila buang air...
Sidqiy umur 1 tahun 7 bulan mariam dah start ajar ke toilet, 2 minggu kemudian dia dah boleh bagi tau bila nk buang air, tapi kadang-kadang ada jugak berterabur Tapi Alhamdulillah sekarang nih dah ok.Mula-mula 5 minit sekali mariam ajak dia ke tandas,kemudian 15 minit,30 minit.Kena selalu tanya dia nak buang air ke tak,bila dia buang air kat toilet mariam akan ckp good boy Memang tak dinafikan kadang-kadang bila dia buang air merata-rata tuh tension jugakla,tapi kena banyak-banyak bersabar.Bila dia dah berjaya buat benda tuh kita mesti rasa happy Dulu 2 minggu sekali kami kena beli nappies,sekarang nih guna 1 keping untuk satu malam (malam masih lagi pakai) jadi memang jimat ler duit mama dia nih.....hehe Mariam harap dapat membantu kak Ida serba sedikit dalam hal nih...Kak Ida boleh baca dekat web kat bawah nih,sebab kat situ penerangannya lebih jelas...Good luck


http://raisingchildren.net.au/articles/toilet_training.html?highlight=toilet%20training


Thursday, 21-May-2009 00:28 Email | Share | | Bookmark
I'M BACK....

 
 
 
View all 4 photos...


Resepi (Mak)

-Durian
-Gula
-Secubit garam

Cara-cara

-Perisi buah durian,kemudian masukkan gula dan garam.(Gula bergantung pada citarasa masing-masing)
-Bakar dalam oven pada suhu 150-200'c.Kena selalu tengok.Turunkan suhu bila lempuk dah bertukar warna coklat.(Bergantung pada kepanasan oven masing-masing)
-(Sejam/setengah jam sekali kena keluarkan dari oven dan kacau supaya warnanya sekata)
-Ulangi proses ini sehingga lempuk tak melekat.
(Kalau nak masak dalam kuali pon boleh tapi kena sentiasa kacau)
*Guna oven nih take time,mariam buat dari pagi sampai ke Maghrib,tak on sepanjang masa,lepas 2 jam bakar,mariam rehatkan 30 minit oven tuh..Takut kalau lama sangat oven rosak..
Kalau guna oven boleh buat keje lain,lambatla sikit masak.Kalau masak atas api kena tunggu sampai masak dan kena kacau selalu.Mana-mana cara pun boleh



Resepi (Mak)

Kuah lempuk

-Lempuk durian
-Santan
-Sedikit gula (ikut citarasa)



Resepi (MyResepi:Onigiri-Ros)

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-12 bun kecil )

-250 gram tepung roti/tepung high protein
-70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
-120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis
ataupun susu kacang soya.)
-2 sudu besar susu tepung
-2 sudu besar gula
-2 sudu besar marjerin
-4 gram yis ( 1 sudu kecil)
-1 biji telur (dipukul sedikit)

(untuk bancuhan sos kastard )

-2 sudu besar tepung bird custard
-1 cawan susu segar
-2 sudu besar gula

Cara-cara

-Buat bancuhan kastard dulu
- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
-kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
-Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
-Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
-Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...
-Nak tambah sikit, doh ni lembik sikit ye, kalau buleh masa bentuk bulat2 tu lumur tangan ngan marjerin ye...pastu baru bulat-bulatkan....klu nak tambah tepung punbuleh jugak, tp jangan banyak sangat ye...doh ni akanjadi lembik sikit bila kita pakai telur yang berlainan saiz,.Ros pakai telur saiz M, klu pakai yang besar sikit tu sila kurangkan kuantiti susu tu ye..pakai 100ml aja..harap dapat membantu ye.



Resepi (Ma)

-Daging cincang
-Kentang lenyek
-Bawang goreng
-Serbuk lada hitam
-Daun ketumbar/daun sup (dihiris)
-1-2 sudu besar tepung jagung
-Garam dan gula (secukup rasa)
-1 biji telur untuk salut

Cara-cara

-Gaul semua bahan-bahan,kemudian salut dengan telur sebelum digoreng.

Assalamualaikum....

Macam poyossss je tajuk n3 tuh... Apa-apa pon nak ucapka terima kasih dekat Kak Zaiy,Kak Nur,Kak Haniss, Kak Rus dan Angah sebab sudi tanya kabar biler nak update...
Sebenarnya mariam baik-baik aje,cuma lepas cuti balik ke Kelantan tak berapa sihat,seminggu lepas tu pula kami ke KL 6 hari dan on the way balik Penang singgah Ipoh 3 hari (rumah mak abah)... Bulan nih banyak jugakla aktiviti luar,sebenarnya bukan aktiviti mariam sangat pon,aktiviti hubby,so kita nih jadi pak turut je la...
Bulan nih kiranya banyak jugakla tarikh-tarikh penting...Kat sini Mariam nak ucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru dekat semua Tak lupa Selamat Ulang Tahun Perkahwinan My Lovely Ma and Abah yang ke 30 Tahun (17 Mei) Kami doakan semoga Ma dan Abah bahagia hingga ke hujung usia dan diberkati Allah S.W.T.
Pada 19 Mei jugak jenap 10 tahun perkenalan Mariam dan Suami...(Tak de kaitan pon kan.. )

Okla,berbalik kepada menu-menu kat atas tuh...Ni menu yang dibuat minggu nih...
Lempuk durian tuh first time buat,selalunya mak yang bagi Hari tu balik Ipoh mak kirim isi durian suruh buat lempuk sebab mak tak sempat nak buat.Biasanya lempuk durian kalau tak makan macam tuh,mariam akan buat kuah untuk makan dengan roti jala atau roti biasa je...Ni fabret hubby makan cam nih,dia tak makan roti jala dengan kuah kari atau kuah kuzi Bun roti tu buat semalam,angin nak buat roti datang semalam sebab tengok ramai yang dok buat roti sekarang.Bab meroti ni mariam kurang pandai (macam mana nak pandai kalau tak rajin buat ).Roti semalam kiranya okla jugak,tapi tak 100% puas hati sebab dia tak naik tinggi macam orang lain buat,mungkin sebab letak atas dulang pembakar yang besar Tapi roti nih lembut sangat cam beli kat kedai
Alang-alang rebus kentang tuk roti yang sikit tuh,baik rebus banyak terus boleh buat begedil...So jadila begedil daging untuk dinner semalam..




Wednesday, 29-Apr-2009 08:38 Email | Share | | Bookmark
SYAFIY AND SIDQIY

 
 




Assalamualaikum…

Kali nih macam nak update cerita pasal my little heroes Sebelum tuh menu kali nih pasal mangga. Pulut mangga, mango smoothie and lassi. Mango smoothie tu resepi from my aunt (cik tie). Smoothie tuh untuk mariam dan hubby dan lassi tuh untuk Syafiy dan Sidqiy .Minggu nih tak ada mood nak try resepi baru sebab hari jumaat nih InsyaAllah kami akan balik Kelantan…yahooo.. Sebenarnya kami dah plan nak balik sana lebih kurang sebulan lebih,kali nih lagi tak sabar sebab kakak dan adik balik jugak,lagi happening la.. Silap bagitau awal kat Syafiy nak balik kampung, bila dia dah tahu, setiap hari dok tanya bila nak balik rumah nenek…Adoiiii…tak larat dah nak jawab.. Biasanya bila 2-3 hari nak balik baru bagitahu,nih sebulan nak balik dia dah tahu…Satu hari tuh bila bersiap-siap nak pergi kedai:

Syafiy: Mama kita nak pergi mana?
Mama: Kita nak pergi kedai beli barang..
Syafiy: Tak nak pergi kedai.Syafiy nak pergi rumah nenek..
Mama:Nanti 3 minggu lagi kita balik jumpa nenek ye…

Begitulah fanatiknye Syafiy dekat neneknye….

Ni pulak cerita pasal petang semalam….
Dalam pukul 2 lebih, Mariam tidurkan Sidqiy (adik) dalam bilik, tak sampai setengah jam kemudian bila adik dah tidur, Mariam kuar dari bilik terus mengucap panjang.Tiba-tiba rasa pening,geram,marah dan nak nangis pun ada. Rasa geram sangat bila tengok satu karpet penuh dengan gula, vicky, minyak zaitun(minyak rambut),minyak gamat Syafiy dok tengah main ngan bekas dan sudu sekali.Gula tuh separuh tupperware habis dia kerjakan.Nasib baik minyak tuh tak banyak yang tumpah, tumpah pun setempat je la.Cuma gula tuh seluruh karpet tumpah,Allah je tahu perasaan geram masa tuh.Mariam tanya dia kenapa buat macam nih,dia kata Syafiy tengok dekat TV. Time dok bising-bising tuh adik pun bangun,lagi haru la dibuatnye...dua-dua nangis,so buat tak tahu je lah..Lepas siap bersihkan semua,Mariam SMS hubby nak lepaskan geram,malas nak call takut ganggu dia pulak…Hubby balas balik “Dia nak buat experiment la tuh…tengok cerita sains banyak sangat ”.Sejuk la sikit hati nih.. Malam tuh husband tanya Syafiy “Esok Syafiy nak buat experiment apa pulak…Esok Syafiy ambik garam mama pulak ye…”
Sejak sebulan lebih bagi Syafiy dan Sidqiy tengok TVIQ (552), Mariam perhatikan ada sesetengah experiment yang dia try buat ikut rancangan tuh,walaupun tak 100% sama.Adala gaya-gaya tuh, boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan letak air dalam bekas minuman dan masukkan macam-macam dalam bekas tuh (kertas,minyak rambut,sudu dll) lepas tuh sorok belakang kerusi,dia buat secara sembunyi-sembunyi…Setiap petang bila nak tutup langsir mariam akan jumpa la benda tuh. Tak pernah marah dia buat macam tuh,sebab mariam tahu nih semua pengaruh dari Backyard Science yang dia tengok tu.Sekurang-kurangnya dia berminat untuk explore ke arah itu.Kejadian semalam memang membuatkan rasa geram sesangat,Mariam cakap kat husband, kalu dia main garam ok lagi,nih gula…habis semut api datang. Syafiy dah minta maaf dah semalam,rasa kesian la pulak sebab marah kat dia semalam …Tula cerita pasal Ahmad Syafiy Danial…SYAFIY…OH…SYAFIY…

Pasal Sidqiy pulak…

Alhamdulillah sekarang nih umur adik dah 1 tahun 7 bulan, Sidqiy dah tak pakai nappy waktu siang .Bila nak ke tandas dia akan cakap “Mama nak toilet”(in toddler language) sambil nak bukak seluar. Sehingga pagi tadi,kiranya dah 5 malam berturut-turut dia tak kencing malam dalam nappy (malam mariam masih pakaikan nappy kat dia…) Doa-doa supaya akan berterusan Sidqiy tak kencing malam…Selamat duit mama hehehhee….
Thank you very-very much to my lovely sister (kak umi), sebab diala tempat rujukan untuk toilet training anak-anak…Kak Umi yang banyak support dalam hal nih.. Walaupun dia bekerja,tapi dia boleh ajar anak-anak ke tandas pada usia anak-anak tu setahun lebih…Irdina (1 tahun 7 bulan) Insyirah (1 tahun 5 bulan). Okla tuh je celoteh untuk kali nih…Sebelum tuh nak ucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua…Selamat Bercuti..


Friday, 24-Apr-2009 02:21 Email | Share | | Bookmark
AYAM ORGANIK..

 
 
 


Resepi:

Ayam Goreng Radix (ikut arahan dekat kotak)

Coleslaw:
-Kubis (hiris nipis)
-Lobak merah (diparut)
-Mayonis
-Susu segar (2-3 sudu makan)
-Sedikit gula

Cara-cara
-Gaul semua bahan-bahan.




Resepi (2 orang makan)

-Spaghetti (rebus dengan sedikit garam dan toskan)

Kuah:

-3-4 sudu Cili kering kisar
-1 biji Bawabg besar (kisar)
-2-3 ulas Bawang putih (kisar)
-Sos tomato/tomato puri
-Ayam/Daging (potong dadu)
-Candawan butang (hiris)
-Lobak merah (potong dadu)

Cara-cara

-Tumis cili dan bawang hingga pecah minyak,masukkan ayam.
-Kemudiam masukkan sos tamato dan lobak merah serta cendawan.
-Tambah sedikit air serta garam dan gula.
-Boleh angkat bila sos dah pekat.



Assalamualaikum

Ni antara menu yang dimasak untuk minggu nih..
Dah lama mariam dok usyha-usyha (betul ke eja cam nih ) ayam organik nih.Kat jusco ada,cuma mahal sangat,sekor sampai RM 25 malas ler nak beli.Baru-baru nih HPA ada bukak cawangan baru kat Bertam Perdana,so apa lagi...Kami pon pergila terjah kat sana sebab HPA yang banyak dok supply ayam organik nih Satu paket harga dia RM 15 ringgit untuk ahli (Mariam guna no ahli mak ) dalam (+-1.5kg) beli 2 paket.Lepas tuh ambik tepung tuh satu,sebab syafiy suka makan ayam goreng salut tepung macam KFC.. Rasanya ala-ala ayam KFC,kalu nak pedas kena tambah serbuk cili sikit.Tapi kalau nak salut tepung tuh jangan tebal2 sangat sebab kalu terlalu tebal rasanya sedikit masin.Mariam salut 2-3 kali je . Pernah sekali kami makan RFC (Radix Fried Chicken) kat Sungai Petani,not bad (sedap ).InsyaAllah lepas nih masakan yang berasaskan ayam,mariam akan guna ayam organik atau ayam kampung
Kentang putar tuh mariam tak letak resepi sebab hubby kata kentang tuh tak sedap,rasa macam nestum,sosnye dah sedap.Kentang tuh mariam letak susu cair 2-3 sudu,kentang lecek,serbuk lada hitam pas tu kisar.Bagi mariam dah ok,tapi Hubby kata tak sedap.Akak-akak atau adik-adik yang selalu buat kentang nih nanti boleh tak bagi resepi yang tak rasa cam nestum...
Spagheeti tuh untuk dinner dan pulut dakap tuh untuk minum petang weekend lepas Resepi pulut dakap ada kat link sebelah .Tu jela untuk kali nih...Banyak pulak merapu...


Friday, 17-Apr-2009 02:49 Email | Share | | Bookmark
MEE HOON....ROTI...PISANG...

 
 
 
View all 4 photos...


Resepi (Sofinar-MyResepi)
Bahan-bahan ( 10 orang makan )

-1 bungkus bihun - direndam dulu
-300g daging - dipotong kecil2
-3-4 keping fish cake
-Sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
-3 sudu makan cuka
-6 ulas bawang putih
-1 sudu makan lada hitam / lada putih
-2 biji tomato - potong nipis jika suka
-garam dan gula secukupnya
-cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

Cara-cara

1.Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2.Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3.Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
4.Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
5.Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6.Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api.
7.Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)



Resepi (Kak Fida-MyResepi)

Bahan-bahan ( 6 keping )

-2 keping roti putih
-2 sb tepung jagung
-3 sb gula halus
-100 ml susu cair
-2 biji telur(guna 1 putih telur saja)-mariam letak 2 biji
-1-2 titik esen vanilla
-Sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
-sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
-mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

-Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
-Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
-Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
-Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
-Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
-Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.



Resepi (Ma)

-Pisang 3/4 masak
-Gula (sukatan ikut citarasa)
-Daun pandan
-Bunga cengkih (3-4 bunga)
-Air
-Sedikit pewarna kuning (option)

Cara-cara

-Masak pisang dengan air dan sedikit pewarna kuning.Masak hingga air mendidih.
-Buang air,kalau nak ada air gula/air gula yang cair,tinggalkan sedikit air tadi.
-Masukkan gula,bunga cengkih dan daun pandan.Pastikan api kecil.
-Setelah gula hancur bolehla tutup api.

Assalamualaikum....

Berentry kembali di hari Jumaat yang mulia ini... Terima kasih dekat kak Ieda sebab tanya biler nak bubuh enrty baru Nila antara masak-masak untuk minggu nih,yang lain-lain tuh menu2 yang biasa masuk entry dah Kali nih try buat meehoon singapore pulak,asyik dok masak meehoon goreng biasa je,sekali sekala try yang lain pulak.Kiranya first time makan dan buat,not bad (sedappp ) Senang je nak buat,lagi senang dari meehoon yang biasa Mariam masak
Baby bread pudding tuh kalau tukar nama melayu jadi puding roti bayi...macam lawak je kan kalu dimelayukan Puding roti nih senang nak buat,bahan-bahan pon simple je.Ambik kat Myresepi,tengok ramai yang dok buat termasuklah makcik kuuuu ituewww...
Sira pisang lama dah tak makan,kelmarin call adik (Zainab) tanya resepi,kalau call tanya adik sorang lagih tuh (Aminah) mesti dia cakap "Ala...yang tuh pun tak tahu ker...??" bukan tak tahula..nak pastikan je tula jawapan yang kakak dia ni akan balas balik... amboi-amboi berlagak ye..mentang-mentang dia sekarang nih jadi tukang masak ma kat rumah
Sebelum tu nak ucap terima kasih jugak buat kak Aisyah (Jepun) yang sudi bagi award sakura,
(ingat artis je boleh dapat award ker... ) Terima kasih banyak2 ye kak...



AWARD DARI KAK AISYAH- http://shshada.blogspot.com/


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net