siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Oct-2009 02:51 Email | Share | | Bookmark
Jom Tengok...

 
 
 
View all 5 photos...
Assalamualaikum....

Ni antara kek,kuih dan air yang dimasak untuk minggu ini...
Air roselle tu hasil tanamanku... Pokok roselle yang mariam tanam dah mengeluarkan hasil,tapi tak banyak sangat,bolehla nak minum anak beranak kat rumah nih.Pokok roselle nih cepat je keluarkan hasil tak sampai 4 bulan tanam dah boleh makan hasil... 5 batang pokok pisang yang dah dekat 2 tahun tanam baru satu je yang berbuah,tu pun dah nak masuk 4 bulan berbuah tapi tak boleh tebang lagi sebab buah masih tak besar-besar...Hayaaa biler mau besarla... yang lain tuh masih kemetot lagih Rasanya sebab faktor tanah kat rumah nih yang keras dan berbatu,tuh yang pokok yang ditanam payah nak naik...Ehhh..banyak pulak citer pasal pokok...Kuih apam eno tu mariam tengok kat umah akak madiha,teringin pulak nak cuba memandangkan eno yang dibeli dah berkurun bertapa dalam laci...Apam nih memang lembut dan gebuss...Lompat tikam tu pulak buat sebab teringin sangat nak makan.Kalau kat kedai,pulut dia bagi sikit je,yang kuih hijau tu pulak yang banyak.Mariam lebih suka pulut banyak,so bila buat sendiri nih si pulut lebih dari si hijau la.. Swiss roll tu pulak dah pernah buat sebelum nih,ni kiranya 2nd time la...memandangkan tak de jem,ada buttercream je dalam peti,so godek-godek la cream tuh...Sidqiy dok makan cream tu je keknya tak jamah langsung...Nasib baik Syafiy suka sangat.... Kalu harapakan hubby tuk makan memang susah la,takat jamah sekeping dua bolehla,nak makan sungguh-sungguh kirim salam je lah..
Okla takat nih je dulu..Kita jumpa next n3 pulak...Wassalam...






Resepi Apam Eno (My Resepi)

Bahan-bahan ( 40-45 biji )

-300g tepung beras
-8-10 sudu besar gula pasir
-1 sudu besar yeast
-280-300ml air
-3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
-pewarna merah, hijau

Cara-cara

-Tepung dibancuh dgn air sedikit-sedikit.
-Kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
-Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
-Masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
sementera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam sekejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

Tips untuk dapatkan apam yang merekah (ni mariam dapat setelah baca komen-komen kat my resepi)

1. Pastikan air betul-betul mendidih.
2.Masak dengan api yang besar macam kita kukus pau.
3.Panaskan bekas sebelum adunan dimasukkan.
4.Kukus selama 5-7 minit.Bergantung saiz bekas.
5.Isikan adunan punuh kalau tak kuih tidak akan merekah
6.Eno dimasukkan sewaktu air mendidih.Kiranya kita masukkan eno dalam adunan masa air dah mendidih,kacau rata dan terus masukkan dalam acuan untuk kukus.Jangan tunggu lama-lama sebab kueh akan jadi berbintik-bintik.Kalau kita buat 3 warna kita kukusla satu-satu warna dahulu.Eno pun masukkan sewaktu kita dah nak mengukus. Apam nih memang gebussss...




Resepi (Ma)

-Beras pulut (rendam dengan pewarna merah selama 2-3 jam)
-Gula melaka (jadikan air gula melaka)
-2 1/2 cawan santan
-1 cawan tepung beras
-3 cawan air pandan
-Sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara:

1.Kukus pulut hingga masak
2.Santan dimasak,masukkan 1 sudu besar tepung beras dan secubit garam.Masak hingga pekat
3.Air pandan dan tepung beras dimasak hingga likat dan masukkan ke dalam acuan.(Kalu warna talam nih tak berapa hijau bolehla tambah pewarna sedikit).Kemudian sejukkan.
4.Satukan pulut,air gula melaka,santan,dan kuih talam.Sedia untuk dimakan



Resepi

-Roselle
-Gula
-Air

Cara-cara

-Bersihkan roselle,buang biji di tengahnya
-Masukkan air separas dengan roselle.Rebus hingga mendidih.
-Ulangi langkah di atas hingga warna air rebusan menjadi pudar.
-Jangan masukkan air terlampau banyak sebab kita akan rebus 3-4 kali sehingga warna air akan pudar.Kiranya dah tak merah.
-Masukkan gula ikut citarasa masing-masing.



Ni gambar 2 beradik Syafiy dah 4 tahun dan Sidqiy dah 2 tahun....


Friday, 16-Oct-2009 07:25 Email | Share | | Bookmark
JOM TENGOK APA YANG ADERRRR...

 
 
 
View all 5 photos...
Assalamualikum...
Time datang angin rajin seminggu sampai 2 kali update..time angin malas berbulan-bulan menyepi... gambar masak-masak nih menu minggu nih dan jugak minggu-minggu sebelum nih.. Okla....jemputla cuci mata kat bawah...tuan rumah nak pikir nak masak apa pulak tuk malam nih...




Actually lauk nih ma yang buat, my fabrettt ikan ayo putih (ikan tongkol putih) dimasak gulai. Kalu dekat kelantan dipanggil gulai nasi berlauk atau gulai nasi dagang,sebab dimakan bersama nasi2 tuh.Ikan ayo putih lagi sedap berbanding ikan ayo hitam (tu pendapat mariam lerrr..) sebab ikan ayo putih nih isi dia lebih lembut dari yang hitam.Ikan nih antara ikan kegemaranku sebab tanggg hitam tuh yang yummyyy..yummyy...



Masak lodeh dimasak sebab tuan rumah nih dah tingin sangat nak makan...Makan time open house rumah makcik hari tuh tak puas,jadi kenala buat sendiri..



Mee hoon sup nih masak sebab aper ye....eeemmmm.....sebab nak makan lerrr...hehehee...disebabkan stok daging dan tulang banyak lagi dalam peti (4 bekas) yang ma bagi masa balik raya hari tuh maka terjadilah mee hoon nih.. Nak clear kan stok daging sebab sah-sah raya haji nih ma bagi lagi daging korban...



Mee nih buat tuk dinner,tengok resepi-resepi orang kat tenet dan masuk dapur main campak-campak je apa yang ada..Baik tak yang tengok resepi orang kan kalau takat nak campak je.. Tak pela yang penting pernah makan dan tahu rasanye cam mana..



CC nih buat masa raya hari tuh...makcik (cik tie) buat untuk kenduri anak sedare belah pakcik,jadi kami nih tukang menyibuk je la..dan tukang sepahkan dapur... Kiranya malam tuh masuk kelas belajar deco cc la.. Biler lagi nak belajar freekan,time2 macam nih ler ...



Tuesday, 13-Oct-2009 03:19 Email | Share | | Bookmark
RAYA 2009

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum... Lama sungguh tak update entry baru.Sebelum tuh nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Syawwal....Selamat Hari Raya walaupun raya dah nak habis dan raya lain pulak nak datang.. Nak cerita sikit raya tahun nih...Tahun nih pagi 1 Syawwal dekat Ipoh dan selepas solat raya kami semua bertolak ke Kedah,kiranya tahun nih Mariam beraya belah suami 1-3 Syawwal walaupun sepatutnya this year is my turn (balik Kelantan). Disebabkan adik-adik belah suami yang tinggal di perantauan balik beraya,jadi kami buat keputusan untuk beraya bersama-sama dekat Ipoh. Pagi raya ke 3 kami balik ke kelantan rasa seronok sangat sebab tahun nih semua adik beradik ma (adik2 ma 7 orang) balik beraya di rumah ma...kiranya riuh-rendah dan gamatla suasana raya kat rumah ma tahun nih
Sampai Machang pukul 10.30 pagi,sampai tuh rehat jap,hari tuh ma buat roti jala lepas makan-makan dalam pukul 12 lebih kami konvoi ke Kota Baharu pulak sebab sepupu buat open house.Malam tuh ma buat BBQ pulak... Yang bestnye balik beraya kat Kelantan nih sebab tradisi kami (family ma dan adik beradiknya) akan konvoi beramai-ramai pergi menziarahi kubur dan pergi beraya ke rumah saudara mara.Memang penatla tuan rumah nak layan kami yang datang 'berduyun2' nih... memang gamatla rumah tuan rumah tuh...Yang paling syok sekali aksi posing sepupu sepapat yang lebih kurang sebaya dan makcik2 yang berjiwa mude...hehhehe..
Tahun nih selain beraya diaorang jugak pergi pekena bowling kat KB Mall...Hayaaaa...balik kampung pun sempat lagi tuh..padahal kat situ tak dela secanggih tempat yang diaorang selalu dok main...
Gambar raya dekat kelantan tak banyak,sebab adik yang banyak ambik guna cam dia..yang ada pon cnp dari blog cik tie...hehehe...
Kalu nak citer beraya kat kelantan memang banyak,tapi tuan rumah nih bukan jenis yang suka mengarang sangat...kalau nak tengok gambar beraya kat kelantan bolehla jenguk blog makcik ku itu...
http://yatiezaini.blogspot.com/

Okala sampai sini saje dahulu,InsyaAllah akan ada n3 lain lepas nih sebab tuan rumah macam dah ada mood nak ambik gamborrr masak-masak..




Pagi Syawwal 2009 di Ipoh -My Family-



Aksi adik-adik dan sepupu sepapat..hehehe



Buat ketupat di Ipoh...






Wednesday, 5-Aug-2009 00:58 Email | Share | | Bookmark
BABY...BIRTHDAY SYAFIY...KENDURI...

 
 
 
View all 4 photos...








Assalamualaikum....

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih dekat akak-akak yang sudi bertanyakan khabar mariam kat sini.. Sebenarnya mariam kat sini Alhamdulillah sihat...Lama tak update sebab balik kampung (Ipoh) untuk majlis kenduri adik,dekat sebulan la jugak duduk sana.Hubby pulak banyak out station,jadi lepas kenduri pun mariam dan anak-anak masih lagi kat sana

26/7/2009 birthday Syafiy yang ke-4,dah besar dah anak mama,sekejap je rasanya Mariam tempah kek dan angah tempah fruit tart untuk mak dan abah dari KDC (Kak Linda).Selain tu angah jugak belanja KFC,terima kasih ye mak ngah
18/7/2009 Kenduri Alang dan Shahril, 17/7/2009 akad nikah,seminggu selepas tuh kenduri di Kuala Lipis pula,tapi sayang sekali mariam tak dapat pergi sebab Sidqiy (adik) demam

Kalau baca tajuk entry dan tengok gambar,baby tuh macam mariam punya pulak kan...
Sebenarnya tu hero angah yang kedua, baby lahir pada 30/7/2009 empat hari selepas birthday Syafiy Hubby yang tolong azankan sebab ayah Raziqh tak sampai lagi masa tuh...
Okla rasanya sampai sini dulu...



Wednesday, 17-Jun-2009 03:36 Email | Share | | Bookmark
CAMPUR-CAMPUR

 
 
 
View all 5 photos...


Resepi

-Daging (direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis)
-1 Bawang besar (kisar)
-2-3 ulas Bawang putih (kisar)
-4-5 tangkai Cili kering (kisar)
-Sos tiram
-Sos tomato
-Garam
-Gula

Cara-cara:

-Tumis bahan-bahan kisar hingga masak,kemudian masukkan sos tomato,sos tiram,garam dan gula.
-Masukkan sedikit air rebusan daging diikuti daging.Masak hingga kuah pekat.



Resepi (Kak Liza)

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.







Gambar dekat Star City Hotel.(kalau tengok gambar,Abang Syafiy behave je...Adik Sidqiy tak duduk diam... )

Assalamualaikum...
Macam lama je tak update,terima kasih dekat kak Madiha dan kak Rus sebab sudi tanya kabar... Sebenarnya tak ke mana,cuma mood nak update kurenggg skit ditambah pulak mood masak-masak pon simple-simple aje Hari nih macam rajin skit,tuh yang boleh ngadap com lama sikit..
Dikesempatan ni Mariam nak ucapkan Happy Birthday to my lovely DAD yang ke 57 tahun...Biasanya kalau konon-konon tanya (padahal dah tahu) umur abah dah berapa,abah akan jawab terbalik,contoh kalau 54 tahun abah akan jawab "45 terbalik" tapi bila dah lepas 55 tahun tak terbalik lagila,sebab kalu terbalik umur makin tua...hehe Kami doakan semoga Abah panjang umur,murah rezeki dan sihat tubuh badan....Okla,Syafiy pon dah bising...Nanti kita bersua kembali....hehheeee


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net