siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 30-Nov-2009 05:35 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS CUKUR RAMBUT,SOLAT HAJAT,TAHLIL DAN RAYA KORBAN 2009

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum....

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha...
Rasanya kali nih nak bercerita panjang sikit mengenai raya korban tahun nih yang bestttt...
Mariam balik kelantan pada hari khamis,Alhamdulillah pukul 10.30 pagi kami dah sampai.Tiba-tiba Kak umi cakap yang malam tuh ma nak buat solat hajat,tahlil,dan majlis bercukur baby Ifwat.Kiranya majlis nih bukannya long term planning.Apa lagi,seronokla kan ada majlis macam nih
Malam tuh menu-menu dimasak sendiri oleh ma dan dibantu oleh anak-anak daranya dan seorang mak dara (ambo la tuh) kak umi tukang tengok je.. Turut membantu adik ma ( cik tie dan cik ya) dan juga sepupu-sepupu.Tahun nih cik tie dan cik ya balik raya,biasanya adik beradik ma jarang balik masa raya haji,tahun nih cik tie dan cik ya buat korban kat kelantan.Menu utama untuk malam tuh nasi hujan panas dan gulai ayam kampung dan beberapa menu lain... Majlis malam tuh tak sempat nak ambik gambar sebab kamera ada dalam bilik dan masa nak pergi ambik kamera tuh orang dah penuh kat ruang tamu. Malam tuh tak ada ramai sangat ma panggil,tak sampai 50 orang pon jemputan sebab esokkan(hari raya) ma buat korban dan akikah seekor lembu pulak dan buat makan-makan kat rumah lagi...

Raya korban tahun nih kiranya yang palingggg happening la selepas 10 tahun ma tak buat korban dekat rumah sendiri.Sejak mariam lahir hingga umur 16 tahun majlis korban lembu setiap tahun dibuat di rumah mariam di kota baharu,selepas ma pindah ke Machang 10 tahun lepas,majlis korban dibuat di rumah mak saudara secara bergilir-gilir.Tahun nih kiranya first time buat majlis korban di machang (rumah ma,abah).Ma cakap dan berhajat selepas nih ma akan buat korban seekor lembu setiap tahun di rumah sendiri.Tahun nih ma bagi satu bahagian korban dekat Syafiy,kiranya tahun nih Syafiy buat korban nenek bagi (terima kasih banyak-banyak ma )
Pukul 10,(kalau tak silap) majlis dah start dan tetamu datang dari pagi sampai la ke malam.
Memang menjadi tradisi keluarga kami daging korban akan diambil sedikit untuk dibakar cicah sos kicap/air asam dan yang selebihnya akan disedekahkan untuk orang-orang susah.Pada sebelah malamnya kami buat sup tulang (sup gear box)
Raya tahun ni memang best......




RAYA KORBAN 2009 MACHANG KELANTAN...


AKTIVITI MELAPAH



BOYFRIENDKU SAYANGGGGG DAN BOYFRIEND KAK UMI KU SAYANGGGG IN ACTION...



MY LITTER HERO SEDANG MENIKMATI AYAM TANDOORI YANG SEDAPPPP...







Tuesday, 24-Nov-2009 06:36 Email | Share | | Bookmark
Ahmad Najiy Ifwat (Kejayaan Yang Terbaik)

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum...

Kali ni mariam update n3 dekat ipoh lagi sebab semalam hubby pergi KL,jadi disebabkan Kak Umi(kakak) dah balik berpantang dekat Kelantan,so terpaksalah kami duduk kat ipoh...Biasanya kalau kami ke KL,kami akan tidur di rumah Kak Umi.
16/11/2009(Isnin) Alhamdulillah mariam dapat seorang lagi anak saudara,namanya Ahmad Najiy Ifwat Bin Ahmad Mursyid,kiranya baby Najiy ni anak ke-3 Kak Umi dan hero pertamanya.Lepas nih baby Najiy boleh join abang Syafiy dan abang Sidqiy main bola la ye... Ma (my mum) kata Najiy panjang ikut Cik Yea (panggilan untuk mariam) sebab cik yea selalu pergi rumah Najiy...
To my sis,selamat berpantang...pantang jangan tak pantang....hehehe..(mariam n k.umi memang jaga bab pantang memantang nih.. betul tak kak umi... )




Pulut panggang nih buat atas permintaan putera sulungku itu...mama dia buat tak banyak sangat,adala dalam 20++.Bakar 6 biji untuk minum petang,lepas tu bakar 6 biji bagi dekat jiran sebelah,yang lebih tu frozen.Ni pun kami berdua je makan,sebab hubby tak makan pulut panggang.



Ikan talapia kukus,first time kukus guna ikan talapia,biasanya buat ikan siakap ke,bawal ke... Sedap rupanya buat talapia kukus nih,ni pun buat atas permintaan cik hubby.Buat ikan kukus yang sempoi je.Ikan dilumur garam,halia,bawang putih,serai semuanya dihiris,asam boi,perahan lemon/limau kasturi.Lepas tu boleh letak sayur ikut citarasa sendiri.





Si adik nak pakai tudung...bukan mama dia sesaje nak bagi pakai ye...Sidqiy yang suruh pakaikan..


Wednesday, 18-Nov-2009 03:28 Email | Share | | Bookmark
AKHIRNYA...

 
 
 
View all 5 photos...
Assalamualaikum...

Akhirnya masak jugak pisang yang kutunggu-tunggu Hari ahad (malam) balik dari ipoh esokkannya bila bukak langsir tengok2 pisang tuh masak(kuning) dah,cik burung pun dah mula menjamu selera.Apa lagi,dengan semangat berkobar-kobar ambik pisau potong daging,dan kerusi terus pergi kerjakan pisang tuh...Buat sesorang tuh,nak tunggu cik hubby buat mesti kena tunggu weekend,sebab tak kanla nak suruh dia tebang pepagi buta dan dia balik kijer pun dah pukul 8 lebih....nak tunggu alamatnye raya keling la burung2 tuh... Maklumlah first time angkat dan tebang setandan pisang,agak berat jugakla...tapi tak dela seberat 1 beg simen... Bila bilang,ada 8 sikat pisang,so pergila bagi kat jiran2 tetangga dan makcik bandaran yang tengah dok korek longkang dan sapu sampah kat depan rumah time tuh..






Selmon sos lemon nih first time buat,cik hubby kata sedap,dia makan pon banyak Ikan tuh cuma perap ngan bawang putih dan garam,lepas tuh bakar dengan buttercup.Sos pulak tumis bawang putih,perahan lemon,sedikit kordial/jus oren (untuk sos nampak warna orange), garam,gula,tepung jagung+air.



Ni dinner semalam... Untuk buat telur yang tak comot (walaupun benda nih semua orang dah tahu ) Kuali disapu bengan minyak guna tisu,pastikan minyak tak bertakung (mariam guna kuali goreng ikan je) pastikan kuali betul-betul panas barula masukan 2 biji telur yang telah dipecahkan kemudian lenggang telur tu biar rata.Barula masukkan nasi goreng dan bungkus.Masukkan pinggan dalam kuali dan telangkupkan..taraaaaaa...siap..



Pulut dakap nih buat semalam,berbekalkan pisang raja yang mak bagi (pulut dakap nih ngan pisang raja je sedap ) maka terhasila 56 biji kuih pulut dakap ku... Biasanya sebiji pisang mariam belah 2,kali nih sebiji pisang dibelah 2 dan dipotong 2.Lama jugakla dok balut pulut nih dari pukul 2- 4.30 petang,kalu tak stop nyusukan si kecik nih boleh siap awal lagih..



Pulut panggang nih pon buat semalam jugak,pulut yang buat pulut dakap tuh ada lebih sikit,so balutla pulut panggang pulak berbekalkan serunding ikan yang ma bagi.Dapat 4 biji je,ingat ke Syafiy tak makan sebab cik hubby tak makan pulut panggang nih,rupa2 nya dia mintak "mama,syafiy nak pulut pedas lagi".Pulut panggang nih alamatnye kena buat lagila sebab mama dia pun tak puas makan..serunding yang ma bagi tuh sedap..


Wednesday, 11-Nov-2009 01:50 Email | Share | | Bookmark
IPOH

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualikum...

Semoga sihat-sihat sokmo,sekarang nih mariam n anak-anak masih lagi di Ipoh,cuma cik abang je balik penang sebab kijer... Kalau sebelum nih citer pasal roselle dan kedondong,kali ni kite citer pasal menu-menu sempoi yang dimasak kat Ipoh pulak.Kali ni mariam dan anak-anak balik ke Ipoh sebab BIL masuk hospital untuk opration tulang belakangnya.Kami balik Ipoh hari rabu dan terus ke hospital.Achik(panggilan untuknya) masuk hospital hari selasa,opration hari rabu dan keluar hospital hari Isnin,lebih kurang 1 minggu jugakla mak "berkampung" kat hospital temankan achik.Menu-menu kat bawah tuh bekal untuk mak buka puasa kat hospital.Jom kiter zazzzz...












-Achik-



-Abang n Adik-


Tuesday, 3-Nov-2009 02:38 Email | Share | | Bookmark
JUS...

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum..

Nak tulis apa ye... Sebenarnya tak ada masak apa-apa sangat untuk minggu lepas sebab kami semua pergi KL hari sabtu malam baru balik Penang semula.Menu-menu kat bawah pon sekadar pencuci mulut yang mariam buat semalam dan hari ni je Sebab dah rajin nak update dan malas nak masak,jadi buatla jus yang sempoi mempoi tuh... Entry sebelum nih kiter citer pasal jus roselle,kali nih pulak citer pasal jus kedondong Kebetulan hari ahad hubby ada meeting,balik tuh dia bawak balik buah kedongong yang kawan dia bagi.Mula-mula ingat nak buat jeruk,tp pikir-pikir balik kalau buat jeruk lambat boleh makan Jadi makan buat colek jela ngan buat jus.Sebenarnya mariam tak tahu kedondong nih boleh buat jus,hubby yang bagitau...

siti mariam (12/2/2009 11:39:08 AM): jus keondong tuh blend buah+gula je kan..ayg x pernah minum..tak tahu nak buat cam mana...
siti mariam (12/2/2009 11:39:17 AM): kedondong*
abang (12/2/2009 1:23:24 PM):yap..ayg letak gula je kalau tak masam..

(Ni mariam YM ngan hubby )

Esok kami akan balik ke Ipoh sebab my BIL ada opration,jadi lepas nih menyepi sekejapla sebab mariam dan anak-anak akan duduk sana teman adik yang kecik tuh.Lepas nih syafiy n sidqiy kena tanggung rindu rinduan la dengan papa dia (padahal mama dia yang lebih2 )
Mesti papa syafiy n sidqiy sunyi sebab sekarang pukul 8 malam dah sampai rumah,sebab sekarang nih kerja tak banyak sangat kat office..
Okla rasanya sampai sini je dulu untuk kali nih,mariam nak pergi tengok citer Nur Kasih yang termiss minggu lepas episod 22,sebab hari jumaat malam tuh kami on the way balik dari KL ke Ipoh...InsyaAllah kita jumpa lagi...Wassalam..


Resepi

-Buah kedongong
-Air
-Gula
-Ais (option)

Cara-cara:

-Kisar semua bahan-bahan hingga hancur.



Resepi

-Kurma
-Susu segar/susu pekat
-Ais
-Gula(option)

Cara-cara:
-Kisar semua bahan-bahan hingga hancur.





Dinner kami semalam


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net