siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-Feb-2010 10:00 Email | Share | | Bookmark
KUIH...KUIH...

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum..

"Kuih!!!!...Kuih!!!...Beli kuih kak, 3 seringgit.... "
Kali ni semua menu kuih muih,bestkan kalau dapat jual kuih macam ni,dapat bukak kedai sendiri dan jual kuih yang dibuat sendiri...Kuih-kuih tradisi,yang biasanya anak-anak muda sudah lupa akan kewujudannya...Itula salah satu impian mariam.Lepas tu mesti ada yang cakap-cakap,apala cik yam ni,belaja tinggi-tinggi tapi jual kuih pulak...Eemmm....Salah keee????
Okla kita tengokla kuih apa yang ada,kalau tak memenuhi selera,bolehla jenguk gerai sebelah ye kak...



Kali ni guna resepi lain pulak,sapa-sapa yang nak cuba,cubala resepi ni,InsyaAllah jadi,sebab sukatannya ngam-ngam... Tak lembik,dan tak keras...

Resepi (MyResepi:NanaSham)

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
-500gm beras pulut
-400ml santan cair
-1 st garam
-2 sm minyak (mariam tak letak,sebab guna santan kelapa)

Bahan lapisan atas:-
-120gm tepung gandum
-3 sm tepung jagung
-140gm gula
-3 biji telur
-450ml santan pekat
-1/2 st garam
-300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!



Tangkup kaya,sebelum ni tak tahu pun nama dia macam ni,tahu makan je...Mariam selalu makan masa zaman kecik-kecik dulu...Macam cream puff melayu..

Resepi: (Myresepi: Maksu Om )

Bahan-bahan ( lebih kurang 20 biji )

KAYA
-2 biji telur
-2 Cawan santan
-3/4 cawan gula pasir + 1 cawan air
-Sedikit garam
-2 camca makan tepung kastad
-Pewarna hijau (mariam tak letak)
-2 helai daun pandan(disimpul)

KULITNYA
-2 cawan tepung gandum
-2 1/2 cawan air
-Sedikit garam
-Pewarna kuning
-Sedikit minyak
-Acuan karipap (mariam tak ada,tangkup macam tu je)

Cara-cara
- Masak gula dgn 1 cawan air hingga larut.
-Masukkan telur,tepung kastad,garam dan santan dalam blender.Blend supaya sebati.
-Tuang bahan yang diblen dalam air gula.Kacau.
-Masukkan daun pandan.Kacau sampai pekat.
-Angkat dan ke tepikan
-Buat kulitnya.Masukkan tepung gandum,air dan garam dalam blender dan blend.Tapis.
-Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak
-Ceduk sesenduk kecil tepung yang ditapis tadi dan buat dadar atas kuali. Guna api sederhana.
-Apabila dah kering bahagian atasnya,tak perlu dialih terus angkat.
-Letakkan atas acuan karipap dan letakkan sesudu kaya ditengah-tengahnya. Tutup acuan dan buang rejanya.
Keluarkan dari acuan .Letak atas pinggan.
Siap untuk dimakan. Rejanya boleh cicah dengan kaya. Ataupun jika tak mahu ada reja, buat dadar besar sikit dan gulung macam ketayap je...satu kelainan.Selamat mencuba.



Resepi 2 in 1,keria dan cek mek molek.Kali ni mariam buat guna ubi jepun (warna ungu),tapi hubby cakap sedap lagi kalau guna ubi keledek.Ubi jepun ni,mariam suka rebus,dan cicah dengan kelapa.Sedap sangat sebab ubinya sangat manis

Resepi:

-Ubi keledek (kali ni mariam guna ubi jepun manis )
-Tepung gandum (secukupnya,doh tak melekat di tangan)
-Secubit garam
-Gula (mariam guna 1 sudu makan je,sebab kuih ni mariam goreng tak sampai 10 biji)
-Sedikit air (untuk disira)

Cara-cara:
-Rebus ubi dan lenyek.Biarkan hingga sejuk
-Uli ubi bersama tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
-Bentukkan,kemudian goreng.
-Masak gula dan sedikit air hingga likat,kemudian masukkan kuih yang sudah digoreng,kacau sehingga gula kering.Bolehla diangkat.
(untuk cek mek molek,doh yang sama mariam ambik dan letakkan gula di tengah-tengahnya...senang kerja )





Resepi ni dah lama masuk dalam menu wishlist,resepi dari Kak Rus.Terima kasih ye kak rus.
Sidqiy cakap "eerrmmm..sedap mama" Kak Rus guna kacang hijau tanpa kulit,tapi mariam guna kacang hijau yang berkulit.Kalu nak tahu macam mana kacang hijau tak berkulit bolehla tengok dekat rumah kak Rus


Resepi:Kak Rusnah (Fp)

-1 cawan tepung beras cap gajah berbadan ikan(Siam mari) (mariam pun guna siam mari... )
-1/2 cawan gula putih
-1/2 sudu teh garam
-1/2 cawan kacang hijau tanpa kulit yg telah direbus(rebus dulu baru sukat) (mariam guna yang ada kulit)
-3 cawan santan
-1 helai daun pandan

Cara-cara
1.Semua bahan kecuali kacang hijau tanpa kulit diadun sebati dan dikacau atas api bersama simpulan daun pandan.
2.Kacau lebih kurang 10 minit...bila dekat-dekat pekat...tutup api dan masukkan kacang hijau rebus tadidan terus dikacau.Buang simpulan daun pandan dan tuang ke dalam acuan yang dilengser minyak (kak rus guna minyak sapi)
3.Bakar dalam ketuhar yang 10 minit lebih awal dipanaskan....kalau dlm masa 40 minit atasnya masih putih bakar lagi sampai kekuningan...mmmm baru cantik dan sedap.


Kuih kacang,kalau ikut nama orang panggil nama lain kan..nama apa entah..
Biasanya buat pakai sedikit tepung bila masa nak menguli tu.Tetapi kali ni mariam try buat teknik yang tak pakai tepung,memang menjadi dan sedap.Dapat tahu teknik ni bila mariam baca komen dekat myresepi...


Resepi:

-Kacang hijau
-Gula
-Secubit garam

Tepung goreng:

-Tepung beras
-Kelapa
-Air kapur
-Sedikit serbuk kunyit
-Air

Cara-cara:

-Rebus kacang hingga empuk,air jangan letak terlalu banyak.Mariam guna kaedah wait and see,tambah air bila kacang tak empuk lagi,sebab kalau kita terus letak banyak air,kacang akan terlalu lembik dan makan masa untuk kering.
-Masukkan gula dan secubit garam,kacau hingga adunan betul-betul kering,guna api yang kecil.
-Sejukkan,dan bolehla dibentuk.
-Masukkan semua bahan-bahan untuk tepung goreng,adunan tidak terlampau pekat,dan tidak terlampau cair.Kemudian celup kacang,dan bolehla digoreng.


Monday, 1-Feb-2010 00:12 Email | Share | | Bookmark
27 YEARS OLD

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum...

Kalau 1 February warga wilayah akan sambut hari wilayah,Mariam pulak setiap kali 1 February,akan sambut usia yang baru.Alhamdulillah tahun ni genapla umur 27 tahun,lagi 3 tahun nak masuk 3 series Macam tahun-tahun sebelum ni jugak,doa untuk diri sendiri supaya jadi hamba yang solehah
Tak ada sambutan gempak-gempak macam orang sambut hari wilayah,cuma dapat banyak wish dari insan-insan tersayang,dari kenalan dan outing untuk makan malam je.Tak ada hadiah ye puan-puan Hadiah tak berapa penting kan...kan...(elehhhh,orang yang tak dapat cakap macam nila,kalau dapat sengih macam kerang busuk )
Okla,kita tengok la apa yang ada kat bawah tu....Kita jumpa di next entry pulak,InsyaAllah...




Mee kari,untuk makan malam



Kuih lapis ni Syafiy suka sangat makan,buat untuk minum petang.

Resepi (MyResepi:Tulip77)

-1 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
-1 st garam
-2 paket santan serbuk (mariam guna santan)
-1 st minyak masak (tak letak,sebab santan dah berminyak)
-3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
-4 cawan air (mariam guna santan)

Cara-cara

1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. 5.Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
6.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
7.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
8.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak



Resepi dari buku yang ma belikan,dah berkurun buku tu diperam,semalam baru mariam manfaatkan.Sebab teringin sangat nak makan muffin ala-ala mat salleh Kalau masa belajar dulu,kami suka makan muffin ni dekat cafe di King Edward Memorial Hospital,time pergi check up masa mengandungkan Syafiy dan Sidqiy.Teringat muffin yang besar gedabak tu,sebiji kena kongsi 2 orang

Resepi: (Buku Muffin Galore)

-300g self-raising flour
-1 teaspoon baking powder
-50g butter
-80g caster sugar
-2 eggs,lightly beaten
-225ml milk
-1 teaspoon vanilla extract
-Blueberry jem

1-Preheat the oven to 200'c/400'F.Grease a 12 cup muffin tin or line the cup with muffin cases
2.Mix the flour and baking powder in a large bowl.Rub in the butter until the mixture resembles fine breadcrumbs.Stir the sugar and blueberries into this mixture (if use fresh blueberries).
3.In the separate small bowl or jug,mix together the eggs,milk ang vanilla extract.Pour the eggs mixture all at once into the dry ingredients and mix briefly until just combined.
4.Spoon the batter into the prepared muffin cups,dividing in evenly.Bake in the oven for about 20 minutes,or until rise and golden.Cool in the tin for 10 minutes,then turn out onto a wire rack.Serve warm or cold.



Hasil kerja Syafiy di sekolah, "Mama, teacher nak gambar kahwin mama dengan papa"
Jadi inila hasilnya,mama ingatkan teacher nak buat apa...


Monday, 25-Jan-2010 01:44 Email | Share | | Bookmark
6th Anniversary

 
 
 
Assalamualaikum..

Alhamdulillah,pada 22/1/2010 hari Jumaat Mariam dan suami telah menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-6 ketika usia 26 tahun 11 bulan.Semoga Allah S.W.T.Panjangkan usia perkahwinan kami hingga ke hujung usia,limpahkan rahmat dan rezeki kepada kami dan sihatkan tubuh badan kami untuk melakukan ibadat kepada-Nya dan menjalalani kehidupan dengan baik.Amin.Tiada sambutan yang luar biasa,cuma hari jumaat (malam) kami keluar makan-makan sahaja.Sebenarnya malam tu tak mengharap pun cik hubby balik awal,sebab hari jumaat hari yang paling sibuk baginya,tapi malam tu,tiba-tiba pukul 8.30 malam dah sampai rumah dan terus ajak celebrate kat luar,apa lagi cik isteri pun senyum simpul lah... walaupun cik isteri ada cakap,"Kita keluar esok je la,kalau abang penat"
(macam baik je...hehehe )
Okla,menu-menu kat bawah biasa-biasa sahaja,tiada kaitan dengan cerita dekat atas... Jom kita layan...





Ni lunch mama,Syafiy dan Sidqiy



Ayam panggang,untuk makan malam. Ayam panggang bbq+kentang goreng celup tepung+telur bungkus(kubis+mayonis+lobak merah)



Lunch semalam,ikan patin masak tempoyak+sambal tempe,kentang,ikan bilis+ikan puyu goreng+salad


Monday, 18-Jan-2010 02:41 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY MUM

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum...

First of all mariam nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat My Lovely Mum yang ke 54 tahun,kami semua doakan semoga ma panjang umur,murah rezeki,sihat tubuh badan dan happy sokmo.WE LOVE YOU SO MUCH




Kad yang Syafiy tulis untuk nenek kesayangannya...



Kek nih buat sebab teruja tengok kek yang angah buat,sedap resepi nih,lain kali boleh buat lagi kek nih sebab syafiy suka makan.

Resepi (MyResepi:Yani)
Bahan-bahan ( Loyang 20 cm )

-2 biji pisang
-140g butter
-120g gula
-2 biji telur
-1 sudu kecil esen vanila
-2 sudu besar fresh cream (mariam sub dengan yogurt)
-1 sudu besar jus lemon (tak letak)
-200g tepung gandum
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

-Pukul butter dengan gula sehingga kembang
-Asingkan putih dan kuning telur
-Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
-Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
-Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
-Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
-Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
-Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit



Resepi kek yang dicari-cari,Alhamdulillah jumpa juga akhirnya resepi yang memenuhi citarasaku... Kek span nih mariam buat sehari selepas buat kek pisang,tapi kek nih habis dulu... Resepi ni ambil dari rumah kak madiha,terima kasih ye kak.,walaupun kek nih simple je tapi mariam suka sangat-sangat,sebab keknya lembut.Kek asasnya cuma kek span,tapi mariam potong 4 dan sapu dengan jem strawberry.Tengokla,first time potong kek cam nih,renyok (tak betul) habis.Kalau balik Kelantan,mariam selalu beli kek span lapis strawberry ni kat KB Mall.Sidqiy suka sangat makan kek nih, dekat separuh habis kat dia sorang je..

Resepi (Kak Madiha)

-120 gm gula kastor (mariam kurangkan)
-120 gm tepung gandum
-4 biji telur (gred B)
-10 gm ovalette
-20 ml air (mariam letak low fat milk)
-1 s/k vanila
-20 ml minyak jagung

Cara2
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
-Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
-Tuang dlm tin pembakar yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
-Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.Pada suhu 160 'c
-Sejukkan



Black pepper steak yang simple,letak apa yang ada dalam peti ais je


Tuesday, 12-Jan-2010 23:58 Email | Share | | Bookmark
Syafiy ke sekolah

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualikum..

Kali ni mariam nak update sedikit (macam banyak je.. ) pasal my little hero Ahmad Syafiy Danial yang dah mula memasuki alam awal persekolahan. Sekejap je rasa,dah 5 tahun putera sulungku..
1-2 tahun sebelum Syafiy akan melangkah ke alam persekolahan,banyak suara-suara nakal atau suara-suara risau yang mengatakan boleh ke Syafiy ke sekolah tanpa ada sebarang masalah,maksudnya tak nangis dan cepat menyesuaikan diri di alam persekolahan.Ada juga yang memberi pendapat supaya air penawar (untuk suka pergi ke sekolah) diberikan untuk Syafiy nanti sekiranya perkara itu akan berlaku. Bila perkara itu diutarakan,mamanya nih hanya mampu jawab “Entahla macam mana nanti,doa-doa semuanya akan ok,kalau tak mama dia nih akan jadi cikgu tak berdaftarla kat sekolah tu nanti..” Tapi jauh di sudut hati mariam, doa selalu dipanjatkan supaya Allah S.W.T permudahkan segala urusan untuk menghantar Syafiy ke sekolah. Mesti ramai yang bertanya kenapa sampai macam tuh sekali orang risaukan Syafiy. Syafiy sebenarnya tak pernah berpisah lama dengan mamanya, dan jarang bergaul dengan kawan-kawan seusianya sebab mariam tak benarkan dia bermain di luar kawasan rumah tanpa pengawasan mariam.Lagipun mariam bukan jenis suka melepak di luar rumah, ni merupakan faktor kenapa dia tak punya kawan seusianya. (kejam kan mama dia nih ).Kawan Syafiy di rumah adalah adik,mama dan papa je,kesian kat Syafiy…
3 minggu sebelum sekolah bermula kami mula daftarkan Syafiy di Tadik Cahaya Comel, mariam dapat tahu pasal tadika nih daripada jiran.Masa mula-mula pergi daftar dah nampak yang dia mula teruja untuk pergi ke sekolah, bukan Syafiy je yang teruja,si adik pun sama,minta nak pergi ke sekolah jugak.
4/1/2010 hari pertama Syafiy ke kindergarten, mama dia nih risau jugakla takut Syafiy menangis pulak,kesian kat cikgu kena pujuk. Hari pertama hubby cuma drop by je Syafiy kat sekolah sebab pagi tuh hubby ada meeting dekat Kulim,jadi tak boleh nak tunggu dan tengok sampai dia masuk dalam kelas.Balik pun cikgu hantar,hari pertama sekolah cikgu hantar Syafiy seorang je balik,sebab biasanya first day sekolah parents akan hantar dan ambil anak masing-masing.Tapi selepas tuh adala budak-budak lain yang balik sekali dengannya.Lepas hubby hantar Syafiy,mariam call la hubby tanya sama ada Syafiy nangis ke tak,Alhamdulillah hubby cakap tak nangis,cuma muka je masam dan tak nak senyum pun. Tapi mariam risau jugak takut dia nangis lepas tuh,Alhamdulillah bila mariam tanya cikgu (bila cikgu hantar dia balik) cikgu cakap Syafiy tak nangis.Fuhhh, bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa mariam dan hubby selama ni. Kadang-kadang apa yang kita minta dengan Allah cumala sedikit,tapi dengan kuasa-Nya yang Maha besar itu kita tidak menjangkakan apa yang kita akan dapat. Mariam berdoa semoga Allah permudahkan urusan untuk menghantar Syafiy ke sekolah, Alhamdulillah,Allah bagi bukan setakat Syafiy tak menangis di sekolah, Syafiy juga bangun sendiri untuk ke sekolah,mariam tak perlu kejutakan dia untuk bangun pagi (cuma first day je mariam kejutkan) 2nd day hingga ke hari ini (minggu kedua) setiap pagi syafiy akan bangun sendiri tanpa banyak karenah (siap dia boleh buat lawak dan gelak-gelak pulak) hari minggu pun dia akan bangun awal dan tak perlu nak kejutkan.Bila balik dari sekolah,terus bukak baju dan pergi mandi tanpa disuruh.Alhamdulillah,semoga Syafiy dan adik-adiknya yang lain akan berkelakuan begini sampai bila-bila.
Disini bukan mariam nak puji anak sendiri,jauh sekali nak bangga-bangga diri,cuma mariam nak kongsi betapa besarnya doa seorang ibu buat anak-anaknya.Seperti ibu-ibu lain juga yang tak akan lupa untuk berdoa yang baik-baik untuk anak-anaknya.




Syafiy dengan pakaian sekolahnya (atas permintaan mak ngah ngan cik aminah... )



Buat untuk minum petang,tapi cik hubby balik tengah malam pulak,jadi postpone makan untuk breakfast..

Resepi:

-Pisang yang dilenyek
-Santan pekat
-Tepung gandum
-Gula
-Garam (secubit)
-Daun pisang yg dilayur
-Sagu (rendam hingga kembang dan toskan)

Cara-cara:

-Pisang yang dilenyek dicampurkan dengan tepung,santan,garam,gula,dan sagu.
-Gaul sampai sebati.Kemudian letakkan 2 /3 sudu besar di atas daun pisang.Balutkan.
-Kukus lebih kurang 30-40 minit.



Resepi

-1 cawan sagu
-Sirap ros
-1 cawan gula (kurang atau lebih ikut citarasa masing-masing)
- 3 cawan air (lebih/kurang bergantung pada citarasa masing-masing nak lembut/keras)

Cara-cara

-Basuh sagu dan toskan
-Masak air gula dan sirap ros hingga mendidih.
-Masukkan sagu kemudian kacan seketikan dan tutup api.
-Letakkan dalam bekas/loyang dan kukuskan hingga biji-biji putih tidak kelihatan.
-Gaul bersama kelapa putih yang diletakkan secubit garam.



Buat untuk minum petang,tapi petang tuh kami keluar outing n shopping pulak,jadi makan sambil tengok AJL ...Lagu yang kami jangkakan menang tak menang ler pulokk..



[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net