siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 27-May-2010 01:20 Email | Share | | Bookmark
BUKAN BISKUT UNTUK RAYA

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum...

Kali nih macam pelik je sebab entry pasal biskut raya tapi bukan bulan raya... Entahla angin apa yang datang tuan rumah rajin buat benda yang jarang-jarang sangat dia buat...Sampai encik suami tengok biskut nih dah terus dia nyanyi lagu selamat hari raya perlila tuh... Okla kita tengok biskut yang simple kat bawah...Jom...




Biskut nih buat masa 14 hb hari tuh...Papa dan Syafiy suka sangat makan biskut nih.



Biskut yang buat semalam,first time buat biskut makmur ni.Alhamdulillah tak mengecewakan...Mariam buat sikit je,tak sampai 30 biji pun...Kalau buat banyak tuan yang buat makan banyak,penimbang pun menunjukkan ke arah positif dah...macam mana nak slim nih...ishhh..ishhh..ishhh..

BISKUT MAKMUR (Resepi dari Kak Liza)

Bahan Doh/Kulit
-500 gm tepung gandung
-80 gm gula halus
-Minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
-300 gm kacang tanah
-70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kuih]

Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.(mariam mesin kacang dan gula sekali)
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.




Biskut nih pun buat semalam jugak,selepas buat biskut makmur,kacang banyak lagi lebih jadi mariam pun ulila biskut nih pulak...



Award nih dapat dari Kak Mizwa,terima kasih ye kak sebab sudi bagi kat mariam,walaupun tak pernah pakai apron masa masak (apron pun tak ada kat rumah... ) Macam malula pulak nak buat sebab bukanla pro mana pun masak-masak nih kalau nak dibandingkan dengan akak-akak yang lain...Okla kita kongsi apa yang mariam suka makan dan suka masak...Jom....

A. 3 jenis lauk pauk yang suka dimasak

~SAMBAL TUMIS tak kira lauk apa,ikan,ayam,daging,telur,tempe dan sebagainya.Mariam suka sangat-sangat-sangat makan sambal tumis
~IKAN BAKAR suka masak sebab ni kegemaran encik suami,senang je,bakar ikan+air asam+ulam dah siap
~KERABU tak kira kerabu apa-apa pun,suka sangat ratah,tak makan nasi pun tak apa...cakap je,tapi ngap jugak ngan nasi...

B. 3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat

~LAICI KANG suka sangat buat sebab tuan dan puan kat rumah nih suka makan...
~DADIH ni macam pencuci mulut yang selalu ada dalam peti ais,Syafiy dan Sidqiy suka sangat makan
~PUDING KASTAD BERKUAH tahun ni tak buat lagih... Kalau buat mariam makan kastard dan kuah je dan suami makan buah-buah kat dalam tuh dan kuah.Jadi boleh share la kan...

C.3 jenis biskut kegemaran time raya

~ALMOND LONDON,tak pernah buat secara personal,kalau buat mesti dengan makcik2 dan adik beradik yang lain.Buat banyak-banyak,syokkkkk....
~BISKUT KACANG,tak kirala kacang apa-apa pun...
~BISKUT MAKMUR sedap sebab ada kacang kat tengah-tengah...

D.Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak (mariam tulis seorang jela sebab mariam tengok ramai yang dah pakai apron nih...tapi kawan-kawan yang sudi nak buat ambik ye,kita kongsi-kongsi )

~SITI FITHRIAH (angah) buat tau angah,jangan tak buat...hehehehe..


Tuesday, 11-May-2010 01:09 Email | Share | | Bookmark
LAICI KANG

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum...

Sebelum mariam tulis pasal menu kali ni,mariam nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua Ibu,terutama sekali Ma dan Mak.Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sihat tubuh badan.We Love You So Much...
Okla kali ni mariam update pasal laicikang pulak.Kali ni tak ada idea nak tulis panjang-panjang...Kita layan je apa yang ada kat bawah...










Apa yang ada dalam laicikang kali ni,jom kita tengok...

1.Kembang semangkuk (basuh dan direndam dalam air masak hingga kembang,kemudian buang biji,kulit dan akar serabut... ) (Kemudian bolehla masukkan sedikit air gula batu/gula biasa)
2.Getah anggur (basuh dan rendam dalam air masak hingga kembang)
3.Barli (masak hingga kembang kemudian masukkan gula)
4.Snow fungus (celur dalam air panas hingga kembang)
5.Longan kering (masak dan kemudian masukkan gula)
6.Kurma merah (masak kemudian masukkan gula)
7.Halwa kundur
8.Halwa buah pala
9.Agar-agar (merah dan hijau) (masak macam buat agar-agar biasa)
10.Biji selasih (basuh dan rendam hingga kembang)
11.Cincau (beli dan parut jadi panjang-panjang)
12.Laici (tin)
13.Longan (tin)
14.Buah Plum (Buah Tar) (tin)
15.Nata de Coco

*Seelok-eloknya masa nak masak barli,kurma merah,longan kering guna gula batu untuk sejukkan badan.Mariam guna separuh gula biasa dan separuh gula batu sebab gula batu ada sikit je



Ni hadiah dari Syafiy buat mama dia.Balik dari sekolah hari Jumaat lepas Syafiy bagi hadiah ni,Syafiy cakap teacher yang buat dan teacher suruh bagi dekat mama.Mama dia apa lagih,sengih panjang la..



Kad dari Kak Rus,terima kasih banyak-banyak ye kak...Kak Rus lebih kurang sebaya ma mariam,dan kak Rus juga terrer memasak...Suka tengok menu-menu dari rumah kak Rus..



Tuesday, 4-May-2010 06:00 Email | Share | | Bookmark
Family Gathering 30/4-2/5 Kuala Perlis & Langkawi

 
 
 
View all 12 photos...
Assalamualaikum...

Selepas seminggu tak berupdate kali ni mariam nak bercerita mengenai family gathering dekat Kuala Perlis dan Langkawi sempena cuti hari buruh minggu lepas. Sebelum-sebelum ni kalau cuti kami akan balik kampung atau bercuti ke rumah saudara mara ataupun bercuti dengan saudara mara yang lain. Kiranya kali ni bercuti hanya keluarga besar Hussain Zaki dan Hasnah sahaja
My mum yang bagi idea untuk bercuti di tempat nih,sebab dekat untuk ke Langkawi dan dekat dengan medan ikan bakar. Kami menginap di Berasmana Hotel (berhampiran Kuala Perlis, view bilik kami menghadap pantai).Mariam booking 3 buah bilik untuk penginapan kami semua, 2 bilik connecting room, dan 1 bilik biasa. (Tolong booking je)
Hari Khamis ma,abah dan adik-adik bermalam di rumah mariam, pagi Jumaat tu kak umi n family (dari Bangi) sampai dalam pukul 9 lebih.Lepas sarapan,kami bertolak ke Kuala Perlis.Sampai di hotel kami cuma lepak-lepak dan petang tu cik nab,cik aminah n cik su bawak anak-anak buah dia main dekat taman.Sebelah malam kami pergi pekena ikan bakar dekat medan selera ikan bakar (betul-betul depan hotel tempat kami menginap)
Hari sabtu,selepas bersarapan,pukul 9 kami bertolak ke Langkawi,sampai di sana kami sewa van untuk ronda-ronda.Tengah hari kami singgah makan dan solat di rumah sepupu ma,nasib baikla tuan rumah masak nasi banyak,sebab semua dah kelaparan Lepas tuh macam biasala ronda-ronda lagi dan shopping-shopping lagi…Tak beli apa sangat pun, cuma memborong coklat je banyak Sebelum masuk menunggu feri,kami kena tahan oleh cik kastam ,dia terkejut sebab tengok banyak sangat kami memborong coklat,dia macam tak percaya sebab bil satu je, (sebab semua di sponsor oleh ma). Nasib baikla lepas,sebab kami cakap beli bukan untuk satu tuan .Kami balik ke Kuala Perlis pukul 7 malam,last feri.Sampai di sana dalam pukul 8 lebih,dan terus kami ke medan selera ikan bakar dan makan malam kat situ.
Hari Ahad,lepas sarapan kami check out,dan lepas tuh ronda-ronda dekat Bandar Perlis sekejap, kemudian kami balik ke Penang.Kak umi n famiy balik terus ke Bangi,tapi kami semua pergi kenduri (kawan abah) dekat Pulau.Dalam pukul 3 ma,abah bertolak balik ke Kelantan,dan kami balik ke Bertam.
Encik suami cakap bestla bercuti kali ni, enjoy and release tension….Okla kita tengok gambar pulak,banyak gambar yang diambil,tapi yang ni je sempat mariam tempek…




Jantung hati kami Irdina,Syafiy,Insyirah,Sidqiy,Ifwat



Kanak-kanak riang berposing dalam bilik.







My family, waktu sarapan pagi.



Menunggu feri di jeti Kuala Perlis.



Kak Umi n the geng...





Atuk,Nenek dan Syafiy



~KAMI~



Di luar dan di dalam feri



Kenduri di rumah kawan abah


Wednesday, 21-Apr-2010 00:26 Email | Share | | Bookmark
Selepas Demam...

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum....

Bersua kembali selepas seminggu tak berupdate menu masak-masak Minggu lepas tuan rumah tak berapa sihat dek kerana mengerjakan lalang yang tak diundang tumbuh meliar dekat laman rumah. Benda yang orang tak tanam tuhla yang cepat naik...Pokok yang ditanam susah nak naik,lagi mati adala…
Fuuhhhh,2 hari membanting tulang habis sakit satu badan sampai demam.Bukan tak pernah buat semua benda alah tuh,tapi mungkin kali nih over sangat kot Biasala bila dah tak berapa sihat nih, call mengadula kat ma,dan ma cakap tu dah kena demam sebab sakit urat la tuh…Nasib baikla tukang massage merangkap my personal ‘pak bidan’ tak out station Kalau tidak,lagi lama la tanggung sakit nih...Sebenarnya malu nak tulis panjang-panjang,dengan kata lain nak merapu kat sini,sebab someone sedang mengikuti fp mariam nih... Sape ye....??Biarla rahsia,hehehe... Okla kita jom kita tengok apa yang ada kat bawah,roti dan kuih apam pun hasil dari dapurku semalam (selasa)....





Roti ni mariam buat pagi semalam,resepi ambik dari rumah Cik Tie.Niat nak buat resepi lain,tapi resepi lain yang keluar,tapi tak pela sebab guna resepi puan yang sama Mariam tambah inti coklat kat dalam tuh dan kali nih guna tepung halus je sebab high protein dah habis stok...

Resipi Roti Coklat (Cik Tie)

Bahan2
-250 gms tepung high protein*
-2 sudu besar susu tepung*
-1 sudu kecil bread improver*
-1 sudu kecil bread softener*
-1/2 sudu kecil garam *
-60 grms gula halus*
-1 1/2 sudu besar mentega*
-2 sudu kecil mauripan yis*
-2 sudu besar serbok koko (mau kurangkan boleh)*
-7 grms wheat gluten*

-90 - 100 ml air suam (edited)
-1 biji telor dipukul

Cara membuatnya

1.Bahan bertanda (*) disatukan kedlm mixer ..mix 30saat just utk bhn bercampur shj ..
2.Masukkan telor n air .. mix kan adunan sehingga doh betul2 licin .. lebih kurang 20-25 minit
3. Bila doh dh licin .. ambil doh dn bahagikan kepada 15 bahagian .. += 40grms /each
4. Biarkan doh mengembang sekali ganda baru ler dibakar dlm suhu 160 -170 C selama 20 minit ..
5. Keluarkan roti dan sapukan dengan butter semasa roti still panas
6. Utk kekalkan kesegaran roti berpanjangan ..simpan roti anda didalam bekas yg tertutup ..

Selamat mencuba







Apam ni buat untuk minum petang semalam,buat separuh adunan je (boleh dapat dalam 11 biji sebab mariam guna cup yang besar).Apam mekar nih mariam buat khas untuk my lovely sis (Angah), buat bukan untuk jamu angah makan ye,tapi nak tunjuk cara-cara mariam buat je Isshhhh,kalau nak bagi angah jenuhla nak kena hantar ke sana Mula-mula takut jugak apam nih tak nak naik,biasala kan kalau nak mengajar atau nak tunjuk kat someone ni adala yang tak kena kat mana-mana.Tapi Alhamdulillah menjadi,Syafiy dan Sidqiy makan habis licin tak tinggal untuk papa dia langsung,mama dia makan 2 biji je,yang lain 2 beradik tuh makan...(Angah,resepi nih bagi kak long manis sangat,gula tuh kena kurangkan banyak)

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )(Myresepi)

-250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
-2 biji telur
-1 sudu kecil esen vanilla
-200 ml susu segar
-300 gm tepung gandum
-1 sudu kecil ovallate
-Pewarna (ikut suka)
-Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
- Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
-Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
-Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
-Masukkan ovallate dan pukul lagi.
-Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
-Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
-Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya). (Mariam pakai sudu je )
-Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
-Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).


Thursday, 15-Apr-2010 07:09 Email | Share | | Bookmark
SITI MARIAM BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM...

ENTRY KALI NI MARIAM NAK PERKENALKAN BLOGSPOT MARIAM.BUAT TEMAN-TEMAN YANG TAK JEMU-JEMU KUNJUNGI FOTOPAGES MARIAM NI,TERIMA KASIH DIUCAPKAN,TANPA AKAK-AKAK ATAU ADIK-ADIK MUNGKIN DAH LAMA MARIAM MENYEPIKAN DIRI DALAM DUNIA ALAM MAYA NI.MARIAM BUAT BLOGSPOT NI BUKAN UNTUK MENGGANTIKAN FOTOPAGES YANG SEDIA ADA,BLOG TU HANYALAH SEKADAR SAMPINGAN DAN TEMPAT UNTUK MARIAM PENUHI MASA YANG TERLUANG DENGAN MELAKUKAN AKTIVITI YANG MEMANG MARIAM SUKA, (MEMASAKLA KAN.. )
DEKAT 'SITI MARIAM BLOGSPOT' TAK BANYAK LAGI GAMBAR YANG MARIAM UPLOAD, KALAU ADA YANG BERMINAT BOLEHLA TENGOK MENU-MENU YANG PERNAH MARIAM MASAK DEKAT FOTOPAGES NI...RASANYA TU JE MARIAM NAK BAGITAHU...KITA BERJUMPA LAGI DI ENTRY YANG LAIN YE, kali ni tak ada menu masak-masak yang best,masak minggu ni semuanya sempoi-sempoi je...


JOMLA JENGUK SINI ~ http://mariamsayutiy.blogspot.com/ ~


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net