siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Thursday, 22-Jan-2009 23:42 Email | Share | | Bookmark
5th ANNIVERSARY

 


22 Januari 2004......Dengan sekali lafaz "Aku terima nikahnya dengan mas kahwinnya seperti yang tersebut"
Maka bertukarlah status Cik kepada Puan Siti Mariam Binti Haji Hussian Zaki...
Alhamdulillah cinta "monyet (bak kata orang)" yang kami jalinkan di usia 16 dan 17 tahun diakhiri dengan ikatan yang sah.Alhamdulillah doa yang kami panjatkan sejak awal-awal perkenalan dahulu dimakbulkan... Sudah 5 tahun hidup sebagai suami isteri,dan 9 tahun sebagai pasangan bercinta,semoga Allah S.W.T panjangkan jodoh kami hingga ke hujung nyawa....Walaupun berkahwin diusia yang masih muda Alhamdulillah kami boleh memikul tanggunjawab masing-masing.



Tak ader menu yang istimewa,(biasala kan malam nih makan-makan kat luar lerrrr ) cuma mariam buat pulut kuning dan kek dengan deco yang "huduh-huduh" bak kata orang kelantan (macam mana nak buat cecantik sebab tak retiii) Semoga kek2 yang mendatang akan ader improvementnyeee...


TO MY LOVE

My day is your day....My songs through my heart and remain you to me....
When the day past by day....You are always in my mind....
When I sad, you are always be my shoulder....
I want to cry and I want to smile....
Although I know it never be forever and ever...
For you, MY LOVE....I don't want to see you sad...
I prayed and deepful in my heart hope you will success meaningly sooner or later....
And my loverly regards always be with you....


Quote:
(Pisstttt....kak nurul,ikut dalam buku nikah masa kawin umur 20 tahun..tapi kalu ikut tahun umur mariam tahun tu 21 tahun... )

(Pissttt untuk kak zai pulak.. mariam dok kat rumah jangan marah kak zai main2 je sekarang ni mariam tinggal kat bertam,kepala batas...suami kijer kat penang.Tapi mariam asal kelantan )


Quote:
Madiha- timer kasih kak madiha

Shariza-bukan pengantin baru la akak...pengantin lameee... huduh tu kak...tak cantik ponnn...

Jasmeen- toke kek mesti dah jemu makan kek...ye idok...hihihi kak meen x de nak pasang lilin2...tambah2 lg dgn 2 hero nih...tp nak rase gak mcm manala mkn psg lilin...nih kena tunggu rumah blackout dulu...

Umieaisyah- timer kaseh kak bg tag tuh dan wish...teh dangdut...hehehe

Zaiy- betul kak zaiy teka...thn nih dh masuk 26 tahun,makin tue pulak rasanye...timer kasih ye kak zaiy 4 that wish...Ala...tp kak zaiy skrg msk dh tahap chef dah...

Jeff- timer kasih bro jeff

Shima- timer kasih shima.... tambah org baru...emmmmm,tu kena tunggu baby UK kuar dulu...

Hana-timer kasih k.hana...aaaa,mcm tu je lafaz nikah kak kelantan,pendek kan tak mcm tmpt2 lain....nasib baik 1 kali je...kalu mcm tu byk kali tak taula nk ckp aperrr...

Tie- timer kasih kak tie....ooooo...k.tie pon kawin muda ye...


Wednesday, 14-Jan-2009 23:20 Email | Share | | Bookmark
PULUT LAGIHH...

 
 


RESEPI (Kak Zaiy-Dubai)

-3-4 ketul peha ayam / mana2 bahagian ayam pun boleh
-1/2 sb serbuk lada hitam
-1/2 sb serbuk jintan putih
-3 ulas bawang merah - tumbuk
-3 ulas bawang putih - tumbuk
-2 cm halia - tumbuk
-2sb olive oil / minyak masak biasa
-garam secukup rasa
-sayur-sayuran (cauliflower/karot) - optional
-madu(mariam tambah)

Cara-cara:
-Gaul semua bahan bersama ayam dan perap selama 2-3 jam di dalam peti sejuk (lagi lama perap, lagi sedap). Bakar (gril) hingga ayam masak. Guna suhu yg sesuai ikut oven masing2.
-Kalau nak masukkan sayur-sayuran, agak-agak 20 minit sebelum ayam masak, keluarkan dan letaklah sayur di sekeling ayam tu , masukkan semula dlm oven . Masa nak hidang, tuangkan sos bbq (atau apa2 sos) di atas ayam...
*** Jgn lupa untuk kuarkan ayam, balik2kan ayam tu dan letak lebihan bahan gaul ayam tadi supaya ayam rata masaknya.



RESEPI

-500g pulut (rendam dengan 1 sudu besar air kapur)
-Gula melaka (dimasak dengan sedikit air)
-Garam
-Kelapa (putih)
-Daun pandan

Cara-cara

-Pulut dikukus hingga masak.Kemudian keluarkan kemudian digaul dengan air gula melaka dan daun pandan hingga sebati.
-Kemudian kukus semula lebih kurang 15 minit
-Angkat dan boleh dimakan dengan kelapa yang digaul dengan sedikit garam
-(Gula melaka terpulang pada kemanisan sendiri)

Kali ni n3 pasal ayam panggang lada hitam ngan pulut pagi Ayam ni resepi dari kak Zaiy,akak mariam C&P ye Lain dari yang pernah dimasak sebelum nih,sblm ni mesti ader cili kering ngan kicap,tapi kali nih tak pakai benda tu semua. Sedap dan sempoi sebab bahan-bahannye mudah je,kak zaiy....mariam letak madu skit tu yg jadi mcm ayam negro skit tuh
Pulut pagi tu antara menu yang dijual oleh arwah tok belah ma dulu-dulu.Tok mariam dulu jual nasi belauk....Ma cakap dulu sebelum subuh ader orang dah datang beli,sebab dia orang nak ke laut. (pisstttt...nama mariam dengan arwah tok sama ) Kat kelantan pulut ni famesttt gakla, agak mudah dan sempoi


Saturday, 10-Jan-2009 02:02 Email | Share | | Bookmark
ROTI JALA VS PULUT DAKAP

 
 
 
View all 5 photos...




Resepi (My Resepi-yatiezaini) (Cik tie sorry ye C&P.. )

Bahan-bahan ( anggaran 80kpg..klu buat kecil lagi ler byk dpt )

-1kg tepung gandum
-1 tin susu cair
-4 tin air (guna tin susu)
-4 biji telur
- sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
- sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

-Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
-Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
-Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
-biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2.







Resepi.

-Pulut 500g (rendam)
-Santan pekat 1 1/2 cawan
-Pisang raja
-Garam
-Gula
-Daun pisang (layurkan)

Cara-cara

-Kukus pulut hingga masak.
-Santan dicampur dengan sedikit garam,kemudian digaul bersama pulut.
-Letakkan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan.Pulut ditekan supaya rata.
-Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula.Kemudian letakkan di atas pulut.
-Balut pulut,kemudian ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut,ikatkan dengan tali.
-Kukus selama 30-40 minit dengan api yang serdahana.Alih-alihkan pulut itu.
-(Kalau nak gaul terus gula bersama pulut pun boleh,jadi pisang tu tak perlulah disalut gula lagi )

“Kuih….kuih…3 seringgit…Kuih kak? ”Ramai sekarang dok menjala,jadi virus tu pon dah sampai sini ..Kalau buat roti jala ni mariam kena buat 2 versi kuah…satu kari atau kuzi, satu lagi mesti kuah lempuk durian atau kuah durian…Maklumla selera kami berbeza…Biasa buat resepi main taruk je..kali ni try ikut resepi my aunt…wangi je sbb letak esen vanilla…
Pulut dakap atau nama saintifiknye huggies glutinous ..Bak kata my sis (alang) pulut huggies..Kuih ni febrettt cik hubby…Berbekalkan pisang raja yang mak kirim,
maka terjadilah kuih nih..



Wednesday, 7-Jan-2009 02:42 Email | Share | | Bookmark
MURTABAK XPRESS...

 
 
 
View all 4 photos...








Resepi

-Roti Paratha

Inti

-Daging/Ayam (potong kecil-kecil/cincang)
-1@2 biji Ubi Kentang (potong dadu)
-3@4 sudu makan Rempah kari
-2 ulas bawang putih (tumbuk)
-1 biji bawang besar (potong dadu)
-Telur (sebiji telur untuk sebiji roti paratha)
-Garam
-Gula
-Air

Cara-cara
-Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
-Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
-Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.

(P/S-mariam lebihkan garam dan gula sebab murtabak ni mariam makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan )

1.Nipiskan roti paratha (mariam guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
2.Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
3.Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
4.Letakkan inti di atas roti kemudian lipat.
5.Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan
6.Bolehla menjamu selera

Murtabak express sesuai untuk orang yang tak pandai nak buat roti canai macam mariam nih ...buat roti canai time panas bolehla makan...sejuk skit dah keras macam simen
Syafiy dan Sidqiy suka sangat makan murtabak , jadi mariam carila alternative lain macam mana nak buat murtabak. Guna roti paratha ni dia lembut walaupun dah sejuk.Lepas tu cara nak buat pon sonang je... Step by step ni mariam buat sebab request dari my sis (kak umi)
Bukan dia request sangat pon...mariam yang mengofferkan diri nak buat
Sesuai untuk suri rumah yang malas macam mariam nih ...atau bahasa yang lebih lembut lagi yang tak berapa nak rajin, ...atau pon untuk isteri2 yang bekerjaya...


Quote:
Zaiy-Mariam tak pernah lagi buat ngan kulit popia...kalu guna kulit popia lagila xpress,sbb tak yah nak tenyeh2 roti tuh... nanti bolehla try buat dengan kulit popia pulak,mesti kulit dia rangup2 kan
Kak zaiy,tu kira bukan m tahap melampau,kak zaiy kira rajin lagila...malas nak makan tu yg malas tahap melampau tuh..

Zai- betul tuh kak zai..mariam pon kalau tgk dia belakon mesti teringat kat murtabak...

Umieaisyah- kiranya mariam ader geng la... betul..betul..betul..kalau buat sendiri kiter boleh letak lauk bebanyak,kalau beli boleh makan bawang je lah .Betul tuh kak,roti paratha ni senang nak dapat

Nurul- senang je kak nurul nak buat...mariam nih x pandai nak buat roti canai..
Betul tu kak,biler datang angin tak rajin tuh masak air pon malas

Dapurimpian- Betul tu kak zai..biler tgk org buat barula tingat nak buat...cilok idea dalam masak2 tak pe perut kenyang ...kalu cilok dalam exam haru dibuatnye kalau kena tangkap...
umi kuantan tu bukan kakak mariam...kakak dok kat bangi

Jasmeen- kulit popia lagila cepat boleh masuk perut tak yang nak tenyeh2 gelek2.. Betul tu,kalu buat sendiri boleh letak lauk bebanyak

Hana- tak dela sekeratip kak hana... time dok menung2 tu idea pon datang..
sama2 kak hana...

Jeff- betul,nak tau sedap ke tak kena rasa dulula...

Ati- Waalaikumsalam kak tie...mana ader terror masak pon adik nur...biasa2 je..
nnt adik nur suruhla umi cuba2 resepi baru...mesti umi masak besttt..
(pissttt...adik kirim salam dekat umi ok... )

Shima- kiranya kita geng la...mariam fail 2 kali je..sbb ambik test 2 kali je...
sedap2 makan dengan sos cuka tuh...nnt nak kena menuntut buat sos tuh pulak nih...


Monday, 5-Jan-2009 03:59 Email | Share | | Bookmark
FIRST ENTRY FOR 2009

 
 
 


Resepi (MyResepi)

-1/2 ekor ayam
-Garam
-Kunyit
-1 sudu rempah kari ayam
-3 ulas bawang putih
-1 inch halia
-1 bijiBawang besar
-Cili kering
-Madu
-Gula merah (mariam letak gula melaka)
-Sos/tomato puree
-Air (ikut kepekatan yg nak )

Cara-Cara

-Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan 1 jam bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk/ kisar, serta garam, kunyit dan rempah kari.
-Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
-Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
-Masukkan tomato puree, madu, gula melaka & air. Kacau.
-Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
-Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.




Resepi (MyResepi) (Yatiezaini-my aunt )

Bahan-bahan ( 2 - 3 org )

-15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
-2 biji telor - dipukul

Bahan kisar

-2 - 3 cili merah dibuang biji
-2 ulas bawang merah
-1 ulas bawang putih
-* sedikit garam & perasa
-minyak utk menumis

Cara-cara

-Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
-Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
-Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
-Siap utk dihidang.. senangkan



Resepi

- 1 tin susu cair
- 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
-Secubit garam
-3/4- 1 cawan gula (kemanisan ikut citarasa)
-1 sudu besar kastad
-1 tin buah-buahan campur

Kastad
-1cawan kastad
-5 cawan air

Cara-cara

-Kacau semua bahan2 untuk kuah, kemudian baru dimasak atas api yang perlahan.Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
-Bila kuah sejuk baru masukkan buah.
-Kastad dicampur dengan air hingga tidak berketul,kemudian kacau di atas api hingga likat dan berkilat (kastad ni lembut...mariam x suka yang keras...kalau nak keras kurangkan air )
-Masukkan ke dalam acuan dan sejuk kan...
-(Mariam suka beli mix fruit yang masih keras-tengok tarikh proses dia sebelum beli )

First n3 untuk 1430/2009....Semoga apa yang kita semua hajati dalam tahun baru ni dimakbulkan..Amin...Tahun ni Mariam tengah menanti beberapa peristiwan istimewa yang penting,InsyaAllah Menu-menu kat atas tu antara menu yang disnappp beberapa hari kebelakangan nih... ."Cik Tie...bendi tu bestttt... Double S (SS- Simple & Sedapppp )
satu lagi (SS-Sayutiy Suka )

Code:

Zai- Kak zai jemput makan mmg pon kak zai...mariam first baby dulu siap buat kalender asing,dok pangkah hari2...

Zaiy- menu tu dimasak hari yang berbeza kak zaiy kalau mariam buat puding kastad tu mariam makan sorang je kastad tu..husben dan anak2 makan kuah ngan buah je..

Amal- timer kaseh kak amal..InsyaAllah mariam akan cuba

Madiha- jemput makan kak madiha..tapi menu ni semua masak hari lain2..heheheh

Ct- kak ct...jom la makan sekali...

Nurul- macam tahu2 je kak nurul mariam letak n3 bendi..jadi tak terliur sangatla sbb dah makan dah

Jasmeen- mmg sodap ayam tuh..makan ngan nasi minyak ko..masi beriani ko..mmg sodap..
kak meen nasib baik puding tu terletak..kalau tergantung susah nak makan

Watie- ehehhehe...peminat puding tegar ye kak watie...raja puding la nih..

Haniss- jom makan sekali kak haniss.. puding tu mariam sorang je ngappp..hero2 lain makan buah ngan kuah je...

Cik tie- 4 S betul3.. Syafiy tak gi sek lg thn ni...hasrat nak hantor tak kesampaian..tak ader transport...lagi pon mama dia nih x harap nak suh org hantar..hehehe
harap2 nnt gi sek dia ok...

Shima- dah balik dah chef shima kiter ...biase2 je menu mariam nih...pas ni bolehla gi terjah umah shima pulak...lamo tak terbang ke sano...

Kak umi- pas ni bolehla try boh telur pulok eemmm...cik tie tak dok blog rasonyo, dia cuma letak resepi dia kat myresepi,tgk under nama yatiezaini...jumpa di sana...sana..sana.. nak request makanan apa??


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net