siti's FotoPage

By: siti mariam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Jul-2010 01:04 Email | Share | | Bookmark
Main Masak-Masak Hari Ahad...

 
 
 
View all 5 photos...
Assalamualikum...

Rajin la pulak sebab minggu nih 2 entry masuk,semalam bila terbukak statistics (mariam jarang sangat-sangat tengok benda nih ) rasa macam seronok pun ada sebab terkejut tengok kawan-kawan yang datang jenguk fp mariam nih dah nak mencecah 1500 orang sehari (jumlah yang paling banyak dalam sehari) walaupun tak adala sehebat fp-fp yang lain,tapi mariam sangat-sangat hargai kunjungan kawan-kawan semua... terima kasih
Okla berbalik pada tajuk cerita,menu-menu yang ada kat bawah mariam masak masa hari ahad.Rasa macam seronok la pulak bila dapat siapkan semua hidangan sebab masa tuh diri ini tengah batuk dan selsema dan macam nak demam... Mariam dah janji dengan suami nak buat laksa untuk kenduri (bak kata orang utara) dekat rumah makcik.Mula-mula dengar kenduri tuh macam besar je,sebab orang kelantan panggil 'jamu' kalau kita bagi orang makan secara kecil-kecilan nih... Kenduri tuh nampak macam gempak la pulak..hehehe..Okla jom kita tengok apa yang ada...


Sebelum kita layan gambar kat bawah,mariam nak ucapkan terima kasih dekat makcik (Cik Tie) tokey kek dari Kemaman sebab sudi promote pulut dakap ku dekat rumahnya http://yatiezaini.blogspot.com/

Masa balik kampung untuk majlis pertunangan adik,mariam sediakan 100++ biji pulut dakap dan 2 kilo beras pulut untuk kuih lopes..




Mariam buat untuk makan petang rumah makcik dekat Sungai 2.Buat 2 bungkus laksa je.Makcik kata banyaknya ikan sebab kuah agak pekat...Memang mariam kalau buat laksa letak ikan banyak... Kalau tak baik beli je kan..hehehe


Resepi:

-Ikan kembung/sardin/dll
-Asam keping
-Garam

(Rebus ikan bersama asam keping dan garam)

Bahan kisar:

-Cili kering
-Bawang besar
-Belacan
-Cili padi

(Kisar semua bahan-bahan)

Bahan-bahan

-Bunga kantan
-Daun kesum
-Telur
-Limau kasturi
-Bawang besar
-Cili padi/besar
-Timun
-Daun Salom
-Salad

Cara-cara:

-Isi ikan yang direbus dikisar halus.
-Tulang ikan dikisar dan ditapis.
-Masak bahan kisar seketika,kemudian masukkan air rebusan ikan,ikan yang dikisar serta air tulang yang telah ditapis (tapis 2 kali,mula-mula guna penapis santan kemudian guna penapis teh)
-Masukkan asam keping (guna asam yang rebus ikan tadi),bunga kantan dan daun kesum.
-Bolehla masukkan garam.



Selepas siap kuah laksa (mariam start buat kuah pagi) bila tanya suami,dia cakap nak makan nasi tengahari tu,ingatkan nak makan laksa je...Jadi apa lagi mariam masakla nasi minyak sebab dah lama nak makan dalca nih...

Resepi: (Chef Hanieliza)

DALCA

Bahan-Bahan:
-600 gm daging
-3 biji ubi kentang
-5 batang kacang panjang
-1 biji carrot
-1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
-6 biji buah belimbing buluh (mariam tak letak)
-4 biji cili hijau (mariam tak letak)
-2 biji mangga muda (mariam tak letak)
-2 biji tomato
-1 labu bawang besar
-2 biji terung bulat putih atau biru
-4 cawan santan
-1 bungkus rempah kari daging..
-dibancuhkan dgn air asam jawa
-4 ulas bawang merah ]
-2 ulas bawang putih ] hiriskan
-3 cm halia ]
-1 sudu besar minyak sapi (mariam tak letak)
-3 sudu besar minya
-Garam secukup rasa
-Mariam tambah daun kari.

Cara:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.
2. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup.
Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan



Sebelum tuh perap ayam nih dulu..

Resepi:

-Ayam
-2/3 sudu besar rempah kari ayam /daging
-1 biji bawang besar (dikisar)
-2-3 ulas bawang putih (dikisar)
-1/2 inci halia (dikisar)
-2/3 tangkai daun kari
-Garam
-Gula

Cara-cara

-Gaul dan perapkan semua bahan-bahan selama 1 jam atau lebih.
-Goreng hingga masak...
-Siap...



Nasi Minyak simple je,bila tengok nasi nih macam nasi biasa je..sebab mariam dah buang sekala pekakas dia kat dalam tuh ...Nak letak kismis,kismis pulak kehabisan...



Bila dah siap semua juadah sambil-sambil dok tunggu nak makan tengahhari,mariam godek-godekla kek nih,resepi rumah kak madiha kite lagihh..
Buat untuk sepupu-sepupu,diaorang dah lama nak makan kek coklat dari Kak Mariam katanya...


Resepi (Kak Madiha)

BAHAN A:
-170gm butter
-300gm gula castor
-3 biji telur

BAHAN B :
-2 tsp serbuk nescafe segera
-1 tbs air suam
-1 tsp esen vanilla
-1 tsp choc emulco

BAHAN C :
-225gm tepung gandum
-65gm serbuk koko
-1/2 tsp garam halus
-1 tsp soda bicarbonate
-1 1/2 tsp baking powder

-180ml air sejuk dari petiais

CARA-CARA:
1. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi, putar Bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar.
3. Campur sebati semua bahan B dan titiskan ke adunan butter tadi. Putar seketika dan hentikan putaran.
4. Ayak Bahan C. Masukkan berselang-seli dengan air sejuk bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung. Gunakan spatula untuk mengkaup balik adunan. Jangan putar.
5. Alas dan gris loyang bulat 9". Bakar pada suhu 175 darj cel selama 40min atau sehingga kek masak.

TOPPING
-1 tin susu pekat
-90gm serbuk koko
-100ml minyak jagung atau butter cair
-1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.


Monday, 12-Jul-2010 00:35 Email | Share | | Bookmark
KEK,BIHUN DAN KUIH

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersua kembali di pagi Isnin Selepas sidaiyan pertama sudah siap dan menunggu basuhan kedua pulak lebih baik mariam update fp daripada dok pi mai pi mai dalam rumah kan...hehehehe Okla jom kita tengok apa yang ada kat bawah



First of all nak cakap terima kasih banyak-banyak dekat Kak Madiha sebab mariam selalu dok CnP resepi-resepi dari rumah Kak Madiha.Tak tahula kenapa suka sangat copy resepi kat sana,jangan marah ye kak..hehehe Kek nih pun mariam guna resepi kek span,cuma belah-belah dan sapu icing je.
Sedap kek ni,icing dia not bad.Resepi icing ni mariam dapat dari tuan punya kedai masa beli barang kek dekat Ipoh hari tuh.Tapi tak sesedap icing yang makcik ku yang tokey kek dari Kemaman buat.Icing yang Cik Tie buat memang mablessss,sebab tak manis dan tak muak.Nanti nak kena roger-roger tanya resepi untuk buat kek Syafiy nanti..InsyaAllah... Boleh kan Cik Tie...Bolehkan...


Resepi (Kak Madiha)

-120 gm gula kastor (mariam kurangkan)
-120 gm tepung gandum
-4 biji telur (gred B)
-10 gm ovalette
-20 ml air (mariam letak low fat milk)
-1 s/k vanila
-20 ml minyak jagung

Cara-cara

-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
-Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
-Tuang dlm tin pembakar yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
-Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.Pada suhu 160 'c
-Sejukkan

Icing Topping

- 900 gram Super Cream Lite
- 1 1/2 table spoon Butter
- 450 gram Creaming Jelly
- 1 table spoon Esen Vanilla

Cara-cara:

-Putar semua bahan pada kelajuan yang tinggi.

*Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Bahagian coklat mariam masukkan 1 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu besar coklat emulco.
Apabila kek masak,bahagikan kepada 3 bahagian kemudian disapu aising dan kek coklat dan vanila diletakkan secara berselang-seli.Kemudian bolehla dihias.





Menu ulangan dan antara yang selalu mariam buat....

RESEPI (Mak)

-Mee hoon (rendam dengan kunyit)
-Daging dan tulang (buat sup seperti biasa)
-Daun ketumbar
-Tauhu goreng
-Bawang goreng
-Lobak masin

Sambal
-Cili kering (rebus)
-Bawang besar
-Bawang putih
-Asam jawa
-Garam
-Gula
-Gula melaka

Cara-cara:

-Kisar cili,dan bawang2 kemudian tumis,bila semua dahan tumis dah masak masukkan asam, garam dan gula dan sedikit gula melaka..
-Mee celur dengan air panas seketika..
-Kemudian bolehla dimakan bersama sup,daging yang dihiris,tauhu goreng,lobak masin,bawang goreng dan daun ketumbar.



Kuih bakar kali nih buat terlebih lemak la pulak,entahla kenapa,rasanya sebab mariam guna santan segera yang pekat dan telur omega yang jumbo.Selalunya mariam mesin sebiji kelapa dan pakai telur yang kecik...Adusssssss

Resepi: (Mak Saudara)

-1 cawan tepung gandum
-2 3/4 cawan santan bersama air pandan
-3 biji telur
-1/2 cawan gula
-3 sudu besar susu pekat

-Kacau semua bahan2 sehingga sebati, kemudian tapiskan
-Kacau dia atas api sehingga pekat
-Sapu loyang dengan mentega
-Masukkan adunan yg sudah pekat tadi ke dalam loyang
-Bakar dengan suhu 180'c lebih kurang 20-30 minit...(atau sehingga bahagian atas dah keperangan)


Tuesday, 6-Jul-2010 01:14 Email | Share | | Bookmark
MEE JAWA,CHA KUEH TIOW,SOS,SAGU

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum...

Semoga semua teman-teman berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.
Menu di bawah ni antara hidangan yang dibuat minggu lepas.Jom kita tengok apa yang ada...




Mee jawa ni first time mariam buat dan makan.Rasanya macam mee kari campur mee rebus,sungguh enak kalau ada jemput-jemput udang (cucur udang) mesti lagi wallaaa... Tapi disebabkan tak berapa rajin nak buat,jadi tak adala..

Resepi: Majalah Saji (Januari 2009)

Bahan-bahan:

-300gm mee kuning (dicelur)
-1 peket kecil rempah kari
-100gm taugeh
-200gm udang kering
-200gm daging (dihiris)
-100gm sawi (mariam tak letak)
-2 keping tauhu goreng (hiris)
-1 tangkai cili hijau (hiris untuk hiasan) mariam guna cili merah
-1 keping kek ikan (hiris) mariam tak letak
-1 mangkuk stok daging
-2 biji keledek (rebus dan lecek)
-10gm bawang putih (tumbuk)
-20gm bawang merah (tumbuk)
-2 sudu besar cili kering kisar
-Garam dan gula
-Jemput-jemput udang (cucur udang),daun bawang,daun ketumbar,telur,kentang rebus,limau kasturi,bawang goreng (sebagai hiasan)

Cara-cara:

-Tumis bawang merah,bawang putih,cili kering dan rempah kari hingga garing.Kemudian masukkan udang kering,masak seketika.Masukkan stok daging dan kentang lecek.Kalau ikut resepi daging masuk sekali.Tapi mariam rebus daging (hingga empuk) asing kemudian ambik air daging tu buat stok.
-Masukkan kek ikan,garam dan gula.Bila dah masak bolehla dihidang dengan bahan-bahan hiasan lain.



Kalau dekat Penang nih antara menu yang popular cha kueh tiow.Char kueh tiow Penang nih berkuah yang agak pekat. Kalau resepi yang mariam pernah tengok diorang letak otak udang,tapi disebabkan mariam tak pakai benda tuh jadi mariam masukkan sedikit udang kering.Tapi Resepi dalam majalah ni tak letak udang kering atau otak udang.

Resepi: Majalah Saji (Jun 2008)

-200 gm kueh tiow
-20gm kek ikan (hiris) mariam letak fish ball
-Udang
-50gm isi kerang (rebus)
-50gm taugeh
-30gm daun kucai
-1 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar sos ikan (mariam tak letak)
-1 sudu besar kicap pekat manis
-5 ulas bawang putih (tumbuk) (mariam tambah bawang merah jugak)
-2 sudu besar cili kering kisar
-2 senduk air rebusan udang (mariam letak air biasa je)
-Telur

Cara-cara:

- Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau,kemudian masukkan cili kering.Tumis hingga cili masak.
-Masukkan fish cake atau fish ball,kicap,dan sos.Kemudian masukkan udang,kerang,air rebusan serta garam dan gula.
-Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai.
-Kalau ikut resepi telur dikacau sekali,tapi mariam buat asing.



Resepi dekat bawah ni ikut sukatan yang Ma buat,tapi mariam buat sedikit je,jadi main agak-agak je la Sos ni masa masak agak lama,mariam buat tak sampai 1 litter ambil masa dalam 3 jam lebih.Masa kisar cili dan bawang kena letak air yang agak banyak.Sos tanpa bahan pengawet kena letak dalam peti ais.

Resepi (Ma)

-Cili kering (dalam RM 2.00)
-Bawang putih (setengah kilo)
-3-4 kerek gula melaka (nisan)
-Garam
-Gula
-Cuka

Cara-cara:

-Rebus cili,kemudian kisar bersama bawang putih.Kisar dengan air yang banyak
-Masak bahan kisar tadi dengan api yang perlahan.
-Bila dan agak nak likat masukkan nisan,garam.Gula dimasuk kalau gula melaka tak cukup manis.Kalau tak nak letak pun tak apa.
-Bila dah nak tutup api masukkan cuka mengikut citarasa masing-masing



Buat untuk pencuci mulut,sedap dimakan sejuk.Masa buat ni time rajin,tu yang kisar daun pandan tu,kalau tak mesti pakai pewarna je..

Resepi:

Bahan-bahan :

-1 cawan sagu (basuh dan toskan)
-3 cawan air pandan
-Sedikit pewarna hijau

Kuah:

-Gula melaka
-Sedikit air
-

-Santan pekat
-sedikit garam

Cara-cara:

-Masak sagu hingga masak.(Mariam kisar daun pandan dan jadikan 3 cawan air pandan dan tambah sedikit pewarna hijau.)
-Masukkan dalam acuan (acuan letak minyak sikit,supaya senang nak keluarkan)
-Masak air gula melaka.
-Masak santan dengan sedikit garam hingga agak likat.
-Sagu bolehla dimakan dengan air gula dan santan.




Monday, 28-Jun-2010 00:54 Email | Share | | Bookmark
Muffin,Bubur dan Ketam

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum.

Kali nih tak ada apa-apa nak celoteh,sebab kain dalam mesin pun dah siap... Jomla kita layan apa yang ada kat bawah...




Mariam guna resepi blueberry muffin,cuma kurangkan susu kepada 200ml dan masukkan 2 biji pisang lecek.

Adik: Sambil makan muffin pisang nih adik cakap "Mama nanti mama beli lagi ye"
Abang: "Bukan mama belila adik,tapi mama buat"
Mama: "Hehehehe,okeyyyy nanti mama buat lagi..."


Resepi: (Buku Muffin Galore)

-300g self-raising flour
-1 teaspoon baking powder
-50g butter
-80g caster sugar
-2 eggs,lightly beaten
-250ml milk
-1 teaspoon vanilla extract
- Blueberry jem

1-Preheat the oven to 200'c/400'F.Grease a 12 cup muffin tin or line the cup with muffin cases
2.Mix the flour and baking powder in a large bowl.Rub in the butter until the mixture resembles fine breadcrumbs.Stir the sugar and blueberries into this mixture (if use fresh blueberries).
3.In the separate small bowl or jug,mix together the eggs,milk ang vanilla extract.Pour the eggs mixture all at once into the dry ingredients and mix briefly until just combined.
4.Spoon the batter into the prepared muffin cups,dividing in evenly.Bake in the oven for about 20 minutes,or until rise and golden.Cool in the tin for 10 minutes,then turn out onto a wire rack.Serve warm or cold.



Bubur pulut hitam,buat untuk makan petang hari sabtu..

Resepi:

-Pulut Hitam
-Santan pekat
-Gula
-Garam
-Daun pandan

Cara-cara:

1.Rendam beras pulut hitam selama sejam atau lebih.
2.Masak hingga empuk,kemudian masukkan santan,gula,secubit garam dan daun pandan.Kacau hingga sebati.
3.Sedia untuk dimakan.



Resepi: (Majalah Rasa,September 2008)

Bahan-bahan:

-1 kg ketam
-5 ulas bawang merah] kisar
-3 ulas bawang putih] kisar
-2 cm halia] kisar
-1 biji bawang merah] hiris
-1 ulas bawang putih] hiris
-50 gm cili kering] hiris
-3 sudu makan sos cili
-1 sudu makan cili boh (mariam letak cili kering kisar)
-2 sudu makan sos tiram
-Minyak masak secukupnya
-Minyak bijan (mariam tak letak)
-Garam
-Gula
-Perisa (mariam tak letak)

Cara-cara:

1. Goreng ketam separuh masak,tos dan ketepikan.
2. Buang sedikit minyak,tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan-bahan hiris dan cili kering kisar.Kacau rata hingga kekuningan.
3.Masukkan semua sos cili,sos tiram,garam,gula,perasa dan minyak bijan.
4.Masukkan ketam,kacau hingga sebati dan bolehla diangkat.

*Mariam tambah sedikit air.



Menu semalam (Ahad)...


Wednesday, 23-Jun-2010 00:13 Email | Share | | Bookmark
Entry Bulan Jun..

 
 
 
View all 7 photos...
Assalamualaikum...

Mariam doakan semoga semuanya sihat Dekat sebulan dah tak update enrty,cuti sekolah 2 minggu mariam dan anak-anak balik ke Kelantan sempena majlis pertunangan adik mariam yang ke-3.Majlis kali ni seronok sebab ramai makcik pakcik yang balik Gambar majlis pertunangan tak ada ye,sebab dalam camera mariam tak banyak gambar yang diambil,yang banyak gambar-gambar posing kami je yang lebih.. Okala,jom kita tengok apa yang ada kat bawah..






Irdina,Syafiy,Insyirah,dan Sidqiy syok main layang-layang dekat Pantai Cahaya Bulan.



~Kanak-kanak besar dan kanak-kanak kecik sedang bermain kerusi beracun (sah-sah yang besar menang) atas permintaan birthday girl (Irdina).Birthday Dina sama tarikh dengan majlis pertunangan Cik Nab dia
~Mariam suka tengok gambar Syirah nih,sebab macam gambar anak mualaf
~4 bersaudara yang sedang main kejar-kejar dekat kampung




Rambut abang dan adik dikerjakan oleh Cik Aminah dan Cik Su,(papa tak tengok lagih gambar nih)



Buat roti paratha kentang untuk makan malam,dapat 6 biji.Sedap,lain dari yang lain.Mariam ambik resepi ni dari Kak Madihaa.Roti ni kami makan dengan kerutub daging...

Sumber Resepi : Newbie123 Copy blog UmmiZaihadi (TQ both of you )
Mariam ambik dekak Fp Kak Madihaa

Bahan (6 Biji)

-1 1/2 cawan tepung
-3/4 cawan air (*akak kurangkan lagi..)
-1 sudu teh garam
-1 biji kentang russet ~ direbus dan dilenyek (kalau guna kentang biasa saiz kecik.. letak 2 bj)
-Segenggam daun ketumbar - dicincang halus (MaDiHaA letak 1 pokok jer tak sampai segengam pun)
-1 sudu teh jintan (MaDiHaA letak ½ sudu kecik jintan biji)
-1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
-Garam dan lada hitam secukup rasa
-Minyak zaitun (guna minyak masak biasa jer)

Cara-Cara:-
1. Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.
3. Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.
4. Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau.
5. Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
6. Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun.
7. Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing.
**Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.

Note dari MaDiHaA: Waktu mencanai.. sapukan dasar talam dengan sedikit minyak masak, kemudian letakkan doh yg telah dimasukkan inti. Kemudian barulah dicanai. (sapu minyak supaya doh tak melekat pd dasar talam semasa kita nak angkat roti sebelum dimasukkan ke dalam kuali)



Pencuci mulut (tak tahu nak panggil nama apa,hehehe)
Cendol + buah kabung + buah tar + isi kelapa + air kelapa + nangka + cincau + (yang merah tuh tak tahu nama dia apa,hehehe) + susu cair + air gula.
Tapi mariam tak suka makan dengan air kelapa dengan susu cair,mariam suka makan dengan susu segar je. Kalau my sis tengok nih mesti dia 'hangin' lagi sebab bahan-bahan semuanya pergi beli dengan dia,sbb dia yang nak makan.Tapi tak sempat nak buat my sis dah kena balik Bangi dah..
Jangan marahhh ye Kak Umi...


Tag dari Siti Fithriah (Angah),terima kasih ye angah sebab sudi mengtag Kak Long.Jom kita tengok apa yang membuatkan Puan Siti Mariam HAPPY



Adakah anda HAPPY sekarang?

~Happy.

Kenapa anda happy?

~Sebab pagi tadi masa kami tengok Tanyalah Ustaz,ada benda yang encik suami buat lawak
Ustaz yang bagi ceramah hari nih pun lawak jugak..hehehe..

Apa benda yg boleh membuatkan anda happy?

~Bila dapat tahu diri berbadan dua,sangat-sangat happy.(kena edit sbb ramai yg bertanya,hehehe...ni masa Syafiy n Sidqiy...) Kalau rezeki lepas nih pun mesti happy jugak,macam ibu-ibu lain...
~Bila suami dan anak-anak buat lawak.Paling happy time adik cakap benda yang lawak yang tak terfikir di fikiran mama dia nih.Rasa nak gelak sambil guling-guling
~Bila encik suami sms ayat-ayat "power",si isteri nih pon sengih macam kerang busuk lerrr...
~Bila seluruh ahli keluarga happy,sudah semestinya kita juga akan rasa bahang kebahagiaan tu kan..

Pernah menerima TAG?

~Pernah,tapi tak banyak.

Nyatakan warna yg anda sukai

~Tak fanatik sangat dekat warna-warna nih,tapi tak tahu kenapa baju mariam banyak warna oren.Baju anak-anak pun sama..

Beritahu 9 orang yang akan anda tag. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag, nak tulis berjela pon takpa.

1.Kak Azura: yang selalu bagi komen-komen yg bravooo..hehehe

~Mariam tak tahu nak nak tag sapa,jadi sapa-sapa yang sudi buatla.Semoga kita HAPPY SOKMO...



[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net